Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, January 25, 2012

Happy birthday Muhammad Naufal 1st

Tanggal 2/1/2012, Naufal dah 1 tahun. Terasa cepat je masa berlalu. Mungkin sebab Naufal lahir awal tahun. Ingat lg aku time sibuk2 dulu nak lahirkan naufal.

Time tu aku dah la detected ade diabetes, jadi klu ikut date 1/1/2011, jadi pagi2 la aku g hospital tu, konon2 tak nak ramai org. Tapi hampeh, tengok2 ramai gile org nak bersalin.

Tahun ni, aku decide sambut hari lahir Naufal 1st year pada tarikh 7/1/2012 memandangkan 2/1 tu ramai yang nak masuk sekolah kan. Majlis amat meriah dengan kehadiran sedara mara dan jiran tetangga. Terpancar di muka Naufal seronok pada hari itu.


Nampak kan gigi 2 batang dia kan.. sekarang ni dah nak masuk 8 batang. Sebenarnya time ni Naufal dah ade 4 batang gigi. Dah pandai berjalan, Alhamduillah, tak pernah demam lg.


Ni kek hari jadi Naufal.. beli kat Secret Recipe je. Yumm~

 Potong kek.. Selamat Hari Lahir 1st Naufal, Ibu doakan semoga Naufal jadi anak yang soleh, sihat, cemerlang dan sentiasa berjaya dunia dan akhirat. ❤


I love Adik Naufal!! Happy birthday ❤

Wednesday, January 4, 2012

Mengandung kali -2

Masih teringat diingatan saat melahirkan Muhammad Nafual yang ibu sayangi.02/01/2011


Sewaktu aku disahkan mengandung, Danial Haziq baru berusia 7bulan. Danial yang baru berusia 7bulan, yang masih memerlukan aku disaat dia baru belajar untuk merangkak dan belajar untuk minum susu formula.  Disaaat dia ingin aku memegang tangannya dan memeluknya. Disaat dia ingin aku mencium dia selalu. Dan aku masih teringat pada masa itu aku masih menyusukan dia, dan aku dinasihatkan untuk berhenti menyusukan dia. Seminggu Danial merajuk tidak mahu aku peluk dia, cium dia. Seakan2 dia tahu yang dia akan mempunyai adik tidak lama lagi.

15/5/2010 - G jumpe doktor, time tu takde la terkejut sangat bile diberitahu aku mengandung lg buat kali ke-2, sebab aku dah 'miss' sebulan. Yang best ye tarikh bersalin tu mmg cantik la kan 1/1/2011. Tapi pelik jugak sebab time tu aku fully bf, tp mengandung la plak. Saat yang paling tak boleh lupa kan, pada bulan pertama tu, aku siap main tarik tali. Johan lg. Hah! siap melompat. Yang paling tinggi lompat tu mak la! Nasib baik tak de pape. hahaha



Hari2 berlalu, setiap malam, bila Danial tidur je aku akan lihat muka dia, adakah dia bersedia untuk menerima adik ataupun tak. Time tu aku rasa sangat bersalah dengan Danial. Sedey jugak mak. Sampai aku pernah salahkan diri aku untuk kandungan ke-2 tu, astafirullah alazim... maka setiap kali solat aku berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku utk berjuang kali ke-2. Segala yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Hanya Allah yang maha mengetahui.. wallahualam~. Alhamduillah, semenjak hari itu, dengan perut yang semakin membesar, aku mengajar danial dan bercakap dengan danial, "Dalam perut ibu ade baby.. Danial sayang baby?" cepat2 Danial cium perut aku. Erm.. sweet je time tu. Dalam saat mengandung tu jugak, bila ade je baby yang baru je lahir, aku bawa Danial tengok. Dengan itu Danial boleh belajar yang dia akan ade adik tak lama lg.



16/12/2010 - Hari yang ditunggu semakin hampir. Aku siap cakap dengan baby yang dalam perut ni, "Jangan keluar dulu ye sayang, sian baby nanti lahir hujung tahun la plak.. tunggu tahun baru k.. Time tu tengah tengok berita, lepas makan. Tiba2 terasa yang sakit sangat perut yang mengeras. Sebelum ni, cam tak kerap, tapi lepas makan tadi, kerap plak dia nak mengeras.. huh?? takkan la dah nak keluar. Aduii.. cmne ni?? nak tak nak ajak la husben teman g hospital. Sampai hospital, dah la proses daftar ye lambat giler..Aduii, lepas je daftar, dia suruh masuk.. tukar kain dan doktor pun cek.. doktor bgtau baru buka 1cm.. biar betul doktor ni.. aku rasa sakit giler kot cm nak beranak.. pinggang jangan cakap la kan.. Doktor bgtau mungkin ade jangkit pada bahagian faraj sahaja. Dekat 2 jam jugak la aku tunggu result. Giler mmg lama tunggu pastu best je lepas 2jam tunggu doktor bgtau boleh balik belum time lg. Siap pesan klu ade turun darah ke turun air ke baru datang balik. Jadi aku pun terus balik.. tapi mmg time tu tibe2 je dah reduce sakit mengeras tu..

Oh, lupe plak.. malam tu cmne dengan Danial?? Nasib baik, baby sitter Danial tu boleh tolong jaga danial kejap. Dan nasib baik, Danial pun wokeh je.. kul 1 pg tu jugak aku baru balik dr hospital. 

17/12/2010 - Pagi2 tu terus bgtau boss yang aku tak boleh dtg keje lg. Sebab takut terberanak plak nanti. Lgpun aku tak nak stress dgn keje yang ade kt opis tu. Aku pun rehat kat rumah.

23/11/2010 - Ibu call ajak g PD.. huh?? g PD time dah nak dekat2 bersalin ni?? dah plak tu tido sana lg.. cmne ni??

24/11/2010 - Terus packing barang2 g PD.. dengan doa ibu, dia cakap ingsyaAllah takde pape.. aku pun g la PD.. kat sana, mmg tawakal jelh jgn beranak dulu.. enjoy.. hehehe. Alahamduillah, nasib baik tak de pape.. balik dengan selamat. huh~

31/12/2010 - Malam ini abik sayang plak buat kenduri. Rugi plak rasa tak datang, mesti ada kambing bakar punye.. adoiii.. dengan perasaan takut, aku dgn husben pun g jugak la. Melantak jangan cakap la.. memang tak igt dunia la akan mana tak n ye, esok nak bersalin kot.. hehe. Alhamduillah, semua nye ok sehingga 12tgh malam. Huh~ syukur sangat sebab baby dlm perut ni dalam bertahan sampai tahun baru.. Alhamduillah!

Disebabkan aku mempunyai rekod diabetis, aku dinasihatkan untuk pergi ke hospital mengikut tarikh due walaupun tiada tanda2 bersalin.

Esok aku dah nak bersalin.. cmne Danial nanti? Boleh ke??.. cmne dia tgk baby nanti.. perasaan takut tu mmg tak boleh bla la kan.. Sedey pun ade jugak.. sebab dah tak lama dah, esok je, danial pun dah jadi abg.. time tu danial dah masuk 1tahun 3 bulan.

1/1/2011 - Pagi2 aku dah sampai hospital, takdelh pagi sgt sebenar ye dlm kul 8 cmtu la jugak. Aku mmg dah tahu hari tu mesti ramai punye org nak bersalin.. tengok tarikh pun mmg cantik 110101.. sampai2 mmg gile ramai org nak bersalin.. nyesal plak tak datang tgh malam tadi.. erm.. tunggu la jugak. Lepas daftar tu dia suh duduk dulu sebab org ramai. Kul 9 dia panggil masuk cek dulu, tukar kain, doktor cek tak buka lg. Cm biase disebabkan ramai yang dtg nak bersalin, dia suh tunggu dulu kat ruang perdaftaran tu. Kul 12, perut dah rasa lapar.. husben g keluar dulu beli makanan. Makan dulu. Tunggu plak sampai kul 4. Aku dah risau ni.. kene bersalin ke kene balik dulu ni.. Klu ikut kan doktor aritu ckp suh induce je.. Asal tak induce2 ni?? Time tu jiwa ni dah geram.. aku pun suh husben tanya kat kaunter. Budak kat kaunter tu bgtau, wad penuh. Jd kene tunggu lg.

1/1/2011, 1700 - "Nurdiana." Budak kat kaunter panggil nama aku. Time tu br keluar toilet cek kot2 ade tanda bersalin ke apa ke.. Uik, cm ade darah skit. Tapi aku diamkan je. "Sila ikut kami ke wad". Aku penuh gembira, terus la ke wad naik wheel chair dan aku pun terus je lupa pasal darah tu. Sampai je wad, aku ditempatkn di wad kelas ke 3. Aduii, selesa tu ok la.. tapi aku ni dah biase ade air - cond. Husben naik, tanya kat kaunter kot2 ade kosong utk bed kelas ke 2 utk room 4 org tak, nurse bgtau mmg takde, semua penuh, TAPI ade 1 bilik kelas ke 2 tapi 1 bilik sorg, aku pun happy la kot2 husben boleh temankan, tapi nurse bgtau, "owh, mintak maaf ye puan, bilik ini kelas ke2, org luar tak boleh menunggu. Aku pun ape lg, huh!? tak boleh tunggu, takut arr tinggal sorg2, maka aku pun kembali balik duduk katil kelas ke 3 tu.

