Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, June 10, 2015

Fun, Relax & Enjoy di Gold Coast Morib International Resort!!

Assalamualaikum uols,

Sorry, semalam tak sempat nak tulis blog sebab sibuk siapkan album photobook. Voucher dah nak expired dan semester pun dah nak mula. Jadi Bunga pun siapkan photobook dan walah, dah pun siap, tinggal tunggu je sampai di rumah. Sesiapa nak buat photobook boleh la ke http://www.photobook.com.my/, Kat situ mmg ade macam2 services berkaitan dengan gambar. Meh tgk printscreen kat bawah ni sikit, kadang ade offer di groupon.

Aritu ade sale rm39/200keping dengan gloss paper/matte paper, boleh pilih. Jadi pada sesiapa yang dah lama tak cuci gambar tu boleh la beli voucher di photobook. Voucher plak selalunya boleh pkai dalam masa 6bulan.

Cukup nak promote photobook, jom citer sikit pasal Gold Coast Morib Resort ni. Kalau nak citer kat Gold Coast Morib ni memang best sangat la bagi Bunga. Bagi yang tak suka travel jauh2 seperti Bunga boleh la berkunjung ke sini. Bunga duduk di Kajang jadi ke Morib ni, mengambil masa hanya 30min untuk sampai. Takde la nak buang masa atas jalan. Malahan, jem pun takde!

Time Bunga booking tu, Bunga booking melalui agoda.com. Time tu ade offer, RM200/nite (harga termasuk hotel+2 breakfast+2 dinner+2 tiket masuk water park).  Cam Bunga ni kene bayar additional untuk breakfast, dinner dan water park. Harga seperti dibawah:
Breakfast  : RM25 dewasa RM15 kanak2
Dinner       : RM53 dewasa RM32 kanak2
Waterpark: RM35 dewasa RM20 kanak2

Memang puas giler main air di situ. Tapi di Morib ni takde la besar sangat seperti tempat2 lain. Yang best di sini, hotel berhadapan dengan waterpark. Malah, tempat di sini kecil, senang parents nak buat observation/ intai2 aktiviti anak2. Dengan harga RM200 Bunga rasa bebaloi la. Tapi sekarang ni banyak promotion lain. Boleh g ke official website hotel. Jom review sikit gambar kami ni,
Abaikan abang upal di situ.
Kalau di official page, full view dia lebih kurang seperti di atas la. 

Ini bilik yang kami dapat, 

 Tengok tu, besar dan luas!
 Baby Iris pun seronok dapat katil. Suka sangat bercuti! Tido hotel la kan..

 Tengok abang2 dia duduk intai orang2 mandi tu, dia pun tetiba je nangis nak suruh angkat dan nak tengok kat balkoni tu jugak.

Ini bilik air di hotel ni, kat sini room hotel dapat bilik air yang ade jakuzi. Jadi kalau tak puas mandi di kolam, naik, mandi pulak kat jakuzi ni. 
 1st time baby iris g swimming.

Cam teror je kan.. sebenarnya tengah ketakutan tu.. hahaha


 Selain, main kolan, boleh je main2 di tepi Pantai Morib tu. Kebetulan anak2 nampak ade baby ketam dah mati, jadi sibuk la dorg nak tanam ketam.






 Di sini juga ada pub, kalau nak santai makan steamboat pun ade. Tapi harga menawan la~
 Kalau public holiday, nanti pihak management ade sediakan live band dan mini park cam suppa duppa tu~Opss.. tiada gambar la pulak. 

Keterangan lanjut, silake official website Gold Coast International Resort Morib. Pada yang nak ke GCR Morib tu, selamat bercuti!!! Have fun..


No comments: