Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Thursday, June 4, 2015

Sambal Kentang & Tauhu

So arini Bunga masih berpuasa, huh, cabaran betul la. Tinggal lagi 2hari je untuk ganti puasa ni. Baru pukul 10pagi dah terpikir nak masak ape. Jadi Bunga teringat pulak, aritu Bunga ade masak sambal kentang & tauhu, memang mabeles la kan..sebab this is one of my febret menu! Jom tengok resepi..

RESEPI SAMBAL KENTANG & TAUHU

 

Bahan- bahan:
2 Biji Kentang serderhana besar (Dipotong dan digoreng)
1 ketul tauhu biasa (digoreng dulu dan dipotong)
Minyak untuk menumis (Bunga pakai 1/3 cawan)
3 sudu air asam jawa
Garam
Gula
Ajinamoto


*Semua bahan dibawah dikisar halus
6 biji cili kering (direndam dulu)
1 biji bawang merah(saiz besar)
1 sudu kecil belacan
sedikit air untuk mengisar

Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga cili kembang dan sedikit kering. Masukan air asam jawa, garam, gula (Bunga suka gula lebih sedikit) dan ajinamoto. Agak2 cili tadi dah masak (bila minyak dah berkumpul disekeliling sambal tu, maksudnya dah masak la ye), masukkan kentang dan tauhu. Ratakan sambal dengan kentang dan tauhu, biar masak kejap sampai keluar asap2 tu, pastu tutup api dan hidang!

Sambal tu penting, kena masak betul2 sampai naik minyak (minyak disekeliling sambal), kalau tak nanti sakit perut dan sambal cepat basi.

Ok, uols.. selamat mencuba!
Post a Comment