Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, June 24, 2015

Resepi Rendang Ayam Style Bunga

Disebabkan arini Bunga takde kelas jadi Bunga nak tambah 1 resepi wajib kena masak untuk menu berbuka iaitu rendang ayam. Oooo.. ni kalau dapat, memang best! En. husben, makan sampai jilat jari eh. Hahaha

Jom tengok resepi..

RESEPI RENDANG AYAM STYLE BUNGA


Bahan-bahan:

*kisar halus
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 besar ibu jari halia
2 besar ibu jari lengkuas
10 biji cili kering (direndam air panas, dah kembang baru boleh kisar)

1/2 ekor ayam (potong biasa, dapat 6-7 bahagian)
3 batang serai (diketuk)
1/2kg Santan
2 paket kerisik (RM1/paket)
1/2 cawan minyak masak
1 cawan Air
Garam
Ajinamoto
Gula

Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak. Masukkan bahan yang dah dikisar dan serai, masak sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan air. Masak sehingga air kurang separuh, masukkan santan, garam, ajinamoto dan gula. Masak sehingga pekat, masukkan kerisik. Bila dah masuk kerisik, warna rendang tadi akan bertukar kepada sedikit gelap. Masak sehingga kering (Bunga suka ada kuah, jadi ikut la citarasa masing2). Tutup api dan hidang.

Time Bunga masak rendang ni, Bunga buat nasi lemak jugak. Nasi lemak dan rendang ayam ni sememangnya serasi bersama. Wow! terasa2 sedapnya sampai arini.




Ok, selamat mencuba!

No comments: