Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Thursday, June 18, 2015

Photobook Malaysia: Hasnul Afzan's Family Album

Assalamualaikum semua, arini 1 ramadhan. Jadi sempena 1 ramadhan ni, Bunga nak ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA! Kepada yang tak berpuasa tu jangan la makan dan minum di tempat2 terbuka terutamanya dihadapan orang yang berpuasa. 

Arini, Bunga nak update sikit pasal 2nd photobook album yang Bunga dah buat. Kalau sebelum ni Bunga ada update mini photobook softcover, arini Bunga nak update hardcover portrait album. Time Bunga beli voucher di groupon, hanya la RM52 je. Memang murah, harga sebenar RM208. Murah kan.. kalau buat di kedai pun belum tentu lagi dapat harga tu. Tapi bila buat sendiri ni, opkos kita kene la edit sendiri. Cantik atau tak bergantung pada kreativiti uols untuk menyunting/ edit gambar uols tu ye. 


Nak edit album dia ni, uols kene la guna software yg photobook sediakan. Dalam software tu, uols hanya masukkan kan je gambar2 yang ada, pastu save dan hantar. Itu je. Contoh software seperti gambar di bawah, 

 Ni la software dia, boleh download terus di Photobook Malaysia

Yang bawah ni beberapa contoh page yang Album Bunga yang dah siap edit dan dah siap print.



Bunga punye album tak la sehebat yang lain2 tu, Bunga baru je menjebakkan diri dalam meng'edit album ni. Itu pun sebab voucher dah nak expired. Dah lama Bunga beli voucher ni dari groupon dari tahun lepas. Konon2 nak buat la album tahun lepas.. tak sempat ye uols. Hahaha

Jom tengok la gambar2 dalam album yang bunga dah siap edit tu.. biasa2 je. Tapi kalau uols mesti lagi gempak dari Bunga ni kan. QS edit buat album, gini la rupanya..

Bila uols received dari posmen, camni la dia bungkus.

Yang ni pulak, dorg lapik elok2 cover pkai transparency paper. Siap letak sticker P untuk signature photobook gitu.

 Ni front page album bunga, hardcover portrait. Time tu yang ini je sales. Tapi sekarang ni banyak je sales photobook dan di groupon. 

Bawah ni contoh page yang Bunga buat. Boleh la kan.. sekurang2 ye takde la duduk dalam komputer dan camera tu kan.
Uols pun boleh je tulis2 sikit kalau uols nak.

 Gambar Danial & Naufal yang akan best friend forever, makan sesama, minum sesama, belajar sesama dan gaduh ya rabbi! Malas nak komen kan..

Ni back cover album

Bunga pakai camera fon je, jadi quality gambar ye tu pun takde la wow sangat. Tapi kalau uols pkai camera iphone tu cantik sikit kot. Jadi apa jadi uols, jom beli voucher di groupon atau di photobook tu sendiri pastu nanti edit cecantik dan buat album cam Bunga ni. Selamat mencuba!

No comments: