Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label holiday malaysia. Show all posts
Showing posts with label holiday malaysia. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Sunway lagoon 1day pass budget RM88/pax

Hi, ni Bunga nak review sikit pasal sunway lagoon. Isnin yang lepas Bunga sekeluarga ke sunway lagoon gara gara anak bujang Bunga yang nak sangat ke nickelodeon lagoon. Apa yang Bunga just nak bagitau, percutian waterpark ni memang berbaloi dan seronok. Bawa budak budak ni memang best..lagi lagi yang suka sangat swimming macam anak anak Bunga ni.



1. Tiket sunway

Untuk tiket ni saje la aritu Bunga survey kot kot ada yang murah. Tengah cari cari tu terjumpa 11st street ni..tengah buat promotion ke ntah ape..ade tiket murah RM 88(dewasa) Rm72(kanak kanak). Mula mula tu takut la jugak kot kot tipu ke apa kan..tapi tawakal je teru beli. Pada yang uols nak beli tu, baca betul terms and condition ye.. voucher korg beli tu kene contact dengan agen dia untul dapatkan timet reference no..bukan cm groupon voucher. Ok, detail boleh g website 11st street ye..


 2. Redeem Tiket Voucher
Pada hari kejadian, sila bawa printed tiket voucher yang dah di hantar oleh agen. Tunjuk di kaunter tiket..bagi yang dah ade voucher tak yah susah ramai ramai beratur, kaunter tiket redeem E-voucher memang banyak. 


3. Wristband sunway
Lepas redeem voucher ni, uols akan diberikan wristband. Make sure uols beli voucher tu cukup cukup ye. Sebab kalau walk-in harga tiket rm120(dewasa) rm90(kanak kanak) bawa mykid atau ic ok..kalau tak harga tiket rm150(dewasa), kanak kanak Bunga lupa.

4. Sunway Lagoon Attraction
Kat sini ade 6 attraction yang harus pergi,
1. waterpark
2. Amusement park
3. WILDLIFE PARK
4.Scream park
5. EXTREM PARK
6. Nickelodeon lagoon

5. Operation hour
Sunway lagoon dibuka seawal jam 10.00pagi sehingga 6.00petang. 

6. Car park
Kepada uols yang nak parkibg ke sunway lagoon, banyak tempat yang boleh uols parking. Bunga parking dalam subway piramid je. Senang dan murah..lagi pon keluar je dari exit parking tu terus jumpa kaunter tiket. Harga untuk parking dari jam 10pg sehingga jam 7 malam tu rm7(wwekdays). Untuk harga weekend, Bunga tak pasti. Tapi kalau uols parking kat luar yangopen space depan hotel sunway, dalam rm18 dalam hotel pun agak mahal jgak. Jadi parking jelh dalam sunway piramid tu.

7. Tempat makan
Kat sini banyak giler tempat makan, ade marrybrown, subway, burgr king, pizza, mamak, nasi goteng, mee goreng, crispy rolls semua ade la.. yang penting->DUIT ye ke ada.. hihihi

Ok, Bunga dah penat menaip ni. Jom tengok gambar Bunga bersunway lagoon.


















Pada yang nak g mandi swimming ni, make sure uols forecasting weather dulu. sebab apa, sebab tak best la mandi time hujan.. lagi2 ade anak2 kecik macam Bunga. Have a enjoy spalsh!!!

Monday, May 25, 2015

Holiday Sabah (Day 4)

Alahai dah hari terakhir kami di Sabah, malas ye rasa nak balik rumah. Hohoho

Ok, pagi tu, Bunga tak check out lagi. Bunga g breakfast dulu dan kami terus ke pasar basah kota kinabalu, sebelah je dengan filipin market (Pasar Kraftangan). Memang giler best pasar ni, sebab semua jenis barang murah2! Losbter kat sini yang fresh baru rm120/seekor/kg. Yang mati RM80/kg. Tapi still berbaloi kalau nak beli sebab taukey tu bgtau baru mati pagi tadi. Hahahaha..

Yang ini la lobster RM120 tu..
Terlopong anak Bunga kat belakang tu tengok ayah dia pegang Lobster yang masih hidup tu. Besar kan uols!




Yang ini plak ikan buntal! Di sini ada jual ikan Buntal tau! Kami tak makan ikan buntal Jadi kami tengok je, setahu Bunga ikan buntal ni bahaya. Ada 2 jenis ikan buntal yang dijual disini, satu yang berduri satu lagi yg berbintik2 tu..






Kami ke pasar ni kekonon nak la borang lobster, tapi bila teringatkan tak boleh bawak masuk kargo dan takde orang nak bawak, jd Bunga pun malas la nak susahkan husben Bunga tu. Jadi kami pun tengok2 je kat pasar tu.


Kalau dah lobster tu murah jual kat sini, udang kertas tu lg la teramat murah, rm25/kg je. Besor2 dpt weh.


Lepas tengok2 dan tiada apa nak beli, kami pun decided untuk balik ke hotel dan berkemas. Flight bunga pukul 7mlm. Jadi extra jam untuk kereta sewa kene charge extra. RM10/jam, dan bunga pkai sampai pukul 4 ptg.

Balik ke hotel, kami bersiap2 kemas2 yg patut. Check out pukul 1ptg terus cari tempat makan tghari. Lepas makan g shopping lg di filipin market, beli barang souvenir seperti magnet ke, mutiara ke, kain ke, hasil kraf tangan rakyat di Sabah ke, pendek kata, macam2 ada dijual disini.

 
Kat sini la klu uols nak beli barang souvenir tu. Sila buat tawar menawar sebelum beli.. penjual kat situ pun tak kedekut, tapi agak2 la dengan harga dan barang tersebut. 

*(Copy dari blog sebelah)

Lepas beli souvenir, Bunga dah tak tau nak pergi mana. Jadi kami pun decided untuk pusing2 bandar. Masa tgh drive tu ternampak sign board Muzium Sabah. Disebabkan tak tau lagi destinasi nak dituju, dan flight pun lambat lg, kami pun singgah la di muzium sabah. Muzium ni boleh tahan jugak la. Banyak informasi tentang Sabah, Bagus untuk anak2 kenal sejarah Sabah. Kami hanya bergambar diluar sahaja. Dalam Muzium tak boleh bergambar.
 

Fee entrance Muzium seperti di bawah:
Malaysian Guests - RM2.00
Non-Malaysian Guests - RM15.00
Malaysians only:
  • Students in uniform - Free
  • Disabled guests - Free
  • Senior guests - Free
  • Taxi Drivers - Free

Di muzium ni ada buat aktiviti juga, Sila ke website Muzium sabah ( http://www.museum.sabah.gov.my/) untuk keterangan lanjut.






Selesai je kat melawat muzium, kami pun terus ke airport. Kerete sewa tadi kami pulang pun juga di airport. Di airport, kami check in luggage dan tunggu flight tiba. Dari airport KK pukul 7.15mlm dan tiba di KLIA2 pukul 9.55mlm.

Alhamduillah, kalau ada rezeki lagi, kami akan ke Sabah semula. Sabah memang the Best! Orang2 sabah pun sangat baik dan peramah.  Terima kasih kepada Echa Hassan sebab tolong kami cari kereta sewa. Thank you Sabah (Y) <3




Saturday, May 23, 2015

Holiday Sabah (Day 2)

Holiday Sabah 2 Day,

Tentu ye bangun2, perasaan teruja dan sangat gembira terbit dalam hati kami la untuk hari ke 2 di Sabah. Kami bersiap2, kemas kan beg pakaian, dan barangan yang patut untuk ke kundasang pula. Hotel di kota kinabalu ni kami mmg booking untuk 4 hari 3 malam. Jadi barang yang tak diperlukan di kundasang kami hanya tinggal kan di hotel je.

Di hotel Promenade apartment ini, sesiapa yang nak budget buffet untuk breakfast, pihak hotel ada sediakan. Hanya bayar rm10/ dewasa, kanak bawah 7tahun free. Jadi kami pun beli la voucher tu. Tapi makan di marina court apartment, hanya berhadapan dengan apartment kami tu je. Uols jangan pulak nak high demand, harga pun rm10 kan.. jadi makan ye un biasa2 je lah. Sorry, Bunga tak ambik gambar ye. Jadi Bunga list kan je menu RM10 dia tu:

  • Meggi goreng
  • Nasi goreng
  • Bubur nasi
  • Hotdog
  • Telur bulat masak masam manis
  • Roti bakar
  • Minuman:
    • Kopi
    • Teh
    • Air suam (request di kaunter, tapi free)
    • Air oren
Yang best makan buffet ni, makan sampai kenyang la kan. Tu jelah. Bunga bagi 2*/5 sebab biasa je rasa makanan dia. Rege pun RM10 kan.. 

Ok, lepas makan, kami terus ke Tamparuli untuk ke rumah upside down (rumah terbalik), Untuk detail boleh ke website ni http://www.upsidedownhouse.com.my/. Ke sini dari kota kinabalu mengambil masa dalam 1 jam 30minit la. Sesiapa yang tak pandai tengok peta, Bunga suggest pakai wase ye. Dapat jimat kan masa dan minyak kete. Ni nak ingatkan, kalau uolsnak jalan2 dan tak berapa sure, sila isi minyak yg secukupnya, sebab kalau dah sampai tamparuli ni, stesen minyak ye tu mmg jarang2 nak nampak. 

Masuk rumah terbalik ni kene beli tiket ye, jadi sila bawa duit yang secukupnya kalau lebih pun bagus!
  • Malaysian: RM10.00 per person for adult & RM5.00 per person for child
  • Non-Malaysian: RM18.00 per person for adult & RM5.00 per person for child 
  • Free of charge (FOC) for infant (Aged 3 years and below)


Ini antara photo yang Bunga sempat ambik, 



Kat sabah ni, Bunga nak bgtau sikit, kalau nak beli souvenir tu beli siap2 di tempat yang dilawati. Sebab souvenir dog ni limit edition. Kat tempat lain mmg takde jual. Menyesal jgak la Bunga tak beli banyak2. Beli untuk backup je. Jadi ade la fridge magnet 1 untuk jadi kenang kenangan. Nasib ade! 

Lepas ke rumah terbaik, kami terus kan perjalanan ke kundasang. Dari Tamparuli ke kundasang ambik masa 1 jam 30 minit la. jalan memang jalan besar bukan highway ye. Tapi jalan dia elok la, takde la lubang2, cuma bengkang bengkok. Jadi sila berhati2 bawa kereta!

Samai di kundasang, Bunga terus check in di Kinabalu Rose Cabin Sabah, Sesiapa yang nak booking boleh terus contact dorg di facebook https://www.facebook.com/Rosecabin. Harga bilik pun berpatutan. Untuk tripal Rm220/malam (termasuk breakfast). Kalau sesiapa yang nak tengok puncak gunung kinabalu  waktu pagi boleh la booking resort ni. Resort ni je satu2nya yang namapk puncak guung kinabalu selain nak rasa kesejukkan dan nyamannya di kundasang, Sabah.

Seawal pukul 4.30pg, Bunga dah bangun nak tgk puncak gunung. Ini antara gambar yang sempat di snap,

Untuk holiday kali ini, Bunga sekeluarga dapat tengok puncak gunung kinabalu sampai kul 8pg. Lepas tu, mmg tak nampak, sebab lepas pukul 8pg tu puncak tu akan dislubungi dengan awan.

Dalam jam 8.30pg tu, kami terus g breakfast, dan bersiap2 untuk ke Dairy Desa Farm (atau dikenali New Zealand, Malaysia)..

Sambungan, Sabah Day 3...