Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Thursday, April 7, 2016

Cuti cuti: Primaland Port Dickson

Assalamualaikum Gais,

Lama tak tulis entry kat blog. Bunga sibuk sikit, bulan 3 yang lepas Bunga ambik exam, pastu lepas exam sambung semester baru plak. Ok, arini Bunga nak tulis tentang percutian Bunga di Primaland Port Dickson cuti sekolah bulan Mac aritu.

Untuk percutian ini, Bunga booking online je. Jadi harga yang Bunga dapat Rm239 (2 water pass) tambah rm40 (pass kanak2 untuk 2 ari).

Overall, apa yang Bunga boleh komen, ok la tempat ni. Primaland ni sebenarnya Tiara Beach Resort pastu dah tukar nama kira re-branding la cmtu kot. Ni kali pertama Bunga bercuti di Primaland. 

Untuk ke sini, dia agak jauh jugak la dari pekan Port Dickson (30minit, tambah tolak Traficlight dan jammed tu kan) dan Teluk Kemang (15min jgak la). Kat sini kalau uols nak datang, siap2 beli tiket skali. Sebab apa, sebab kat sini takde laut, ada olam mandi, pastu nak masuk kene bayar. 


Ok, meh sikit Bunga cerita. Pada sesiapa yang dah slalu ke resort yang ada kolam cmni, sila datang ikut masa yang ditetapkan. Kalau check in kata kul 3ptg tu, datang la kul 3ptg. Sebab apa!?

Sebabnya, untuk masuk waterpark dia, ada waktu sesi. 

Sesi pagi: 8.00pg-12.00tgh
Rehat: 12.00tgh-2.00ptg
Sesi petang: 2.00ptg-7.00ptg

Jadi time kami datang tu nasib la kul 12.30tgh. Konon2nya kami datang awal tu boleh la mandi dulu baru check in kan.. tapi kat sini lain ye uols! kat sini, ikut waktu sesi yang ditetapkan. Wristband dia beri kalau dia dah bagi no bilik. Jadi waktu tu paling cepat boleh check in kul 2ptg. Kami pun tak tau nak buat ape, g la makan tengahari dulu. Dengan berbekalkan bekalan yang Bunga dah masak pagi tu, kami pun, cari la port makan mengadap laut.



Opss, takde plak gambar time makan. Sebab time ni, pakai husben punye fon, fon Bunga abes bateri, anak2 main game (sabo je ler). Yang kami makan mengadap laut dan lexis resort. Tapi tak nampak kan.. tak pelh. tak penting pun.

Dah kul 2.00ptg cmtu, gerak balik ke Primaland, untuk check in. Alhmadulillah, dapat check in,


 Bilik yang diberi untuk studio ni agak besar, boleh la bawak toto ke apa ke untuk budak2. Pastu bilik ada 2 lagi bantal extra, Kat bilik tak boleh masak. Tapi kalau nak masak boleh booking apartment 2 bilik. Untuk bilik ni disediakan kettle dan mini fridge je.




Jadi tak sabar nak mandi, semua dah ready, kul 3ptg lepas masuk bilik terus terjun nak g mandi..


Kat sini walaupun Bunga frust dengan sesi masuk ke waterpark, tapi ok la sebab bila dah mandi tu, puas hati jgak la. Kat sini kolam dia banyak dan besar. Best! Kolam2 ni banyak jenis kolam ikut peringkat umur. Iris pun enjoy ye! for the 1st time she really enjoy and fun!! Suka mak! Kecuali iris takut nak mandi kat kolam besar, sebab, sampai2 dah tenggelam, excited sangat la kan..



Kolam bawah ni memang febret iris sebab kat sini boleh main baldi besar air dan slide untuk budak2 kecik. Ok la..not bad. Time Bunga datang plak memang takde orang sangat. Jadi selesa la. Toilet memang banyak. So, no worries!



Yang gambar kecik dalam air tu anak sulung Bunga, dia ni kalau dapat kolam memang dah tak ingat la kan. Hilang terus, cari gengm ntah sape2 ntah, tau2 dah jadi anak orang lain. Adik Ufal jgak yang terkontang kanting sorang2. Nel oh nel!


Slide kat otopus ni pun febret iris. Naik sendiri ye uols. Taknk org pegang, cm la dah balance sangat naik tangga tu. Tapi mak sikit guide, takut plak jatuh.




Slide ni ada kat kolam budak2 kecik, tempat baldi air besar tu. Sibuk je ayah ye nak mandi sama!Tu ufal!


Termasuk plak gambar ni, time ni iris tgh protes tak nak jalan balik rumah sebab nak beli air kat mesin. Ada2 jelh anak dara sorg ni. ermmm...



Last photo sebelum balik. Time ni masing2 dah jadi org minyak, sebab masing2 dah terbakar. Hahahaha.. btw, kami check in balik 1 malam lagi. Tapi booking ikut agen. Pada sesiapa yang takut takde bilik tu, kat sini ada je agen jual bilik2 tu siap dengan tiket waterpark. Paling murah rm150 (studio, takde water pass la tapi ye), RM250 (studio with 2 water pass). Ok la, price ni pon jgak kalau dalam agoda/booking.com. Agen ni duduk dekat dengan pondok pak guard tepi blok, bukak payung je. 

Semua package takde dengan bekpes ataupun makan. Makan kat sini agak tak best! sebab jauh dengan town podt dickson. Tapi still ade kedai makan sebijik kat depan main entrance nak masuk primaland ni. Tapi Bunga masih cari makan di pekan pport dickson. Jauh pun jauh la.. nak makan best punya pasal. Ok, itu saja dari Bunga. Pada yang akan ke sini, enjoy ur holiday!!


No comments: