Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, June 24, 2015

Mee Kari Lazat

Assalamualaikum uols, cmne puasa hari ke 7 ni uols? Bunga harap puasa uols masih steady ye. Kalau ada yang berangan2 nak memonteng tu, henti2kan la ye. Arini Bunga nak kongsi satu resepi yang paling senang dan paling mudah untuk buat mee kari. Bahan2nya pun sangat sikit tapi mantap! Mee kari ni kalau bunga buat memang febret husben dan anak2 la kan. Sebab mee kari ni tak pedas, jadi anak2 pun boleh makan.

Jom tengok resepi..

RESEPI MEE KARI LAZAT



Bahan-bahan:
Bahan A (dicelur, masukkan 1 sudu minyak, 1 sudu besar garam semasa mencelur untuk beri tahan lama, celur satu persatu bahan)
Sawi (Kuantiti suka ati)
1 Bungkus mee kuning (4org makan)

Bahan B (Dikisar halus)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia

Bahan C
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih

4 sudu minyak masak
4 sudu besar serbuk kari (Bunga guna babas-sebab kaler dia pekat)
2 peket bebola ikan/fish ball

Ikan bilis (ditumbuk halus)
1/2 kg santan (ikut la kepekatan yang disukai, Bunga suka pekat, jadi Bunga pakai banyak sikit)
Air
Garam
Ajinamotor/gula

Hiasan:
1 keping tauhu (digoreng 1 keping, kemudian dipotong ikut suka ati)
3 batang cili besar merah (dipotong bulat2)
Telur rebus(dipotong 2, kuantiti ikut suka ati)
Daun sup
Bawang goreng instant

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan Bahan A dan Bahan B, masak sehingga naik bau atau kekuningan. Masukkan ikan bilis, ditumis sebentar dan masukkan serbuk kari. Masukkan sedikit air (1/3 cawan) sehingga pecah minyak. Masukkan 1/2 cawan air, santan, bebola ikan/fish ball, garam dan ajinamoto. Tunggu sehingga mendidih kemudian tutup api.


Cmni la kuah mee kari bila dah masak

Nak hidang uols boleh ikut kreativiti masing2, uols boleh susun mee seperti dalam gambar ni,


Ok, selamat mencuba! Selamat berpuasa & berbuka.
Post a Comment