Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Thursday, June 11, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah: Jom Tonton Movie Jurassic world, Mewarna dan Bowling di Alamanda Mall, Putrajaya

Cuti sekolah ni Bunga tak tau nak buat aktiviti ape dengan anak2, nak pergi vacation malas sebab duit pun dah abis time ke sabah aritu, jadi Bunga pun tanya la ada anak2 apa yang best yang boleh kita buat. Kebetulan time tu kami tengah menonoton TV. Tiba-tiba keluar iklan pada movie Jurassic World yang akan 1st tayangan pada 11hb Jun (arini). 


Trailer Jurassic World, 11 June 2015


Bincang dengan husben, dia pun kata ok. Keesokkannya, Bunga terus online booking tiket movie. Tak perlu susah2 beratur panjang. Time order tu Bunga dapat la booking seat, tengah2 hall gitu. Memang best la kan. Siap booking show early bird supaya lepas movie dapat la buat aktiviti lain kan.. Kami tonton di alamanda memandangkan kami malas nak berjalan di IOI city mall. 

Arini yang ditunggu-tunggu, tiba la 11hb. Kami gerak dari rumah pukul 11pagi memandangkan rumah dan alamanda pun tak berapa jauh lebih kurang dalam 10min saje. Show pula pukul 11.20pg. Tiba dia alamanda terus check in, beli popcorn dan terus masuk ke movie hall. Time tu hall kami tu hampir penuh, bahagian depan je yang kosong Itu pun kami masuk dah pukul 11.35pg cmtu, nasib baik movie pun tak mula lagi.

Sebelum masuk kami sempat la jgak bergambar di sekitar panggung, 



 Screen shot dari sedutan Jurassic World
 Sedutan dari Jurassic World: Kandang Reptor: ada 5 ekor Reptor semuanya. Tapi Bunga tak ingat nama-nama reptor tu.
Komen Bunga untuk Jurassic World: Highly recommended. Best untuk tontonan sekeluarga. Jalan cerita cepat sangat sampai ade babak yang rasa ye cm tergantung, tak tau ape kesudahan dia. Pada sesiapa yang nak tau ape yang tergatung tu.. jom g serang panggung wayang arini, tonton Jurassic World.
Lepas sahaja ber'movie, kami ke aktiviti mewarna khas untuk Vikids club, Alamanda. Yang ini nak daftar free je.. isi borang pastu boleh la buat pebagai aktiviti yang disediakan. Menang best! sebab free kan.. Ini la hasil kreativiti anak2. 




Daftar jadi club member alamanda ni dapat free gift beg/set stationary tapi kene spend RM50 dan keatas dalam single resit kecuali aeon big atau parkson pada ari yang sama. Lain2 resit tidak diambik kira. Jadi Bunga pun lunch di Johnny's order steamboat dah dapat RM50 dan perut pun kenyang. Pastu pergi redeem set tadi untuk anak2.
Comel kan. Kepada sesiapa yang belum buat lagi tu, g daftar ye. Sebab setahu Bunga sebelum ini kalau nak dapat gift ini kene berbelanja rm150 dalam 1 resit di Alamanda Mall bahagian kanak2 sahaja tau. So sekarang ni hanya berbelanja rm50(dalam 1 resit) dah boleh dapat free gift ni.





Walaubagaimanapun, club kids ini terhad untuk yang berumur 5tahun ke atas, sehigga berapa tu Bunga tak pasti. Uols, untuk maklumat lanjut boleh terus ke kaunter pertanyaan di Alamanda Mall ye.

Lepas selesai je aktiviti tadi, terus je main bowling. Layankan anak bujang yang suka sangat main bowling. Ok la.. sebab takde aktiviti lain kan.


Dah selesai semua aktiviti, kami pun terus balik, sebab anak2 pun dah mengamuk sebab kepenatan dan dah buat hal. Bunga bersyukur, walaupun dalam masa sehari kami dapat juga meluangkan masa bersama-sama dengan anak2 terutamanya cuti sekolah. Takkan la cuti sekolah pun nak duduk kat rumah je kan. Sekali sekali kene la bawah dorg ni jejalan. Tak payah mahal pun, kalau pergi public swimming pool pun dorg ni seronok. Btw, sesiapa nak g public swimming pool sambil nak ber'shopping, mines ada sediakan. Tapi terbuka pada kanak2 je la ye.. bayaran bunga tak tau. Sekian, terima kasih kerana membaca blog Bunga.

*Owh.. iris tak nampak kan dalam gambar kali ini? Sebab Bunga tak bawa dia sama. Takut dia dan Bunga sendiri tak selesa masa dalam panggung tu. Jadi Iris kene g rumah pengasuh Mama Dila. Thanks Dilla & Kak Wati sebab jaga Iris. Siap gelak2 lagi si Iris arini.
 Ok, tu je. Kbai!

No comments: