Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^
Showing posts with label Seri. Show all posts
Showing posts with label Seri. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

BOTOL SUSU NUK

Salam semua,

Tadi pagi terserempak dengan kak Yan dan bunga tanya pasal botol susu NUK. Untuk pengetahuan semua, sekarang ni bunga masih memakai botol susu biasa untuk anak2 bunga. Sebenarnya, Bunga dah lama bercita-cita nak tukar botol tu. Tapi Bunga terPending la plak. Terpanggil dengan berita baru2 ini, yang botol biasa akan diharamkan penggunaannya, jadi Bunga pun mungkin akan bertukar kepada botol BPA free. Search kt google ramai plak ynag pakai avent. Bunga ingat tak beli avent sebab botol tu putingnye besar sgt.
 
Ok lah semua, sampai sini je Bunga nak share. Nanti Bunga update lagi keh! Bye3x

Danial Haziq Bin Hasnul Afzan


Muhammad Naufal Bin Hasnul Afzan

Tuesday, March 15, 2011

POKOK DAH BERBUAH

Hai semua,

Bunga sangat gembira sebab tadi masa lunch bunga balik rumah sekejap konon' nak tengok anak bunga la kan. Kononnya la kan..hihi. Bunga ni kalau tengahari sebelum nak balik ke ofis balik bunga akan pergi tengok tanam-tanaman bunga tu. Wah!!! sangat gembira bunga bila bibik bunga bagitahu yang tanaman bunga dah mula berbunga dan dah mula bebuah.. eeeiii, tak sabar pula nak tunggu besar.

Untuk pengetahuan pembaca, bunga ada tanam, sayur kangkung (yang juga sudah besar dalam dua minggu lagi boleh la ambik), timun (yang tu dah berbuah, dah ade 2 plak tu), buncis, kacang panjang, cili (terima kasih kepada mak lang Hasnul sebab memberi pokok tersebut dan banyak buah bunga petiknya), petola, terung dan tomato (pokok ni dah lama bunga tanam tapi tak pernah tumbuh, tapi bunga dah cari benih yang bagus, nampak nya dah berjaya la, tapi pokok tu kecil lagi).

Bunga sebenarnya, takde la suka sangat nak menanam ni. Tapi sebab dah bibik pun takde keje kan, jadinya bunga suruh la dia yang tanam tengok2 kan tanaman tu. Kadang2 bunga ade jugak suruh dia bawa hasilnya. Kepada pembaca, sorry la xde gambar yew.. sebab tadi nak cepat2 balik ofis.. esok bunga akan upload k. :))

Monday, March 14, 2011

INTRODUCTION

Assalamualaikum,

Setelah beberapa tahun ingin membuat blog sendiri, ternyata akhirnya saya telah berjaya merealisasikannya. Syabas buat diri sendiri kerana telah berjaya!! Walaupun blog saya ini adalah tersangat simple tapi tidak mengapa, mungkin pada masa akan datang saya akan memperbaharuinya dengan lebih hebat lagi.

Untuk pemulaan ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca saya yang saya baru sahaja melahirkan cahaya mata saya yang ke dua pada 2/1/2011, pada pukul 4.23pagi yang bernama Muhammad Naufal Bin Hasnul Afzan. Walaupun, ada sedikit frust kerana tidak mendapat tarikh yang diidamkan iaitu pada 1/1/2011, tetapi tidak mengapa kerana, anak saya telah berjaya mengharungi tahun 2010 dan lahir pada tahun ini.. yeeeeaaaahhh!!

Nampaknya, sampai di sini sahaja saya menulis untuk pembuka bual bicara saya. Sekian, kita bertemu lagi.
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.

P/s: Kepada sesiapa telah membaca blog saya ini, sila beri komen anda. Terima kasih kerana melawat blog saya.