Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Monday, June 8, 2015

Ikan Siakap Stim Ala Thai

Ohh.. alhamdulillah, arini adalah ari last Bunga ganti puasa. Jadi disebabkan itu, Bunga buat menu special. Iaitu Ikan Siakap Stim. Ikan siakap ni sebenarnya boleh masak macam2 masakkan. Yang paling femes, masak 3rasa.

Ok, jom tengok

RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Bahan- bahan:
800gram Ikan Siakap (Sebab besar, Bunga ambik ekor sahaja, dibasuh dan dilumur sedikit dengan garam)

*Kuah stim:
3 Biji Bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm Halia (Hiris kasar)
2 batang serai (hiris halus)
1/2 biji Capsicum merah (Kalau takde pun tak pe)
6 biji cendawan butang (kalau takde pun tak pe)
10 biji cili api (di potong 2,nak lagi pedas, sila tambahkan ye)
1 biji Jus limau nipis
5 biji jus limau kasturi
4 helai daun limau purut
6 biji Asamboi (kalau takde pun tak pe)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
Daun ketumbar (kalau takde pun tak pe)
1 sudu kecil kicap manis
2 sudu besar sos tiram
garam
gula
ajinamoto
Minyak masak (untuk menumis, 4sudu besar)

Cara-cara:
Buat kuah dulu. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia serai, cili api, capsicum dan cendawn butang sehingga layu. Masukkan daun ketumbar dan daun limau kasturi, kicap dan sos tiram. Masukkan asamboi, garam, gula dan ajinamtor. Tutup api, dan letakkan atas ikan tadi. Letakkan kan tomato. Kemudian, masukkan ikan tadi dalam pengkukus/steamer dan kukus selama 20minit. Hidangkan semasa panas2.


Yang ini gambar sebelum masak. Hahaha, kuah dan sayur2 je banyak dan tertutup terus ikan tu. Tapi bagus, sebab nanti jus2 dia terperap dalam ikan. Lagi sedap.. mmy yummeh!

Ok, uols! Selamat mencuba~


No comments: