Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Monday, June 8, 2015

Lasagna Ayam by Bunga Seri

Lasagna ni version Bunga la ye. Main campak2 je.. asal dapat makan. Bahan2 yang bunga guna pun semua ada di dapur kecuali keju. Keju kalau ade yang mahal2 tu, beli je keju cheddar ladies choice tu pun boleh. Asalkan keju.

Jom tengok Lasagna versi Bunga seri:



Bahan-bahan:

Kepingan lasagna,

*Sos merah:
3 biji bawang merah/besar
3 ulas bawang putih
1 tin sederhana tomato puree
2 cawan daging ayam (dipotong dadu)
1/2 biji Capsicum merah (hiris halus)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (diris nipis)
Daun sup
2sudu besar serbuk hitam
2 sudu besar mentega/olive oil/minyak masak
1/2 cawan air masak
garam
gula
ajinamoto

*Kuah sos putih:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan susu penuh krim
sejemput keju (pape keju pun boleh, sebaiknya mozarella, cheddar cheese pun boleh juga)
garam
gula
ajinamoto


Cara-cara:
Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih, tomato puree dan cendawan, masak sehingga layu. Masukkan daging ayam, lobak merah, capsicum, serbuk hitam. Masukkan air, garam, gula dan ajinamoto. Tak perlu masak betul sebab nanti nak masak dalm oven balik. Sos merah ini lebihan cecairnya sedikit, supaya dapat lembapkan kepingan lasagna tu.

Untuk sos putih, panaskan mentega, masukkan tepung, gaul dan masukkan susu. Gaul sehingga sebati, masukkan keju, garam, gula dan ajinamoto. Masak sehingga sebati. Tutup api.

Untuk susun lasagna pulak, dalam mangkuk lain. Susun lapisan pertama dengan kepingan lasagna sehingga menutupi bekas tu. Lapisan ke 2, lapiskan dengan sos merah dan sos putih. Lapisan ke 3, ulang lapisan dengan kepingan lasagna. Lapisan ke 4, lapiskan semula dengan sos merah dan putih. Buat sehingga sos merah dan putih habis, kalau tak nak membazir, sayang. Untuk lapisan terakhir, lapisan dengan sos putih, letak keju, serbuk hitam dan daun sup. Bakar selama 30minit.

Hidang semasa sudah sejuk sedikit supaya potongan tadi cantik. Tapi kalau nak makan terus pun ok je. Terpulang, sebab masuk perut sama je...

Selamat mencuba~

No comments: