Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Saturday, February 13, 2016

Makan Best di Kuantan

Berkunjung ke Kuantan tak sah la kalau tak makan seafood dia. Memang win la kat Kuantan. Banyak sebenarnya tempat yang best kat Kuantan ni. Kali ni Bunga pilih Restoren super Top, sebab pada mulanya memang nak makan di Ana Bakar Petai tapi sebab dorg eksyen sangat tak boleh booking la kene booking 4hari sebelum jadi Bunga pun try la Super Top. Yang best kat super Top ni ada menu budget. Tak payah susah nak makan ape.. dia ada sediakan menu set. Senang. Tapi Bunga minta maaf tak snap pulak gambar menu tu. Di sini juga boleh buat booking dan bgtau je nak makan kul brapa. Senang cmni lagi2 kalau bawa budak2 dan orang tua. Bunga order kul 6pm cmtu datang balik kul 9pm. Makan pun dah siap. Bunga ambik set A, ada ikan siakap 3rasa, sotong goreng tepung, sayur campur, telur dadar, tomyam, ulam, mix fruit, nasi putih dan 1 jug air buah. Harga rm150. Bunga ada tambah jgak kupang goreng halia, kerang bakar, ketam telur masin, lala buluh halia total rm235. Ok la..jom tengok gambar.. yang penting kedai ni betul sebelah ana petai ikan bakar menghadap pantai uols!! Kedai ni jgak ada cawangan dekat jalan besar Tanjung Lumpur tu.











 Tak sah kalau ke Pahang tak makan ikan patin kan.. Bunga suggest g sini. Ikan patin akob, kedai ni ada 3 cawangan di kuantan ni. Memang femes dan terbaik. Siapa yang tak try patin buah, sini memang ada. Tapi harga pun terbaik la.. sepotong patin buah masak tempoyak rm25. Kata husben Bunga murah.. tapi ini 1st trial Bubga cuba.. memang sedap. Rasa dia cm isi ikan merah.. memang sedap dan takde rasa hanyir. Semangnya Bunga ni memang bukan pengemar ikan darat, tapi yang ni Bunga bagi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟!!


 Sorry tak sempat nak snap gambar lauk dia. Tapi memang banyak. Ikan talapia masak sambal cili api pun ada. Yummy la! Nextime kalau ke sini lagi memang nak makan ikan patin lagi.  Kedai ini cawangan indera mahkota 8 (IM8), Kuantan.
 Lepas makan tengahari, sebelum balik singgah kejap di Pantai Teluk Cempedak. Saja je nak main2 kat kai pantai tu.. lama rasa Bunga tak ke Pantai selain ke Morib..Pantai Morib tak boleh mandi ye. Teluk Cempedak pun tak boleh sebab ombak dia besar.. bahya lagi2 kalau pada yang tak pandai berenang.




Ok, sekian dari Bunga. Selamat membaca!

Post a Comment