Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Thursday, May 28, 2015

Bebola Cheese Sedap

Airni Bunga puasa, dan teringin plak makan western untuk berbuka. Teringat plak pasal bebola cheese yang pernah Bunga kongsi dulu di FB. Jadi Bunga nak tulis balik dalam blog,



RESEPI BEBOLA CHEESE SEDAP



Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji ubi kentang (direbus dan dilenyek)
Cheddar cheese (boleh guna mozerella cheese jugak, ikut suka hati)
Serbuk pati ayam knorr
1 biji telur (dipukul)
Serbuk roti
1/4 cawan air secukupnya
Minyak (secukupnya)

Cara-cara:
Satukan tepung gandum, tepung jagung, dan ubi kentang, sebuk pati ayam dan air. Gaulkan dan jadikan doh. Rehatkan sebentar dalam 15minit. Bahagikan kepada bulat2 kecil2 (ikut suka hati), masukan cheese di tengah2 doh kecil tadi dan celupkan dalam telur seterusnya serbuk roti. Goreng sehingga kekuningan. Hidang!



Bunga kalau buat cheese ni memang cepat la habis kan. Asal goreng je, tak sempat nak makan, dah abis dikerjakan dengan 2 budak kecik ni. Kepada uols, selamat mencuba!!

Post a Comment