Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Ayam Bakar 3 Sempoi

Alhamduillah, arini dapat jgak Bunga selesaikan ibadah puasa. Walaupun Bunga rasa pening2 sikit, tapi Bunga dapat juga habiskan dan masak semua juadah untuk berbuka. Salah 1 juadah yang bunga buat ialah Ayam Bakar 3. Mesti uols nak tau apa ada dengan no 3 kan??

RESEPI AYAM BAKAR 3 SEMPOI


Bahan Bahan:
1 Ekor ayam (1kg)
Serbuk lada hitam
Rosemary Whole (2 sudu besar)
Garam (2 sudu besar)
Ajinamotor
Sedikit minyak


Cara cara:
Panaskan oven ke suhu 180°C selama 10minit. Lumurkan semua bahan pada ayam. Pastu bakar ayam selama 1jam 30min atau sehingga masak. Bunga malas nak perap, pada uols nak perap, boleh je perap. Bunga slalu tak perap, lepas lumurkan bahan2 tadi, Bunga terus je bakar.

 Rosemary tu Bunga beli je. Sebotol kecik ni rm1.90 je. Setahun pun tak habis2. Beli kat kedai jual bahan kek, yummie.

Lepas masak, hidangkan semasa ayam masih panas.

Sekarang mesti uols dah tau kan kenapa 3, sebab resepi ni pkai 3 bahan je. Ayam, rosemary dan lada hitam. Selamat mencuba!

Monday, April 11, 2011

Awas telur tiruan dipasaran - By CAP

AWAS TELUR TIRUAN DIPASARAN!!

Salam kepada semua pembaca,
 
Baru2 ni bunga terdengar di berita tentang kemunculan telur tiruan dipasaran. Aduii.. apelh dorg ni, telur pun nak dibuat tiruan. Menurut ape yg bunga baca di internet plak, membuat telur tiruan ni mmg harga ye mmg murah jika dibandingkan dengan harga telur tulen.  Menurut sumber yg bunga terbaca dari google, telur tiruan ini telah la di hasilkan sekitar tahun 2008 lagi tetapi baru sekarang kerajaan sedar akan kewujudan telur tiruan ini. Terfikir plak bunga, adakah bunga pernah terbeli telur tiruan ni. ermmm....

Jom lihat gambar di bawah. Di sebelah kiri adalah telur yg tulen.

Telur tulen (kiri) vs telur tiruan (kanan)


Macamana telur tiruan dihasilkan??

Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
 
 
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat
 

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal. 
 
 
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
 
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?


Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.

P/s: Kepada yg mencipta telur tiruan ni, korang ni tak rasa kesian ke pada pengguna? cam bunga ni, nak cakap slalu makan telur tak lah jugak. Tapi kalau dalam sebulan tu ade la jugak beli sampai 2 trays. Tapi terfikir plak kat kepala bunga ni, kesian sangat kat orang yg tak berkemampuan. Yelh, telur adalah makanan yang paling murah dan senang didapati jika dibandingkan dengan makan seperti ayam, daging atau ikan. Dah la mereka ni dapat protein memlalui telur je.. Pastu, wujud plak telur tiruan. Aduii, apalh nasib kan.. ok, sampai sini je k. nt bunga update lagi! Pasni, bunga nak update majlis kenduri aqiqah anak bunga yg berlangsung 9/4/2011 aritu. Disebabkan gambar pun takde lagi, tak best plak rasa nya nak berkongsi kemeriahan itu lagi. Ok, bye2