Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label holiday sabah. Show all posts
Showing posts with label holiday sabah. Show all posts

Saturday, May 23, 2015

Holiday Sabah (Day 3)

Hari ke 3 di Sabah,

Bunga dan family masih lagi seronok di Sabah, tapi hari ini pun dah hari ke 3, sekejap je. Hari ini kami kemas2 barang untuk check out dari rose cabin. Pukul 12tgh cmtu, keluar dan terus menuju ke Ladang lembu Kundasang.  Sebelum ke Ladang Lembu, kami berhenti makan tengahari di Pekan Kundasang tu, jangan risau, banyak je kedai makan yang halal. KFC pun ada uols!

Lepas makan tengahari mula gerak ke Ladang Lembu tak jauh pun dari Pekan Kundasang, mengambil masa 15minit sebab jalan ke sana tak  berapa elok (Kalau jalan elok rasanya dalam 10min da boleh sampai). Jadi sila berhati2 ye, sebab jalan berlubang dan jalan sempit.

Sampi je ladang tu, udara mmg la segar tambah dengan bau lembu tu tapi paling penting, rasa sejuk ye uols!! rasa cm overseas sangat!! genting dgn cameroon pun kalah la.

Kat sini masuk kena beli tiket, tapi tak mahal, masuk dengan kerendaan sekali.
dewasa: RM5
kanak2:RM2

Jadi Bunga pun ambik gmbr kat luar tu beberapa photo pastu masuk. ini gmbr sekitar main entrance,










Aktiviti yang boleh dilakukan disini:

  • Taman Cactus
  • Melawat kandang lembu
  • Melawat kandang kambing
  • Membeli hasil produk lembu termasuk susu lembu, dadih dan sebagainya.
  • Yang paling penting!: Tengok cara2 perah susu lembu
Kepada sesiapa yang nak tengok cara2 dorg perah susu lembu, aktivti ini akan mula pada pukul 3ptg. Jadi kalau sesiapa tak nk tunggu, tak payah la tunggu. Terus kan ke destinasi seterusnya. 

Lepas Bunga ke Ladang lembu ini, Bunga planning nak ke Poring Hot Spring, tapi time tu dah pukul 4ptg, jadi husben pun bgtau jom je lah terus ke ranau untuk ke Ladang Sabah.

Sebelum ke Ranau, memang tak sah shopping cendawan dan sayur sayuran kejap di Kundasang ni. Harga memang murah2. Tapi Bunga beli ape yang patut je. Jangan membazir! Sebab lebih baik spend duit tu buat aktiviti, sebab belum tentu nak datang sini lagi kan. Yelah, macam Bunga ni kalau nak holiday kena bawak 1 kontena. Semua kena angkut, tapi holiday tanpa family ni like nothing! kosong. Lagiun sementara budak2 ni kecik la nk bawak, esok2 dah besar dorang pun mungkin tak nk ikut. Ini gerai2 yang jual hasil tanaman di kundasang,

*(Copy dari blog sebelah)

*(Copy dari blog sebelah)

Ke Ranau mengambil masa lebih kurang 30min, tiba la kami di Ladang teh Sabah. Kalau ke Poring Hot Spring ambil masa dalam 15min dari Kundasang.



Di Ladang Teh Sabah ni sebenarnya ada aktiviti lain selain minum teh dan beli teh. Di sini kalau sesiapa nak fish massage ade. Ikan yang digunakan adalah ikan kelah uols!! Tapi sebab masa pun tak mengizinkan, jadi Bunga pun terus ke Ladang Teh. Sekali lagi Bunga nk pesan, sila berhati2 menaiki dan turun dari ladang teh ini, sebab jalan dia adalah jalan batu. 










Minum di ladang teh sabah ini suatu kelainan la,  selain minum teh mengadap ladang teh, rasa tenang dan nyaman. Totally, semua di sabah memang best la! Sesiapa yang ke Sabah, Bunga mmg recommend ke sini. Turun dari ladang ni, dah nak pukul 6ptg dan terus balik ke Kota Kinabalu.

Pesanan!: Sila berhati2 jika anda memandu malam di Sabah, sebab kebanyakkan jalan tidak mempunyai lampu jalan seperti semenanjung. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik, sebab kalau rosak, mmg takde org yang tolong la. Dan, kenderaan yang lalu pun adalah sangat kurang.

Kami sampai di KK lebih kurang kul 8mlm. Terus balik ke hotel Promenade dan bersihkan diri. Pastu keluar makan malam. 

Holiday Sabah (Day 2)

Holiday Sabah 2 Day,

Tentu ye bangun2, perasaan teruja dan sangat gembira terbit dalam hati kami la untuk hari ke 2 di Sabah. Kami bersiap2, kemas kan beg pakaian, dan barangan yang patut untuk ke kundasang pula. Hotel di kota kinabalu ni kami mmg booking untuk 4 hari 3 malam. Jadi barang yang tak diperlukan di kundasang kami hanya tinggal kan di hotel je.

Di hotel Promenade apartment ini, sesiapa yang nak budget buffet untuk breakfast, pihak hotel ada sediakan. Hanya bayar rm10/ dewasa, kanak bawah 7tahun free. Jadi kami pun beli la voucher tu. Tapi makan di marina court apartment, hanya berhadapan dengan apartment kami tu je. Uols jangan pulak nak high demand, harga pun rm10 kan.. jadi makan ye un biasa2 je lah. Sorry, Bunga tak ambik gambar ye. Jadi Bunga list kan je menu RM10 dia tu:

  • Meggi goreng
  • Nasi goreng
  • Bubur nasi
  • Hotdog
  • Telur bulat masak masam manis
  • Roti bakar
  • Minuman:
    • Kopi
    • Teh
    • Air suam (request di kaunter, tapi free)
    • Air oren
Yang best makan buffet ni, makan sampai kenyang la kan. Tu jelah. Bunga bagi 2*/5 sebab biasa je rasa makanan dia. Rege pun RM10 kan.. 

Ok, lepas makan, kami terus ke Tamparuli untuk ke rumah upside down (rumah terbalik), Untuk detail boleh ke website ni http://www.upsidedownhouse.com.my/. Ke sini dari kota kinabalu mengambil masa dalam 1 jam 30minit la. Sesiapa yang tak pandai tengok peta, Bunga suggest pakai wase ye. Dapat jimat kan masa dan minyak kete. Ni nak ingatkan, kalau uolsnak jalan2 dan tak berapa sure, sila isi minyak yg secukupnya, sebab kalau dah sampai tamparuli ni, stesen minyak ye tu mmg jarang2 nak nampak. 

Masuk rumah terbalik ni kene beli tiket ye, jadi sila bawa duit yang secukupnya kalau lebih pun bagus!
  • Malaysian: RM10.00 per person for adult & RM5.00 per person for child
  • Non-Malaysian: RM18.00 per person for adult & RM5.00 per person for child 
  • Free of charge (FOC) for infant (Aged 3 years and below)


Ini antara photo yang Bunga sempat ambik, 



Kat sabah ni, Bunga nak bgtau sikit, kalau nak beli souvenir tu beli siap2 di tempat yang dilawati. Sebab souvenir dog ni limit edition. Kat tempat lain mmg takde jual. Menyesal jgak la Bunga tak beli banyak2. Beli untuk backup je. Jadi ade la fridge magnet 1 untuk jadi kenang kenangan. Nasib ade! 

Lepas ke rumah terbaik, kami terus kan perjalanan ke kundasang. Dari Tamparuli ke kundasang ambik masa 1 jam 30 minit la. jalan memang jalan besar bukan highway ye. Tapi jalan dia elok la, takde la lubang2, cuma bengkang bengkok. Jadi sila berhati2 bawa kereta!

Samai di kundasang, Bunga terus check in di Kinabalu Rose Cabin Sabah, Sesiapa yang nak booking boleh terus contact dorg di facebook https://www.facebook.com/Rosecabin. Harga bilik pun berpatutan. Untuk tripal Rm220/malam (termasuk breakfast). Kalau sesiapa yang nak tengok puncak gunung kinabalu  waktu pagi boleh la booking resort ni. Resort ni je satu2nya yang namapk puncak guung kinabalu selain nak rasa kesejukkan dan nyamannya di kundasang, Sabah.

Seawal pukul 4.30pg, Bunga dah bangun nak tgk puncak gunung. Ini antara gambar yang sempat di snap,

Untuk holiday kali ini, Bunga sekeluarga dapat tengok puncak gunung kinabalu sampai kul 8pg. Lepas tu, mmg tak nampak, sebab lepas pukul 8pg tu puncak tu akan dislubungi dengan awan.

Dalam jam 8.30pg tu, kami terus g breakfast, dan bersiap2 untuk ke Dairy Desa Farm (atau dikenali New Zealand, Malaysia)..

Sambungan, Sabah Day 3...

Makan Malam (Day 1)

Makan di Sabah memang senang, jika anda dapat penginapan/tempat tinggal yang ada dapur memang tersangat la seronok cm bunga ni. Tapi holiday kali ni, Bunga tak dapat nak masak sebab dapat package pun bilik hotel je. Tapi jangan risau, kepada traveler yang sama seperti Bunga, tempat makan di sini banyak. Dekat je dengan hotel kami tu pun. Di Sabah, tempat makan ye banyak gerai la.. dekat dengan filipina market tu.

Untuk malam 1 day, Bunga pilih gerai ini untuk makan. Kalau tgk jenis lauk2 ye mmg semua la nak order kan. Harga dia mmg berpatutan dan tersangat la murah jika dibandingkan dengan harga di semenanjung.

 Tengok la, sungguh mewah makanan untuk malam ni. Time ni kami datang kul 9mlm. Kalau kat semenanjung, susasana ye lebih kurang kul 10 mlm la. Kene ingat ye uols, kat Sabah ni sejam awal. Jadi siang dia awal dan malam pun awal la ye. 

Kat kedai makan seafood dia ni, mula2 tu biasa la kene la g tgk lauk ape kita nak makan. Bunga siap buat tawar menawar harga time pilih ni. Kalau nak murah nanti dorg akan pilihkan lauk yg murah sikit la kan.
 Kat sini memang rambang mata nak pilih apa... yang best kalau datang dalam group yang ramai, boleh order banyak2 dan pelbagai. Untuk bunga ni yang datang dengan husben dan anak2 yang tak berapa nak besar ni, kene la pilih lauk yang rasa2 bolehdi habiskan. Kalau tak nanti membazir ye uols! 
 Yang tu anak Bunga, Danial. Dia tu sebenarnya pun tgh survey jgak, Uols nampak tak kedai mainan kat belakang tu. Situ la tempat survey dia. Jadi sila awasi anak2 anda di mana. Jangan nampak udang dan ikan je eh.  Bagi oarng cam bunga ni, banyak lauk yang Bunga tak pernah nampak. Contohnya, Rumpai laut, siput, ikan sulit dan lobster la yang jadi pilihan malam tu.
Yang ini banyak pilihan ikan. Yang penting harga murah2! BEST








Tara!!!Ini la antara lauk yang kami order. tunggu makanan takde lalama sangat walaupun ramai org time tu, dalam 15minit cmtu kot, makana pun sampai. Lauk kami malam tu:
  • Nasi putih 4 pinggan
  • Butter lobster
  • Udang goreng tepung
  • Sotong goreng tepung, 
  • Siput rebus, 
  • Rumpai laut 
  • Ikan sult masak 3 rasa.
  •  Air 1 jag fresh oren.
Total makan RM110!! 

Lepas abis makan, jam pun dah pukul 11cmtu, anak2 pun dah penat dan ngantuk. Jadi, kami pun terus balik hotel sebab esok kami nak ke kundasang pulak... 

Sambung, Sabah day 2...


Friday, May 22, 2015

Holiday ke Sabah (Day 1)

Minggu lepas Bunga satu family ke sabah, terima kasih pada @kisahemasputih.com sebab tolong carikan kereta sewa pada bunga.

Ok, bunga sekeluarga ke Sabah atas promotion airasia, beli tiket dengan hotel total RM1500.00++ mmg murah! Bunga pergi 2dewasa, 2 kanak2 dan 1 infant, 4hari 2 malam.

Day 1, flight bunga pukul 9.30pagi, mmg tenang je. Bangun pun pukul 6pg sebab nak kena ada di airport pukul 8cmtu la kan. Malam tu dah packing la apa2 yg patut. Bunga hanya bawak 1 beg besar je.. sebab tau mmg nanti balik akan bawak ber'beg2. Hahaha. Ini la wajah2 kami di airport KLIA2,
 Opsss, gambar iris je tak nampak. Tak pe, nanti iris dah besar sikit boleh ambik gmbr ye sayang. 

Ini antara gelagat muka batak kami yang jarang naik flight kan.. 

Setelah 2jam 30minit flight ke kota kinabalu, akhirnya kami pun sampai di airport kota kinabalu pada pukul 12.05PM touch down! Alhamduillah, 

Sampai je di airport, kami call agen kereta sewa, dorg pun dah standby di airport time tu. Bunga dapat sewa kereta murah je, tapi tak tau la klu org lain dapat lg murah, tapi Bunga dapat kereta saga rm100/hari. Sesiapa yg nak kereta sewa di kk boleh la call Echa Hassan 0143594886. Lepas dpt kete kami terus check in hotel di @promenade apartment service https://www.promenadeapartment.com/, condition hotel 2* la boleh bagi. Bunga redha je la kan, sebab yang penting ada tempat tido. 


Lepas Check in, terus naik kete dan jalan2 ke sekitar kota kinabalu. Tengok2 tempat nak makan malam nanti. Ramai yang kata kat dataran todak tu best sangat kan..  

Ok, sambung ke Day 2..