Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, March 22, 2011

HARGA RUMAH AKAN NAIK LAGI!



Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol. 

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam berkata: “Harga harta di lokasi-lokasi tertentu di Lembah Klang akan terus berada pada paras yang amat tinggi disebabkan oleh harga tanah yang mahal”.

Dalam suku ketiga tahun lepas, rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000.

Yam berkata meskipun usaha kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama melalui “Skim Rumah Pertamaku” akan meningkatkan jualan harta berharga RM100,000 hingga RM220,000, perlu juga disemak had harga kepada RM350,000 bagi harta di Lembah Klang.

“Pemaju juga menghadapi tekanan kos dari segi menyerap kos pembinaan jalan,” kata Yam pada satu sidang akhbar mengenai arah aliran pasaran harta tahun ini.

Ahli majlis REDHA, Anthony Cho Tian Han, berkata pemaju-pemaju menghadapi beberapa kekangan dalam erti kata mereka tidak dapat menjual setiap unit dalam sesebuah projek perumahan kerana mereka perlu menyimpan minimum 30 peratus bagi pemilikan Bumiputera bagi tempoh yang panjang.

Mengenai pembeli asing dalam pasaran harta, kata Yam, mereka tidaklah begitu agresif seperti yang disangkakan oleh banyak pihak.

“Majoriti pembeli masih juga rakyat tempatan,” katanya, sambil menambah bahawa pembeli-pembeli asing terdiri daripada warga Singapura, Eropah, Indonesia dan Korea Selatan.

– BERNAMA

p/s: Agak2 bile la aku nak de rumah sendiri ni ye.. aduii!

No comments: