Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label resepi spaghetti. Show all posts
Showing posts with label resepi spaghetti. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Speggetti Creamy Campbell's

Masalah paling besar yang selalu dihadapi ibu2 yang punyai anak2 kecil adalah nak buat bekfes. Masalah ini termasuklah Bunga sendiri. Jadi pagi tadi Bunga terpikir 1 menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Tapi untuk menyediakan resepi uols perlua ada 1 tin sup campbell's. Sebaiknya mengunakan perisa Sup krim Ayam & cendawan tapi kalau perisa lain pun ok je.

Jom tengok resepi,

RESEPI CREAMY CAMPBELL'S


 Bahan-bahan:
1/2 genggam speggetti kering (direbus dan ditoskan) untuk 4org
2 bawang merah / 1biji bawang hollan (mayang halus)
3ulas bawang putih (mayang halus)
2 keping burger ayam (dipotong kecil2)
3 biji sosej daging
1senduk besar creamy campbell's
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam ajinamoto
2 sudu besar margerin
1 1/2 cawan air


Cara cara: Panaskan kuali, cairkan margerin dan masukkan bawang merah, bawang putih, daging burger dan sosej.

Masak sehingga separuh masak. Masukkan serbuk lada hitam, creamy campbell's dan air.

Masakkan sekejap. Kecilkan api dan masukkan speggetti, gaul sehingga rata sos tadi.


Masukkan garam dan ajinamotor. Dinasihatkan, sebelum masukkan garam, rasa speggetti tadi. Sebab creamy tu dah memang ada garam takut nanti terlebih masin. Masak sehingga keluar asap supaya tidak cepat basi. Sos speggetti bergantung pada citarasa masing2, nak lebih banyak, masukkan lebih sup creamy campbell's ye uols. Bagi yang suka pedas, boleh letak serbuk paprika/serbuk cili/cili flakes (paling sedap) atau letak seperti Bunga buat iaitu cili api. Hahaha

Selamat mencuba!

Tuesday, June 2, 2015

Spaghetti Simple & Mudah

Ok, disebabkan ayam bakar tak abis makan dan banyak lebih. Bunga pun ambik isi daging ayam ini untuk masak resepi lain. Isi daging ni boleh buat banyak masakkan. Jadi uols yg ade lebih2 makan cmni jangan membazir dan buang tau.




 Resepi yang seterusnya,

RESEPI SPAGGETTI SIMPLE & MUDAH



Bahan-bahan:

1 bungkus Spaggetti (direbus dan ditoskan)
1 cawan susu
1 kuib ayam knorr
daging ayam (kalau takde boleh la pkai pape pun, daging burger pun boleh)
1 tin cendawan butang
1/2 cawan tomato puri
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 sudu besar Butter /margerin.

Garam
Ajinamoto
Gula

Cara- cara:
Panas kan kuali, masukkan butter, bawang merah dan cendawan. Masak sehingga garing sedikit, masukkan tomato puri, masukkan susu 1/2 cawan dan kuib ayam. Masukkan spaggetti dan ayam. Gaul sekata dan masukkan susu yang lebih tadi. Masukkan garam dan ajinamotor. Tunggu agak kering sikit, angkat dan hidang!

Mudah kan? Selamat mencuba!