Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label rose cabin. Show all posts
Showing posts with label rose cabin. Show all posts

Saturday, May 23, 2015

Holiday Sabah (Day 3)

Hari ke 3 di Sabah,

Bunga dan family masih lagi seronok di Sabah, tapi hari ini pun dah hari ke 3, sekejap je. Hari ini kami kemas2 barang untuk check out dari rose cabin. Pukul 12tgh cmtu, keluar dan terus menuju ke Ladang lembu Kundasang.  Sebelum ke Ladang Lembu, kami berhenti makan tengahari di Pekan Kundasang tu, jangan risau, banyak je kedai makan yang halal. KFC pun ada uols!

Lepas makan tengahari mula gerak ke Ladang Lembu tak jauh pun dari Pekan Kundasang, mengambil masa 15minit sebab jalan ke sana tak  berapa elok (Kalau jalan elok rasanya dalam 10min da boleh sampai). Jadi sila berhati2 ye, sebab jalan berlubang dan jalan sempit.

Sampi je ladang tu, udara mmg la segar tambah dengan bau lembu tu tapi paling penting, rasa sejuk ye uols!! rasa cm overseas sangat!! genting dgn cameroon pun kalah la.

Kat sini masuk kena beli tiket, tapi tak mahal, masuk dengan kerendaan sekali.
dewasa: RM5
kanak2:RM2

Jadi Bunga pun ambik gmbr kat luar tu beberapa photo pastu masuk. ini gmbr sekitar main entrance,










Aktiviti yang boleh dilakukan disini:

  • Taman Cactus
  • Melawat kandang lembu
  • Melawat kandang kambing
  • Membeli hasil produk lembu termasuk susu lembu, dadih dan sebagainya.
  • Yang paling penting!: Tengok cara2 perah susu lembu
Kepada sesiapa yang nak tengok cara2 dorg perah susu lembu, aktivti ini akan mula pada pukul 3ptg. Jadi kalau sesiapa tak nk tunggu, tak payah la tunggu. Terus kan ke destinasi seterusnya. 

Lepas Bunga ke Ladang lembu ini, Bunga planning nak ke Poring Hot Spring, tapi time tu dah pukul 4ptg, jadi husben pun bgtau jom je lah terus ke ranau untuk ke Ladang Sabah.

Sebelum ke Ranau, memang tak sah shopping cendawan dan sayur sayuran kejap di Kundasang ni. Harga memang murah2. Tapi Bunga beli ape yang patut je. Jangan membazir! Sebab lebih baik spend duit tu buat aktiviti, sebab belum tentu nak datang sini lagi kan. Yelah, macam Bunga ni kalau nak holiday kena bawak 1 kontena. Semua kena angkut, tapi holiday tanpa family ni like nothing! kosong. Lagiun sementara budak2 ni kecik la nk bawak, esok2 dah besar dorang pun mungkin tak nk ikut. Ini gerai2 yang jual hasil tanaman di kundasang,

*(Copy dari blog sebelah)

*(Copy dari blog sebelah)

Ke Ranau mengambil masa lebih kurang 30min, tiba la kami di Ladang teh Sabah. Kalau ke Poring Hot Spring ambil masa dalam 15min dari Kundasang.



Di Ladang Teh Sabah ni sebenarnya ada aktiviti lain selain minum teh dan beli teh. Di sini kalau sesiapa nak fish massage ade. Ikan yang digunakan adalah ikan kelah uols!! Tapi sebab masa pun tak mengizinkan, jadi Bunga pun terus ke Ladang Teh. Sekali lagi Bunga nk pesan, sila berhati2 menaiki dan turun dari ladang teh ini, sebab jalan dia adalah jalan batu. 










Minum di ladang teh sabah ini suatu kelainan la,  selain minum teh mengadap ladang teh, rasa tenang dan nyaman. Totally, semua di sabah memang best la! Sesiapa yang ke Sabah, Bunga mmg recommend ke sini. Turun dari ladang ni, dah nak pukul 6ptg dan terus balik ke Kota Kinabalu.

Pesanan!: Sila berhati2 jika anda memandu malam di Sabah, sebab kebanyakkan jalan tidak mempunyai lampu jalan seperti semenanjung. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik, sebab kalau rosak, mmg takde org yang tolong la. Dan, kenderaan yang lalu pun adalah sangat kurang.

Kami sampai di KK lebih kurang kul 8mlm. Terus balik ke hotel Promenade dan bersihkan diri. Pastu keluar makan malam. 

Holiday Sabah (Day 2)

Holiday Sabah 2 Day,

Tentu ye bangun2, perasaan teruja dan sangat gembira terbit dalam hati kami la untuk hari ke 2 di Sabah. Kami bersiap2, kemas kan beg pakaian, dan barangan yang patut untuk ke kundasang pula. Hotel di kota kinabalu ni kami mmg booking untuk 4 hari 3 malam. Jadi barang yang tak diperlukan di kundasang kami hanya tinggal kan di hotel je.

Di hotel Promenade apartment ini, sesiapa yang nak budget buffet untuk breakfast, pihak hotel ada sediakan. Hanya bayar rm10/ dewasa, kanak bawah 7tahun free. Jadi kami pun beli la voucher tu. Tapi makan di marina court apartment, hanya berhadapan dengan apartment kami tu je. Uols jangan pulak nak high demand, harga pun rm10 kan.. jadi makan ye un biasa2 je lah. Sorry, Bunga tak ambik gambar ye. Jadi Bunga list kan je menu RM10 dia tu:

  • Meggi goreng
  • Nasi goreng
  • Bubur nasi
  • Hotdog
  • Telur bulat masak masam manis
  • Roti bakar
  • Minuman:
    • Kopi
    • Teh
    • Air suam (request di kaunter, tapi free)
    • Air oren
Yang best makan buffet ni, makan sampai kenyang la kan. Tu jelah. Bunga bagi 2*/5 sebab biasa je rasa makanan dia. Rege pun RM10 kan.. 

Ok, lepas makan, kami terus ke Tamparuli untuk ke rumah upside down (rumah terbalik), Untuk detail boleh ke website ni http://www.upsidedownhouse.com.my/. Ke sini dari kota kinabalu mengambil masa dalam 1 jam 30minit la. Sesiapa yang tak pandai tengok peta, Bunga suggest pakai wase ye. Dapat jimat kan masa dan minyak kete. Ni nak ingatkan, kalau uolsnak jalan2 dan tak berapa sure, sila isi minyak yg secukupnya, sebab kalau dah sampai tamparuli ni, stesen minyak ye tu mmg jarang2 nak nampak. 

Masuk rumah terbalik ni kene beli tiket ye, jadi sila bawa duit yang secukupnya kalau lebih pun bagus!
  • Malaysian: RM10.00 per person for adult & RM5.00 per person for child
  • Non-Malaysian: RM18.00 per person for adult & RM5.00 per person for child 
  • Free of charge (FOC) for infant (Aged 3 years and below)


Ini antara photo yang Bunga sempat ambik, 



Kat sabah ni, Bunga nak bgtau sikit, kalau nak beli souvenir tu beli siap2 di tempat yang dilawati. Sebab souvenir dog ni limit edition. Kat tempat lain mmg takde jual. Menyesal jgak la Bunga tak beli banyak2. Beli untuk backup je. Jadi ade la fridge magnet 1 untuk jadi kenang kenangan. Nasib ade! 

Lepas ke rumah terbaik, kami terus kan perjalanan ke kundasang. Dari Tamparuli ke kundasang ambik masa 1 jam 30 minit la. jalan memang jalan besar bukan highway ye. Tapi jalan dia elok la, takde la lubang2, cuma bengkang bengkok. Jadi sila berhati2 bawa kereta!

Samai di kundasang, Bunga terus check in di Kinabalu Rose Cabin Sabah, Sesiapa yang nak booking boleh terus contact dorg di facebook https://www.facebook.com/Rosecabin. Harga bilik pun berpatutan. Untuk tripal Rm220/malam (termasuk breakfast). Kalau sesiapa yang nak tengok puncak gunung kinabalu  waktu pagi boleh la booking resort ni. Resort ni je satu2nya yang namapk puncak guung kinabalu selain nak rasa kesejukkan dan nyamannya di kundasang, Sabah.

Seawal pukul 4.30pg, Bunga dah bangun nak tgk puncak gunung. Ini antara gambar yang sempat di snap,

Untuk holiday kali ini, Bunga sekeluarga dapat tengok puncak gunung kinabalu sampai kul 8pg. Lepas tu, mmg tak nampak, sebab lepas pukul 8pg tu puncak tu akan dislubungi dengan awan.

Dalam jam 8.30pg tu, kami terus g breakfast, dan bersiap2 untuk ke Dairy Desa Farm (atau dikenali New Zealand, Malaysia)..

Sambungan, Sabah Day 3...