Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Sunday, February 28, 2016

Laksam

Makanan ni pebret bunga dari sekolah lagi. 1st time bunga makan, bunga beli kat pasar malam dekat dengan rumah mak bunga. Time tu tak tau ape bende la makanan ni. Sebab kat tempat makcik tu punye la ramai org beli laksam dia. Tapi kalau lambat sikit, laksam dia terus abis. Jadi mmg tiap2 minggu kalau bunga ade duit, mmg beli laksam dgn makcik tu. Dah besar sikit, bunga pun google resepi buat laksam. Laksam ni, kalau dulu2, ditempat bunga memang susah nak jumpa. Tapi sekarang ni dah banyak dijual. Ibu bunga pun suka makan. Tapi suami dan ayah bunga memang tak suka makan laksam ke laksan ke..pape je la berkaitan ikan sup ni diorang tak suka.


 Jom tengok resepi laksam!!


Laksam:

 3 cwn tepung beras
1cwn tepung gandum
3cwn air panas
2cwn air biasa
1sudu kecil garam

1. Gaul ke semua bahan sehingga sebati. 2. Panaskan pengkukus sehingga mendidih,sediakan loyang. Bunga pkai penutup periuk besi saiz kecil. Salu sedikit minyak atas loyang. Tuang bancuhan tepung atas loyang pastu tutup periuk pengkukus. Masak tepung sehingga masak. Angkat dan lipat.







 Kuah laksam

3 ekor ikan kembung (direbus dengan 2hiris halia sehingga masak, ambil isi dan dikisar halus)
2biji bwang merah
2 sudu lada hitam
2 sudu garam
2keping asam
1sudu gula
3cawan pati santan

Masukan semua bahan kemudian masak sehingga mendidih kecuali santan. Air dan isi ikan perlu sama tinggi supaya tak terlalu cair bila dimasukkan santan. Setelah mendidih, tutup dan hidangkan.

 Hiaskan dengan hirisan kacang panjang, taugeh dan bunga kantan. Selamat mencuba!





























Post a Comment