Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, May 26, 2015

Resepi Kari Hijau Thai

Assalamualaikum uols,

Arini Bunga nak kongsi kan resepi Kari Hijau Thai. Kari ni memang febret Bunga la kalau makan kat luar. Jadi disebabkan harga dia mahal dan ada di beberapa kedai makan je, Bunga pun google resepi dan jumpa resepi ni dan cuba buat sendiri. Ternyata, Alhamduillah, memang menjadi dan sedap!! Terima kasih Mr. Google.com.

KARI HIJAU THAI


Bahan-bahan:

4ketul ayam
1biji bawang besar merah
1ulas bawang putih
1inci halia
1sudu kecil ketumbar
2sudu kecil jintan manis
3helai daun ketumbar
Sesuka hati cili api hijau, saya pkai 8biji cili api yg tak pedas

Semua bahan diatas dikisar halus dan dijadikan pes
Daun limau
Serai
2cawan santan
Minyak
Garam
Ajinamotor (suka hati, tak nk pakai pun boleh)

Cara cara:
Panaskan minyak. Tumis pes bersama serai dan daun limau sampai naik bau. Masukkan ayam dan kentang/lobak merah potong dadu (hari ni takde kentang sebab tadi dah buat bebola cheese). Agak2 ayam dan kentang dah empuk dan masak, masukkan santan, garam dan ajinamotor. Pastu siap utk makan.

Selamat mencuba!!!👍
Post a Comment