Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, May 26, 2015

Resepi Babat Hitam Lemak Cili Api (Perut Lembu Hitam Lemak Cili Api)

Ok Uols, tadi tengah cari gambar untuk resepi Sup Ikan Merah ternampak plak gambar babat hitam ni. Terus lapar ok! Kepada uols yang tak pernah nampak perut hitam tu camne. Meh kita google kejap dan terjumpa la gambar ni. Terima kasih Mr. Google dan tuan tanah.

Jadi ini la contoh babat lembu hitam tu..


Perut lembu ni kalau dijual kat pasar dah bersih, putih suci gitu kan. Tapi realiti ye, sebelum putih tu warna perut lembu ni, kaler hitam ye! Kalau nak beli perut lembu hitam ni, dinasihatkan beli yang warna dia kelabu sikit, sebab yang kaler hitam pekat, bau lembu ye tu pun agak kuat sikit. Tu pesanan dari ibu Bunga.

RESEPI BABAT HITAM LEMAK CILI API




Bahan - Bahan:
Bahan A: (Dikisar)
1 Biji Bawang Merah
2 Ulas Bawang putih
Cili Kampung (Bunga pakai 5 biji, kalau nak pedas masukkan lebih)
Belacan (1 sudu kecil)
Halia (Besar Ibu jari tangan)
Minyak (untuk menumis)

Bahan B:
1 mangkuk Perut Lembu hitam (Dibersihkan, diebus dan dipotong kecil2)
Santan
Garam
Ajinamoto

Cara - cara:
Panaskan minyak, masukkan Bahan A. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan perut lembu dan masak sehingga empuk. Masukkan santan dan semua serbuk perasa. Tunggu sehingga mendidih, kemudian tutup api dan hidang.

Ni kalau dapat makan dengan nasi panas tentu ye mamang ummmppp!!! Sedap, orang lalu kat depan pun mesti tak perasan punye la.

Selamat mencuba!







Post a Comment