Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, February 21, 2012

My Ambition is...?? Are we in the right track? (PART 2)

Cerita kahwin ni mmg best.. sape la yg tak suka kahwin, betul tak.. kepada sesiapa yang belum kawin, mesti tergedik2 nak kahwin kan.. tapi kat sini bukan nak cite cmne nk cari jodoh k.

Kadang2 aku rasa hidup aku ni, cm cerita kartun plak. Lepad abis degree je aku kenal dgn Hasnul. Time tu tak de langsung nak kenal dia. Nama pun asyik salah, asyik panggil hasrul.. hehehe

Seminggu lepas kenal Hasnul aku pun dpt offer g UTM, Johor. Memang hati tu cm nak sambung, cam tak nk.. sebab time tu mungkin dah seronok tgk member2 semua dah keje. Aku pun gedik2 jugak la nk jugak kan. Alhamduillah, nasib baik aku pilih sambung master. Aku ambik master tak delh gempak2 sangat, sebab name pun master je, lain la klu nk buat Phd nt, area research kene focus. So, blajar setahun abis, terus kawin.

Lepas kawin, tak tau nak jadi ape, jadi lecturer ke ataupun QS? Jadi QS nanti banyak keje, jadi lecturer xde experience. Tapi tak salah kalau kt mula dr zero kan?? dr situ la kt belajar, betul tak??
Jadi aku pun mengajar di sebuah kolej kat Mantin.

And now, this is me, its been 4years I become a lecturer. And I am happy with my job! next achievement is to get PHD!

Conclusion, walaupun kita tak suka apa yang kita ade sekarang, bukan bermakna kita akan benci selama- lamanya apa yang kita ada sekarang. Belajar utk menyukai bende yang kita tak suka sebab mungkin itu la rezeki yang dah ditentukan oleh-NYA. Berusaha la dengan bersungguh - sungguh dan yakin semua itu sudah ketentuan-NYA. InsyaAllah...


Current lecturer QS, KLIUC. Love you guys forever. I wish best luck to all of you!

My Ambition is...?? Are we in the right track? (PART 1)

Salam Semua,

Tibe - tibe je terpikir kan hal ni. Pernah tak korg terpikir masa kecik - kecik cita - cita nak jadi ape?? Bunga mmg ade tulis kt kad detail pelajar tu cita - cita nanti nak jadi ape, tapi bunga tak tau pun cita - cita tu adalah sebenarnya angan2 yang harus kt buat dan jadikan ianya realiti. Yelh, dulu bunga tulis kat kad tu pun sebab ikut kawan. Time tu darjah satu, cikgu suh tulis, bunga pun tulis jelh. Cam biase la, cita - cita yanag kita akan pilih time tu:

1. Cikgu (betul ke aku nk jadi yg ini, main cikgu2 pun aku tak suka)
2. Jururawat.
3. Doktor

Kalau semua nak tahu, dulu time kite kecik2, mesti ramai suka main cikgu2, main belajar2.. tapi utk bunga sememang ye benci main itu semua. Mmg tak best dan happening langsung. Ade ke nak main belajar2 dengan cikgu2.. boring kottt!!! eeiii.. yg bunga suka main beskal pastu letak kabus kat rim (baru bunyik sebijik cam motor.. hehehe), main mak2 pun tak berapa best, sebab bunga asyik kene jadi mak atau anaky yang pelik ye kitorg tak de plak bapak, ish2x.. tapi time tu klu main jual2, bunga paling suka!! Bunga pernah main jual2 satay (satay dr pucuk ubi kayu, pastu buat bakar, duit dr batu kt tepi jalan). Time tu, mmg ingat main je, klu time balajar mmg boring la kan.. :))

Masuk je tingkatan, cita - cita kt pun berubah, dah tak nk jadi cikgu, nak yang terer2 je:

1. Engineer
2. Doktor
3. Lawyer
4. Pilot (tak sedar kan berat pun overload, hehe)

Time tu dah rajin skit belajar, aim belajar pun dah bertukar kepada untuk berjaya. Alhamduillah, lepas SPM walaupun tak berapa cemerlang, bunga dpt masuk UiTM, Sri Iskandar. satu sem je, pastu pindah UiTM, Shah Alam.

Pernah tak korg semua masuk bidang yang korg sendiri pun tak tahu? time tu disebabkan tak berapa nak cemerlang, ikut jelh cakap parents masuk Quantity Surveyor (QS). Apa itu QS?? tak de pun dalam senarai cita2 dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Aduii.. ?Xqwpmn$332675172!!! bunga pun teruskan belajar je walaupun time tu ade gak terpikir nak tukar course. Yelh kwn2 sekolah semua ambik course yang best2, cm engineering ke, accountant ke, architecture kan.. Bunga time tu start dengan diploma. Walaupun diploma, banyak yg bunga belajar, dr zero tak tau ape itu QS, bunga pun belajar jugak smapai g praktikal training, time praktikal tu byk la bunga tau pasal QS ni, bunga still tak suka ni sb QS ni banyak ye keje, kadang2 kene plak stay back kt opis.. ingat lg, abg fadil slalu je tido kat opis, pagi2 baru balik, nasib baik ade en. Duen yg baik hati, tak pernah suh ktorg tido opis, cukup kul 10mlm dia perhambat ktorg balik. Dengan alasan,"korg tu budak praktikal je, dah2 pergi balik, biar Fadil je buat sorg".. walaupun keje sampai kul 10mlm, ktorg pun boleh claim jugak. TQ En. Duen. Jasamu dikenang! :))

Abis Diploma, bunga keje dulu sebagai kerani.. ya Allah.. punye ye la ciput gaji ye.. tapi klu jd assistant QS jadi ciput dah la tak leh claim, tak payah la nak dinyatakan name company yg offer assistant QS kat bunga tu kan.. ermm.. keje 4bulan dapat plak offer sambung degree.

Sambung degree, terasa sesuatu yg baru, otak lebih fresh dan bersemangat utk lebih berjaya. Kalau time diploma tu buat lebih2 kurang je, time time degree ni klu boleh nak la dpt yg terbaik. Alhamduillah, time last semester tu tak tau nak buat ape lepas tu. Walaupun ramai member2 diploma dah start keje dan ade yg dah berkahwin.. aku pun terus jugak la plan ape yg patut. Kahwin??? tak de pun dalam senarai cita - cita lepas belajar walaupun harap tu ade kan..:) mane tak ye, kawan rasa ye dan beribu2, tapi yg declare jd boyprend ermm.. tak de pun.

Tau UiTM ade offer master dlm construction management, aku pun terus apply. Seminggu lepas tu dipanggil interview, KJ proramme tu kata kat aku yang aku masih tak bersedia dan kene g keje ambik pengalaman dulu.. Aku tak puas hati, sebab time tu mmg dah mmg rasa bersedia utk sambung belajar... aku pun sedapkan hati, mungkin bukan rezeki aku dpt kt UiTM. Aku pun try kat UTM, alhamduillah aku dpt offer masuk.

Wednesday, January 25, 2012

Happy birthday Muhammad Naufal 1st

Tanggal 2/1/2012, Naufal dah 1 tahun. Terasa cepat je masa berlalu. Mungkin sebab Naufal lahir awal tahun. Ingat lg aku time sibuk2 dulu nak lahirkan naufal.

Time tu aku dah la detected ade diabetes, jadi klu ikut date 1/1/2011, jadi pagi2 la aku g hospital tu, konon2 tak nak ramai org. Tapi hampeh, tengok2 ramai gile org nak bersalin.

Tahun ni, aku decide sambut hari lahir Naufal 1st year pada tarikh 7/1/2012 memandangkan 2/1 tu ramai yang nak masuk sekolah kan. Majlis amat meriah dengan kehadiran sedara mara dan jiran tetangga. Terpancar di muka Naufal seronok pada hari itu.


Nampak kan gigi 2 batang dia kan.. sekarang ni dah nak masuk 8 batang. Sebenarnya time ni Naufal dah ade 4 batang gigi. Dah pandai berjalan, Alhamduillah, tak pernah demam lg.


Ni kek hari jadi Naufal.. beli kat Secret Recipe je. Yumm~

 Potong kek.. Selamat Hari Lahir 1st Naufal, Ibu doakan semoga Naufal jadi anak yang soleh, sihat, cemerlang dan sentiasa berjaya dunia dan akhirat. ❤


I love Adik Naufal!! Happy birthday ❤

Wednesday, January 4, 2012

Mengandung kali -2

Masih teringat diingatan saat melahirkan Muhammad Nafual yang ibu sayangi.02/01/2011


Sewaktu aku disahkan mengandung, Danial Haziq baru berusia 7bulan. Danial yang baru berusia 7bulan, yang masih memerlukan aku disaat dia baru belajar untuk merangkak dan belajar untuk minum susu formula.  Disaaat dia ingin aku memegang tangannya dan memeluknya. Disaat dia ingin aku mencium dia selalu. Dan aku masih teringat pada masa itu aku masih menyusukan dia, dan aku dinasihatkan untuk berhenti menyusukan dia. Seminggu Danial merajuk tidak mahu aku peluk dia, cium dia. Seakan2 dia tahu yang dia akan mempunyai adik tidak lama lagi.

15/5/2010 - G jumpe doktor, time tu takde la terkejut sangat bile diberitahu aku mengandung lg buat kali ke-2, sebab aku dah 'miss' sebulan. Yang best ye tarikh bersalin tu mmg cantik la kan 1/1/2011. Tapi pelik jugak sebab time tu aku fully bf, tp mengandung la plak. Saat yang paling tak boleh lupa kan, pada bulan pertama tu, aku siap main tarik tali. Johan lg. Hah! siap melompat. Yang paling tinggi lompat tu mak la! Nasib baik tak de pape. hahaha



Hari2 berlalu, setiap malam, bila Danial tidur je aku akan lihat muka dia, adakah dia bersedia untuk menerima adik ataupun tak. Time tu aku rasa sangat bersalah dengan Danial. Sedey jugak mak. Sampai aku pernah salahkan diri aku untuk kandungan ke-2 tu, astafirullah alazim... maka setiap kali solat aku berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku utk berjuang kali ke-2. Segala yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Hanya Allah yang maha mengetahui.. wallahualam~. Alhamduillah, semenjak hari itu, dengan perut yang semakin membesar, aku mengajar danial dan bercakap dengan danial, "Dalam perut ibu ade baby.. Danial sayang baby?" cepat2 Danial cium perut aku. Erm.. sweet je time tu. Dalam saat mengandung tu jugak, bila ade je baby yang baru je lahir, aku bawa Danial tengok. Dengan itu Danial boleh belajar yang dia akan ade adik tak lama lg.



16/12/2010 - Hari yang ditunggu semakin hampir. Aku siap cakap dengan baby yang dalam perut ni, "Jangan keluar dulu ye sayang, sian baby nanti lahir hujung tahun la plak.. tunggu tahun baru k.. Time tu tengah tengok berita, lepas makan. Tiba2 terasa yang sakit sangat perut yang mengeras. Sebelum ni, cam tak kerap, tapi lepas makan tadi, kerap plak dia nak mengeras.. huh?? takkan la dah nak keluar. Aduii.. cmne ni?? nak tak nak ajak la husben teman g hospital. Sampai hospital, dah la proses daftar ye lambat giler..Aduii, lepas je daftar, dia suruh masuk.. tukar kain dan doktor pun cek.. doktor bgtau baru buka 1cm.. biar betul doktor ni.. aku rasa sakit giler kot cm nak beranak.. pinggang jangan cakap la kan.. Doktor bgtau mungkin ade jangkit pada bahagian faraj sahaja. Dekat 2 jam jugak la aku tunggu result. Giler mmg lama tunggu pastu best je lepas 2jam tunggu doktor bgtau boleh balik belum time lg. Siap pesan klu ade turun darah ke turun air ke baru datang balik. Jadi aku pun terus balik.. tapi mmg time tu tibe2 je dah reduce sakit mengeras tu..

Oh, lupe plak.. malam tu cmne dengan Danial?? Nasib baik, baby sitter Danial tu boleh tolong jaga danial kejap. Dan nasib baik, Danial pun wokeh je.. kul 1 pg tu jugak aku baru balik dr hospital. 

17/12/2010 - Pagi2 tu terus bgtau boss yang aku tak boleh dtg keje lg. Sebab takut terberanak plak nanti. Lgpun aku tak nak stress dgn keje yang ade kt opis tu. Aku pun rehat kat rumah.

