Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, May 26, 2015

Resepi Sup Ikan Merah

Sup Ikan Merah memang sesuai di makan panasdengan nasi putih atau hirup begitu sahaja. Sup ini juga sesuai terutamanya bagi yang diet dan sedang berpantang. Sup ikan  merah ni memang febret kami sekeluarga. Tapi sesiapa yang nak mencuba sila beli ikan fresh tau! Sup ni pun sesuai untuk ibu2 yang seperti Bunga ni.

RESEPI IKAN MERAH SIMPLE


Bahan - Bahan:
1 ekor Ikan Merah (Di potong keping2)
1 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Halia (sebesar ibu jari tangan)
1 pek rempah bunjut (sup ikan)
1 keping assam keping
1 biji Tomato
Garam
Ajinamoto
Daun Sup
Bawang goreng
4 sudu besar Minyak (unutk menumis)
Air (1 liter)

Cara -Cara:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih, halia dan rempah bunjut sup ikan sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan Tomato dan assam keping dan sedikit air (1 cawan). Agak2 nak mendidih tu, masukkan ikan dan semua serbuk perasa dan air, tunggu mendidih. Sesudah mendidih, tutup api. Hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.





Ni kalau Bunga masak, tak payah simpan2, memang terus abis la. Sebab sedap sangat! Kepada uols yang nak mencuba, selamat mencuba!

No comments: