Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label cuti cuti di sabah. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti di sabah. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Holiday Sabah (Day 4)

Alahai dah hari terakhir kami di Sabah, malas ye rasa nak balik rumah. Hohoho

Ok, pagi tu, Bunga tak check out lagi. Bunga g breakfast dulu dan kami terus ke pasar basah kota kinabalu, sebelah je dengan filipin market (Pasar Kraftangan). Memang giler best pasar ni, sebab semua jenis barang murah2! Losbter kat sini yang fresh baru rm120/seekor/kg. Yang mati RM80/kg. Tapi still berbaloi kalau nak beli sebab taukey tu bgtau baru mati pagi tadi. Hahahaha..

Yang ini la lobster RM120 tu..
Terlopong anak Bunga kat belakang tu tengok ayah dia pegang Lobster yang masih hidup tu. Besar kan uols!




Yang ini plak ikan buntal! Di sini ada jual ikan Buntal tau! Kami tak makan ikan buntal Jadi kami tengok je, setahu Bunga ikan buntal ni bahaya. Ada 2 jenis ikan buntal yang dijual disini, satu yang berduri satu lagi yg berbintik2 tu..






Kami ke pasar ni kekonon nak la borang lobster, tapi bila teringatkan tak boleh bawak masuk kargo dan takde orang nak bawak, jd Bunga pun malas la nak susahkan husben Bunga tu. Jadi kami pun tengok2 je kat pasar tu.


Kalau dah lobster tu murah jual kat sini, udang kertas tu lg la teramat murah, rm25/kg je. Besor2 dpt weh.


Lepas tengok2 dan tiada apa nak beli, kami pun decided untuk balik ke hotel dan berkemas. Flight bunga pukul 7mlm. Jadi extra jam untuk kereta sewa kene charge extra. RM10/jam, dan bunga pkai sampai pukul 4 ptg.

Balik ke hotel, kami bersiap2 kemas2 yg patut. Check out pukul 1ptg terus cari tempat makan tghari. Lepas makan g shopping lg di filipin market, beli barang souvenir seperti magnet ke, mutiara ke, kain ke, hasil kraf tangan rakyat di Sabah ke, pendek kata, macam2 ada dijual disini.

 
Kat sini la klu uols nak beli barang souvenir tu. Sila buat tawar menawar sebelum beli.. penjual kat situ pun tak kedekut, tapi agak2 la dengan harga dan barang tersebut. 

*(Copy dari blog sebelah)

Lepas beli souvenir, Bunga dah tak tau nak pergi mana. Jadi kami pun decided untuk pusing2 bandar. Masa tgh drive tu ternampak sign board Muzium Sabah. Disebabkan tak tau lagi destinasi nak dituju, dan flight pun lambat lg, kami pun singgah la di muzium sabah. Muzium ni boleh tahan jugak la. Banyak informasi tentang Sabah, Bagus untuk anak2 kenal sejarah Sabah. Kami hanya bergambar diluar sahaja. Dalam Muzium tak boleh bergambar.
 

Fee entrance Muzium seperti di bawah:
Malaysian Guests - RM2.00
Non-Malaysian Guests - RM15.00
Malaysians only:
  • Students in uniform - Free
  • Disabled guests - Free
  • Senior guests - Free
  • Taxi Drivers - Free

Di muzium ni ada buat aktiviti juga, Sila ke website Muzium sabah ( http://www.museum.sabah.gov.my/) untuk keterangan lanjut.






Selesai je kat melawat muzium, kami pun terus ke airport. Kerete sewa tadi kami pulang pun juga di airport. Di airport, kami check in luggage dan tunggu flight tiba. Dari airport KK pukul 7.15mlm dan tiba di KLIA2 pukul 9.55mlm.

Alhamduillah, kalau ada rezeki lagi, kami akan ke Sabah semula. Sabah memang the Best! Orang2 sabah pun sangat baik dan peramah.  Terima kasih kepada Echa Hassan sebab tolong kami cari kereta sewa. Thank you Sabah (Y) <3




Saturday, May 23, 2015

Makan Malam (Day 1)

Makan di Sabah memang senang, jika anda dapat penginapan/tempat tinggal yang ada dapur memang tersangat la seronok cm bunga ni. Tapi holiday kali ni, Bunga tak dapat nak masak sebab dapat package pun bilik hotel je. Tapi jangan risau, kepada traveler yang sama seperti Bunga, tempat makan di sini banyak. Dekat je dengan hotel kami tu pun. Di Sabah, tempat makan ye banyak gerai la.. dekat dengan filipina market tu.

Untuk malam 1 day, Bunga pilih gerai ini untuk makan. Kalau tgk jenis lauk2 ye mmg semua la nak order kan. Harga dia mmg berpatutan dan tersangat la murah jika dibandingkan dengan harga di semenanjung.

 Tengok la, sungguh mewah makanan untuk malam ni. Time ni kami datang kul 9mlm. Kalau kat semenanjung, susasana ye lebih kurang kul 10 mlm la. Kene ingat ye uols, kat Sabah ni sejam awal. Jadi siang dia awal dan malam pun awal la ye. 

Kat kedai makan seafood dia ni, mula2 tu biasa la kene la g tgk lauk ape kita nak makan. Bunga siap buat tawar menawar harga time pilih ni. Kalau nak murah nanti dorg akan pilihkan lauk yg murah sikit la kan.
 Kat sini memang rambang mata nak pilih apa... yang best kalau datang dalam group yang ramai, boleh order banyak2 dan pelbagai. Untuk bunga ni yang datang dengan husben dan anak2 yang tak berapa nak besar ni, kene la pilih lauk yang rasa2 bolehdi habiskan. Kalau tak nanti membazir ye uols! 
 Yang tu anak Bunga, Danial. Dia tu sebenarnya pun tgh survey jgak, Uols nampak tak kedai mainan kat belakang tu. Situ la tempat survey dia. Jadi sila awasi anak2 anda di mana. Jangan nampak udang dan ikan je eh.  Bagi oarng cam bunga ni, banyak lauk yang Bunga tak pernah nampak. Contohnya, Rumpai laut, siput, ikan sulit dan lobster la yang jadi pilihan malam tu.
Yang ini banyak pilihan ikan. Yang penting harga murah2! BEST








Tara!!!Ini la antara lauk yang kami order. tunggu makanan takde lalama sangat walaupun ramai org time tu, dalam 15minit cmtu kot, makana pun sampai. Lauk kami malam tu:
  • Nasi putih 4 pinggan
  • Butter lobster
  • Udang goreng tepung
  • Sotong goreng tepung, 
  • Siput rebus, 
  • Rumpai laut 
  • Ikan sult masak 3 rasa.
  •  Air 1 jag fresh oren.
Total makan RM110!! 

Lepas abis makan, jam pun dah pukul 11cmtu, anak2 pun dah penat dan ngantuk. Jadi, kami pun terus balik hotel sebab esok kami nak ke kundasang pulak... 

Sambung, Sabah day 2...