23/11/2010 - Ibu call ajak g PD.. huh?? g PD time dah nak dekat2 bersalin ni?? dah plak tu tido sana lg.. cmne ni??

24/11/2010 - Terus packing barang2 g PD.. dengan doa ibu, dia cakap ingsyaAllah takde pape.. aku pun g la PD.. kat sana, mmg tawakal jelh jgn beranak dulu.. enjoy.. hehehe. Alahamduillah, nasib baik tak de pape.. balik dengan selamat. huh~

31/12/2010 - Malam ini abik sayang plak buat kenduri. Rugi plak rasa tak datang, mesti ada kambing bakar punye.. adoiii.. dengan perasaan takut, aku dgn husben pun g jugak la. Melantak jangan cakap la.. memang tak igt dunia la akan mana tak n ye, esok nak bersalin kot.. hehe. Alhamduillah, semua nye ok sehingga 12tgh malam. Huh~ syukur sangat sebab baby dlm perut ni dalam bertahan sampai tahun baru.. Alhamduillah!

Disebabkan aku mempunyai rekod diabetis, aku dinasihatkan untuk pergi ke hospital mengikut tarikh due walaupun tiada tanda2 bersalin.

Esok aku dah nak bersalin.. cmne Danial nanti? Boleh ke??.. cmne dia tgk baby nanti.. perasaan takut tu mmg tak boleh bla la kan.. Sedey pun ade jugak.. sebab dah tak lama dah, esok je, danial pun dah jadi abg.. time tu danial dah masuk 1tahun 3 bulan.

1/1/2011 - Pagi2 aku dah sampai hospital, takdelh pagi sgt sebenar ye dlm kul 8 cmtu la jugak. Aku mmg dah tahu hari tu mesti ramai punye org nak bersalin.. tengok tarikh pun mmg cantik 110101.. sampai2 mmg gile ramai org nak bersalin.. nyesal plak tak datang tgh malam tadi.. erm.. tunggu la jugak. Lepas daftar tu dia suh duduk dulu sebab org ramai. Kul 9 dia panggil masuk cek dulu, tukar kain, doktor cek tak buka lg. Cm biase disebabkan ramai yang dtg nak bersalin, dia suh tunggu dulu kat ruang perdaftaran tu. Kul 12, perut dah rasa lapar.. husben g keluar dulu beli makanan. Makan dulu. Tunggu plak sampai kul 4. Aku dah risau ni.. kene bersalin ke kene balik dulu ni.. Klu ikut kan doktor aritu ckp suh induce je.. Asal tak induce2 ni?? Time tu jiwa ni dah geram.. aku pun suh husben tanya kat kaunter. Budak kat kaunter tu bgtau, wad penuh. Jd kene tunggu lg.

1/1/2011, 1700 - "Nurdiana." Budak kat kaunter panggil nama aku. Time tu br keluar toilet cek kot2 ade tanda bersalin ke apa ke.. Uik, cm ade darah skit. Tapi aku diamkan je. "Sila ikut kami ke wad". Aku penuh gembira, terus la ke wad naik wheel chair dan aku pun terus je lupa pasal darah tu. Sampai je wad, aku ditempatkn di wad kelas ke 3. Aduii, selesa tu ok la.. tapi aku ni dah biase ade air - cond. Husben naik, tanya kat kaunter kot2 ade kosong utk bed kelas ke 2 utk room 4 org tak, nurse bgtau mmg takde, semua penuh, TAPI ade 1 bilik kelas ke 2 tapi 1 bilik sorg, aku pun happy la kot2 husben boleh temankan, tapi nurse bgtau, "owh, mintak maaf ye puan, bilik ini kelas ke2, org luar tak boleh menunggu. Aku pun ape lg, huh!? tak boleh tunggu, takut arr tinggal sorg2, maka aku pun kembali balik duduk katil kelas ke 3 tu.

