Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Monday, September 7, 2015

Bercuti Pulau Tioman

Arghhhh.. sorry uols Bunga terlupa nak update holiday Bunga ke Pulau Tioman. Bercuti di Tioman sangat osem!!!! Next time nak pergi lagi, dah sampai, tengok tempat di sangat cantik.. air yang clean dan clear tu.. terus nampak ikan2 dalam laut. Kepada yang travel dengan anak2 kecil seperti Bunga kene prepare dari segi mental dan fizikal. Kepada pasangan tu, sila agak2 dan bertolak ansur tu sangat penting, sebab bila ade BIG LUGGAGE ni, kita akan extra penat! Tapi jangan tension, sebab kalau uols tension uols takkan fun.. tu nasihat Bunga pada yang ada anak kecil ok. Husben Bunga sangat osem, faham dari segala aspek, ganti2 jaga anak. Terima kasih husben :)

7.00pagi: Gerak dari rumah (Sg. Merab)
Bag kene prepare malam tadi, supaya pagi tu tak tertinggal pape.

8.30pagi: Bekpes di RnR Nilai. Senang, takde membazir dan tak payah nak buang space bonet kete. Hahaha



Pukul 11.00pagi: Sampai tol batu pahat, teru ke mersing (1 jam perjalanan, Bunga pakai GPS dalam kete). Bunga booking tiket skali dgn package hotel. Ferry di jangka tiba pukul 12tgh, tapi patut kami kene standby pukul 11 (1jam awal), tapi dah lewat. Jadi Bunga call agen kata datang lewat sikit, agen kata naik ferry kul 1.

Pukul 12.00tgh: Sampai di Jeti Mersing, ambik tiket dan g Lunch. Jangan risau, kat sekitar Jetty banyak je food court, harga pun berpatutan. Parking pun murah je dalm rm4/6 cmtu tak ingat. Bayaran dah balik nanti baru bayar.

Pukul 1petang: Tunggu Ferry. Ferry dah sampai tapi disebabkan ada sedikit masala. Ferry delay sampai kul 2.45ptg. Yang tak best tunggu ferry ni, tempat adalah sangat panas, tak selesa langsung. Kipas kat situ banyak, tapi tak on. Kesian pada kami ibu bersama anak2 ni, nak menyusukan baby pun susah.

Kami sempat bergambar la, di Jetty Mersing,




 Nampak tak kipas tu, asal la tak on. Panas uols!!

Time ni Iris baik lagi, sebab dia pun excited nak naik Ferry, 1 jam pastu dia dah penat nak tido, dia pun buat hal la kan.. jadi, sila jangan stress, kat belakang tu ade surau, boleh la nak solat ke apa2 kejap disitu kan.

Nak naik Ferry ni uols, kadang2 bukan Ferry ang buat hal, tapi disebabkan pasang surut air laut. Kadang2 kalau laut surut, Ferry tak dapat nak lalu, jadi kene tunggu bagi air naik baru boleh gerak. Dalam pukul 2.45ptg, baru boleh naik. Perjalanan ke Tioman mengambil masa 2 jam ye uols.. jadi kene banyak2 bersabar. Sila la bawak air, atau pil mabuk laut, memang confirm2 akan mabuk laut. 




4.45petang: Sampai di Jetty Paya Beach Resort. Jetty di Tioman ni banyak tau uols. Ini disebabkan kerana Tioman tiada jalan darat seperti Pulau Langkawi mahupun Pulau Pinang tu. Jadi semua senang ikut jalan laut je. Kalau nak pakai jalan darat, kene naik 4wheel drive untuk gerak dan ianya mahal! dalam RM70/person.

Masa ambik tiket tu mmg dah siap2 bgtau, nanti turun jetty no.2. Jadi uols kene ingat jetty no. brape kene turun. Jangan silap, kalau tak nanti kene tambah kos naik pagero plak.. Time Bunga pergi tu, Ferry ade 2 kali je sehari. Malam tiada Ferry ye uols.


Ok, dah sampai!! Yeayyy.. 


No comments: