Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, September 8, 2015

Day 3: Bercuti Pulau Tioman (Hari terakhir!)

Sedey uols, sebab arini adalah ari terakhir kami di tioman. Kejap lagi dah naik balik. Untuk uols yang akan naik ferry, sila tanya di kaunter reception bila bot akan sampai ye.. sebab, seperti yang Bunga bgtau sebelum ni, ferry adalah bergantung dengan keadaan pasang surut air. Untuk ferry balik ni, ade 2 je trip, pukul 10pg dan ferry terakhir adalah pukul 1ptg. Jadi Bunga ambik pukul 1ptg. Check out resort pukul 10pagi. Sebelum ni terpikir jugak kenapa resort check out pukul 10pagi, tapi mungkin disebabkan ferry yang menyebabkan pihak resort buat regulation seperti itu. Ok, jadi pagi tu kami snokeling lagi berdekatan dengan resort je, tapi tempat kami pergi ni memang best sikit, batu karang pun cantik warna warni..tapi kene jalan dalam 8-10min dari resort.

















Time ni Bunga dah pun check out, beg pun dah keluar tapi boleh tompang kejap di bilik khas berdekatan dengan reception. Untuk uols nak loker pun ade, tapi untuk barang kecil je la ye.. beg tu letak je kat luar. Toilet ade, shower pun ade tapi open shower, agak tak selesa jugak la sebagai muslim. Sebab terasa cm bag packers plak. Nak salin baju pun kat toilet, sebab pihak resort takde ruang changing room. Hohoho..

1.30ptg: Naik Ferry balik ke Mersing. Mengambil masa 2jam jugak la.. Sekali lagi, mabuk laut. Yang lawak tu, ade mat saleh ni siap berdiri sebba konon dapat kurangkan mabuk tu, dia tak tau, berdiri lagi la mabuk. Hahahahaha

5.00ptg: Nampak je Tanah besar (mersing), Bunga dah happy. Sebab 30min perjalanan dalam ferry, Bunga tak dapat nak tido! Oh man!!! Sampai je mersing, terus off to Kajang.

Jadi pada sesiapa yang nak ke Tioman ni, please make sure uols buat study dulu. Buat comparison price resort dan agen. Sebab menurut jiran tioman kami, package dia hanya rm290 termasuk ferry. Padahal, package Bunga RM390 tak termasuk ferry. Jadi lagi saving beli melalui agen. 

Pada uols yang akan ke Tioman, have fun!! Enjoy!!!

Day 2: Bercuti Pulau Tioman (Sambungan 3)

Hari ke-2 Tioman,

8.00pagi: Buffet bekfes. Ini gambar tengah tunggu bot g snokeling.




10.00pagi: Naik bot untuk snokeling. Package kami akan ber'snokeling ke 2 tempat: Gear termasuk dalam package, tapi Bunga add untuk fin (RM8/rental) dan camera (RM50/rental, kalau bateri abes g tukar, burn dalan CD)

1) Pulau Ringgis
2) Kemudian ke Taman Marina (Marine Park)

Bunga ambik 1/2day snokeling je sebab Bunga tau anak2 nanti penat. Kalau penat nanti mengamuk jadi ambik 1/2ari sudah.

Ini anta gambar kami semasa snokeling,




Ini gambar di Pantai Ringgis:





Batu karang kat sini banyak mati..

Marine park:
Copy dari group sebelah. Kat marine park ni ade platform untuk bagi ikan makan roti. Roti beli je kat resort (2bungkus RM10).






1.00ptg: Balik naik bot ke resort balik.


Ini anak jiran Tioman kami, berkawan dengan anak2 Bunga. Lepas snokeling, on the way terus tido.

6.00ptg: Aktiviti pantai, tengok sunset.







7.00mlm: Makan BBQ. Yang ni takde dalam package, kene tambah RM30/pax. Sape ambik BBQ ni boleh jgak makan dinner buffet. Tapi kami tak makan buffet sebab makan untuk bbq ni pun banyak. Ada sotong, ikan, udang, kambing, ayam, hotdog, nasi goreng, bihun goreng, nasi putih, air kordial, mix fruit. Macam-macam la. Memang kenyang dan sedapp.. thumb up untuk chef yang bakar time bbq tu.. mmg lazat! siap kami tapau la sebab tak abis. 












Disini aktiviti malam takde, kecuali main dekat2 dengan pantai dan karaoke jelh. Tapi kat kawasan pantai tu ade buaian digantung di dahan pokok.. jadi, time ade angin tu mmg best. Walaupun, time ni Bunga pergi time raya ke-4, percaya atau tidak, chalet paya beach resort ni penuh uols. Penuh dengan orang Melayu kot termasuklah Bunga. Hihihi..




Ini anak jiran Tioman kami. Jiran kami ni memang osem. Friendly, sampai sekarang keep in touch uols!


Time tengah lepak2 ni, ada plak group ladies ni tengah main mercun. Pastu mungkin dorg pun dah agak boring, nampak plak anak2 kami, terus diberinya bunga api suruh abiskan. Anak2 Bunga memang suka la kan. Budak2 kan memang suka main bunga api. Apa lagi, sampai tak cukup2 la mainnya.

Lepas abis main, lepak2 kejap kat pantai, pastu dalam kul 11mlm balik chalet, tido!


Monday, September 7, 2015

Day 1: Bercuti Pulau Tioman (sambungan 2)

Bunga booking Paya Beach Resort untuk Tioman kali ini. Memang best, pandangan ye yang cantik. Suasana yang best la.. Harga package pun ok la. Untuk package kali ini Package Bunga RM390 (1xbekpes, 1xlunch, 2xdinner, 2xsnokeling (including gear) dan standard chalet), kanak-kanak rm290 (package sama seperi dewasa)

5.00ptg: Dari jetty kene jalan 5min ke resort. Beg kene angkut ?!!! Jangan risau, pihak resort ade sediakan transport untuk beg.. UNTUK BEG je tau, Tuan punya beg kene jalan sendiri. Sampai di reception, Bunga Check in. Ada welcome drink (air oren). Staff memang friendly. So, terus g chalet.


Sorry, time ni memang dah letih dengan mabuk laut lagi. Jadi terlupa nak ambik gambar signage resort. Yang ni je sempat..
Yang ini gambar time balik.. pun boleh la ye

Ini, gambar chalet kami, semua standard chalet ni boleh muat 4orang. 1 queen bed, 1 double single bed.





 Nampak tingkap yang terbukak tu, time ni air cond rosak. Bunga tengah tunggu technician sampai, memang laju dorang sampai dan kejap je dorg repair. Lepas tu siap.



Shower area..

WC attached dengan shower. Ok la~

Petang tu lepas letak2 beg, kami keluar ambik air laut. 




Dinner is served at 6pm until 10pm. Sorry, tak sempat nak ambik gambar makanan. Tapi makanan dalam buffet. Kami jugak celebrate Iris 1st year besdey..





Happy birthday girl Iris. Semoga sentiasa sihat, comel, jadi anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Happy birthday 1st year old.