Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, May 26, 2015

Resepi Tomyam Pekat Tapi Sedap

Assalamualaikum uols,

Semalam Bunga ade cuba buat Tomyam versi lain. Sebelum ni Bunga kalau buat Tomyam, guna paste  pastu masukkan je lauk2 yang nak je kan. Tapi bila Bunga pakai paste sahaja, tak dapat kuah pekat mcm kat kedai tu. Jadi Bunga pun cuba la google. Google pun google jumpa resepi tomyam pekat ni.


Bahan-bahan:

Bahan A: (dikisar)
Bawang merah (1biji)
Cili merah besar (1biji)
Cili api (4Biji, sila tambahkan jika suka pedas)
Tomato (1 biji)

Bahan B:
2 Paket Paste Tomyam Adabi
1 kuib pati ayam Knorr
1 biji Bawang besar (dihiris halus)
Daun limau purut
Daun ketumbar
Serai
2 biji Jus limau lipis
Garam
Gula
Ajinamoto
Sedikit minyak (untuk menumis)
Air (1 liter/ ikut suka hati)

Bahan C:
Udang (Suka hati, tapi Bunga pakai 10ekor udang gred C)
Ayam (Suka hati, tapi Bunga pakai 3 ketul bahagian dada)

Cara-Cara:
Panaskan minyak, masukkan Bahan A. Tumis sehingga wangi. Masukkan Ayam, tumis kan sebentar, dan masukkan hirisan bawang besar, serai dan ayam tumiskan sebentar untuk keluarkan jus ayam dan masukkan kuib pati ayam. Masukkan air, daun limau purut dan daun ketumbar.

Bila dah mula mendidih, masukkan udang dan semua serbuk perasa. Akhir sekali masukkan jus limau. Agak2 dah mendidih, tutup dan hidangkan.

Semalam En. husben makan, dia bgtau memang tomyam kali ni sedap pastu pekat plak tu. Sampai bertambah2. Alhamduillah, semua yang baik dan masakkan yang sedap adalah anugerah dari Allah. Kepada uols yang nak mencuba, jangan malu2, sila cuba ye.


Sekian, terima kasih!

No comments: