Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Saturday, June 13, 2015

Speggetti Creamy Campbell's

Masalah paling besar yang selalu dihadapi ibu2 yang punyai anak2 kecil adalah nak buat bekfes. Masalah ini termasuklah Bunga sendiri. Jadi pagi tadi Bunga terpikir 1 menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Tapi untuk menyediakan resepi uols perlua ada 1 tin sup campbell's. Sebaiknya mengunakan perisa Sup krim Ayam & cendawan tapi kalau perisa lain pun ok je.

Jom tengok resepi,

RESEPI CREAMY CAMPBELL'S


 Bahan-bahan:
1/2 genggam speggetti kering (direbus dan ditoskan) untuk 4org
2 bawang merah / 1biji bawang hollan (mayang halus)
3ulas bawang putih (mayang halus)
2 keping burger ayam (dipotong kecil2)
3 biji sosej daging
1senduk besar creamy campbell's
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam ajinamoto
2 sudu besar margerin
1 1/2 cawan air


Cara cara: Panaskan kuali, cairkan margerin dan masukkan bawang merah, bawang putih, daging burger dan sosej.

Masak sehingga separuh masak. Masukkan serbuk lada hitam, creamy campbell's dan air.

Masakkan sekejap. Kecilkan api dan masukkan speggetti, gaul sehingga rata sos tadi.


Masukkan garam dan ajinamotor. Dinasihatkan, sebelum masukkan garam, rasa speggetti tadi. Sebab creamy tu dah memang ada garam takut nanti terlebih masin. Masak sehingga keluar asap supaya tidak cepat basi. Sos speggetti bergantung pada citarasa masing2, nak lebih banyak, masukkan lebih sup creamy campbell's ye uols. Bagi yang suka pedas, boleh letak serbuk paprika/serbuk cili/cili flakes (paling sedap) atau letak seperti Bunga buat iaitu cili api. Hahaha

Selamat mencuba!

No comments: