Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Saturday, August 13, 2016

Karipap rangup telur

Hi uols, lama tak tulis blog. Hari ini Bunga nak kongsikan resepi karipap rangup telur yg tersangat la mudah. kalau uols ikut cara Bunga ni, Bunga gerenti kulit karipap uols tu mesti rangup!! Mesti mak mertua puji. Jom kita terus tengok resepi,

RESEPI KARIPAP RANGUP TELUR
 
Bahan bahan (kulit karipap):
1/2kilo tepung gandum
4sudu makan minyak panas
1/2 cawan air panas (letak 1sudu kecil garam)
2sudu shoterning (takde pon tak pe)

Cara-cara:
1. Masukkan tepung, buat lubang tengah2 tepung dan letak minyak panas tadi dan shoterning.
2. Gaulkan sekata, masukkan sikit demi sedikit air sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan.
3. Rehatkan doh selama 15min sehingga1/2jam.
4. Buat2 kan kecil2 supa mudad dicanaikan kemudian.

Inti telur:
4biji telur(direbus dan dipotong 4, kalau potong 1/2 jadi karipap gergasi)

Inti kentang:
2sudu bawang merah(ditumbuk/dicincang halus)
3ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang halus)
1inci halia(ditumbuk/dicincang halus)
Bahan2 kat atas nak kisar halus pun boleh jew

Kentang potong dadu, Bunga pakai 4 biji kentang saiz sederhana
2ketul ayam(bahagian dada, potong dadu) taknak pon tak pe ganti ikan bilis pon boleh
3sudu makan serbuk kari
2sudu makan daun sup
1sudu kecil garam
3sudu minyak masak
Air secukupnya ( nak bg kentang lembut)

1. Masukkan minyak masak, tulis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan/kering.
2.Masukkan ayam tumis sehingga ayam masak.
3. Masukkan serbuk kari tulis sehingga naik bau, terus massukkan kentang. Gaul kejap, baru masukkan air.
4. Kalau kentang dah lembut, masukkan garam dan daun sup.


 Cara lipatan:
1.Canai kulit karipap, biar bujur sebabi nak letak letur dan inti kentang.
2. Pastu kelepitkan tepi karipap.
3. Ulang sehingga habis.
5. Pastu goreng dengan api sederhana.


Selamat mencuba 😊😊😊😊
Post a Comment