1/1/2011, 2130 - "Ade bed kosong utk kelas ke 2, 4 org. Suruh husben Puan dgt utk bayaran, nanti puan boleh terus duduk katil tu". Ape lg, aku pun terus la sepantas kilat call, husben pun dtg bayar aku pun duduk ke katil kelas 2 tu. Mmg tak sangka, katil yg aku dapat tu, katil time aku bersalin kan danial dulu. Mmg luck la aku rasa. Cm rumah sendiri la kan. hehe

1/1/2011, 22.30 - G toilet, darah makin banyak, tapi tk de banyak cm period tu.. sikit je.. mungkin dah terbuka. Tp time tu tak de contraction lg. Sara jiran katil aku bgtau suruh bgtau dgn nurse. Aku bgtau dia, "Tak payah la, Dah sakit nanti br aku panggil nurse."

2/1/2011, 0100 - Cm biase, duduk kat wad bersalin ini utk perempuan nk tunggu masa bersalin la kan. Time ni contraction dah makin kerap, aku pun rasa cm nak terbuang air besar sgt2. Time tu plak nurse cm biase nak cek condition perut aku, Aku pun bgtau dia yg aku rs aku dah nak bersalin. Dia pun cek bgtau dah buka 4cm. Terus je, nurse tolak aku g bilik bersalin. Aku pun jam2 tu pun call husben suh dtg. Yg best ye time ni, aku call husben, mungkin dia tgh tido, siap di bgtau aku,"awak main2 ke ni?? tak kan kot".. aku pun terus je bgtau, "Ok klu tak percaya, tak yah dtg, terus je tido sampai esok!".
Tak lama tu husben pun dtg, time tu aku dah tunggu kt bilik bersalin.

2/1/2011, 0415 - Tunggu2 punye tunggu, setelah aku penat mencuba utk bersalin, setelah laki aku pun dah tak larat tunggu nak tido, aku pun berjaya bersalin. Officially, time tu doktor perempuan tak ingat nama dia pun bgtau dah selamat bersalin baby boy. Berat baby 3.60kg. Mak ai?? cmne aku boleh keluar kan dia ni.. mmg tak sangka gile la baby aku tu 3.60kg. Tp tetap bersyukur sebab aku dah pun berjaya bersalin.



Lepas je bersalin tu aku rasa badan cm lemah, doktor bg minum air susu. Aku pun terus tertido. Tak sangka husben aku setia menunggu aku sampai subuh tu.

2/1/2011, 0700 - Aku ditolak masuk ke wad balik. Husben siap belikan nasi lemak, yg best ye siap ade telur rebus lg weh!! aku tak de la makan.. just makan nasi je sebab time tu aku nak tido je. Dah penat! Penat tak penat tu, bile tgk wajah si kecil yang baru lahir tuterasa sejuk je.. hilang penat2 tu. Dah la muka cm cina! hehehe

 Alhamduillah, petang tu kak sum(pembantu rumah aku0 dtg dgn danial, danial cm biase. Tak de la nak nangis ke ape.. mungkin tak berapa faham lg kot.

3/1/2011, 1200 - Doktor sah kan aku boleh keluar wad. Aku balik rumah, danial pun terus ke arah aku nk tido sebelah aku. Alhamduillah, mungkin berkat aku berdoa supaya Danial menjadi anak soleh tu terbukti. Sepanjang Danial bergelar abg, dia jarang pukul2 adik dia.. tipu la klu ckp tak de kan.. nama pun budak2. Tapi sepanjang 6 bulan, dia mmg tak pernah nak pukul2 adik dia.. malah sayang sgt pada naufal.

Thank you Allah~ kerana Kau menganugerahkan aku 2 anak lelaki yang sempurna pada aku. Terima kasih.

*Untuk pengetahuan semua, sejak Naufal dilahirkan, aku dah pun dapat menyiapkan 2 rumah sewa aku. Time tu aku mengandung 8 bulan, saja g Bank Rakyat nak tny2 kot aku boleh pinjam loan ke tak.. alhamduillah~ mungkin rezeki baby baru aku pun dipermudahkan. Seminggu sebelum naufal dilahirkan, rumah sewa pun siap. Mmg time tu sgt gembira. Terima kasih juga kepada semua yang membantu. TERIMA KASIH!
Yakinlah setiap anak yang lahir ada rezekinya dan setiap yang berlaku ada hikmah ye. Wallahualam~ Mungkin mengandung kali ke 3, PHD aku boleh siap kot.. siapa tahu. hehe
❤❤❤