1/1/2011, 2130 - "Ade bed kosong utk kelas ke 2, 4 org. Suruh husben Puan dgt utk bayaran, nanti puan boleh terus duduk katil tu". Ape lg, aku pun terus la sepantas kilat call, husben pun dtg bayar aku pun duduk ke katil kelas 2 tu. Mmg tak sangka, katil yg aku dapat tu, katil time aku bersalin kan danial dulu. Mmg luck la aku rasa. Cm rumah sendiri la kan. hehe

1/1/2011, 22.30 - G toilet, darah makin banyak, tapi tk de banyak cm period tu.. sikit je.. mungkin dah terbuka. Tp time tu tak de contraction lg. Sara jiran katil aku bgtau suruh bgtau dgn nurse. Aku bgtau dia, "Tak payah la, Dah sakit nanti br aku panggil nurse."

2/1/2011, 0100 - Cm biase, duduk kat wad bersalin ini utk perempuan nk tunggu masa bersalin la kan. Time ni contraction dah makin kerap, aku pun rasa cm nak terbuang air besar sgt2. Time tu plak nurse cm biase nak cek condition perut aku, Aku pun bgtau dia yg aku rs aku dah nak bersalin. Dia pun cek bgtau dah buka 4cm. Terus je, nurse tolak aku g bilik bersalin. Aku pun jam2 tu pun call husben suh dtg. Yg best ye time ni, aku call husben, mungkin dia tgh tido, siap di bgtau aku,"awak main2 ke ni?? tak kan kot".. aku pun terus je bgtau, "Ok klu tak percaya, tak yah dtg, terus je tido sampai esok!".
Tak lama tu husben pun dtg, time tu aku dah tunggu kt bilik bersalin.

2/1/2011, 0415 - Tunggu2 punye tunggu, setelah aku penat mencuba utk bersalin, setelah laki aku pun dah tak larat tunggu nak tido, aku pun berjaya bersalin. Officially, time tu doktor perempuan tak ingat nama dia pun bgtau dah selamat bersalin baby boy. Berat baby 3.60kg. Mak ai?? cmne aku boleh keluar kan dia ni.. mmg tak sangka gile la baby aku tu 3.60kg. Tp tetap bersyukur sebab aku dah pun berjaya bersalin.



Lepas je bersalin tu aku rasa badan cm lemah, doktor bg minum air susu. Aku pun terus tertido. Tak sangka husben aku setia menunggu aku sampai subuh tu.

2/1/2011, 0700 - Aku ditolak masuk ke wad balik. Husben siap belikan nasi lemak, yg best ye siap ade telur rebus lg weh!! aku tak de la makan.. just makan nasi je sebab time tu aku nak tido je. Dah penat! Penat tak penat tu, bile tgk wajah si kecil yang baru lahir tuterasa sejuk je.. hilang penat2 tu. Dah la muka cm cina! hehehe

 Alhamduillah, petang tu kak sum(pembantu rumah aku0 dtg dgn danial, danial cm biase. Tak de la nak nangis ke ape.. mungkin tak berapa faham lg kot.

3/1/2011, 1200 - Doktor sah kan aku boleh keluar wad. Aku balik rumah, danial pun terus ke arah aku nk tido sebelah aku. Alhamduillah, mungkin berkat aku berdoa supaya Danial menjadi anak soleh tu terbukti. Sepanjang Danial bergelar abg, dia jarang pukul2 adik dia.. tipu la klu ckp tak de kan.. nama pun budak2. Tapi sepanjang 6 bulan, dia mmg tak pernah nak pukul2 adik dia.. malah sayang sgt pada naufal.

Thank you Allah~ kerana Kau menganugerahkan aku 2 anak lelaki yang sempurna pada aku. Terima kasih.

*Untuk pengetahuan semua, sejak Naufal dilahirkan, aku dah pun dapat menyiapkan 2 rumah sewa aku. Time tu aku mengandung 8 bulan, saja g Bank Rakyat nak tny2 kot aku boleh pinjam loan ke tak.. alhamduillah~ mungkin rezeki baby baru aku pun dipermudahkan. Seminggu sebelum naufal dilahirkan, rumah sewa pun siap. Mmg time tu sgt gembira. Terima kasih juga kepada semua yang membantu. TERIMA KASIH!
Yakinlah setiap anak yang lahir ada rezekinya dan setiap yang berlaku ada hikmah ye. Wallahualam~ Mungkin mengandung kali ke 3, PHD aku boleh siap kot.. siapa tahu. hehe
❤❤❤