Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, November 23, 2011

Chocolate Lava Cake

Diam2 dah masuk 3 tahun Bunga dan husben bersama. Ulos, doakan Bunga sentiasa bahagia dan gembira ye. Next week anniversary yang ke 3 bunga igt nak g celeb kat luar. Konon2 nak la g vacation tapi disebabkan ada sebab2 yang tak boleh dielakan, bunga igt nak masak special je kat rumah. Bunga igt nak buat Coklat lavar yang tertangguh semalam sebab tak de coklat bar. Mmg tak boleh bla, smlm g mydin precint 14 coklat bar tu tak de stok. Adoii~ Konon2 nk la buat surprise dgn husben sempene birthday dia.. tp mmg hempess la kan..
Kpd ulos yang tak tau cmne rupe ye nak buat coklat lava ni, meh Bunga share skit resepi ye k. Mmg sedap ulos.. slurrrppp. Jd jom buat coklat lava! Scroll bwh:

Chocolate Lava Cake
Bahan-bahan ( 2-3 biji ramekin )
  • 1 cawan dark chocolate yg dicincang
  • 6 sudu besar mentega yg dah dicairkan
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 160 celcius.
  2. Cairkan coklat dgn mentega. Boleh guna oven atau cara Bain Marie. Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Pukul telur dengan gula selama 3 minit. Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi. Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.
  4. Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus.
  5. Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit. Keluarkan dan masukkan dalam oven selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit.

Tuesday, November 22, 2011

Holiday A Famosa

Salam ulos, kali ni bunga nak share skit pasal holiday Bunga ke A famosa time raya ke2, sb mmg dah plan dgn husben nak g vacation. Secara keseluruhan ye , boleh la, best kalau ulos bawak anak2. Kalau couple tu tak tau la. Sb Bunga pergi dgn family. Danial dgn Naufal best sgt2 holiday kat A Famosa tu. Especially bile time g masuk ke Cowboy Town dgn Safari ye. Walaupun tak de la banyak sgt haiwan ye berbanding tempat lain kan. Berpatutan la harga package yang diberi. Bunga pergi 3hari 2 malam. So sempat la buat banyak bende. Tak delh rushing sgt.
 Time ni kat Cowboy Town, tgk tgh show dia. Best jugak la.. tapi sesak skit la. Show start kul 8.30 so kene cepat2 g cop tempat. Bunga tak dpt seat yang best sgt. Jd mungkin sebab tu tak berape best kot. Bunga duduk hujung skit. Tp pape pun time orang sibuk tepuk tangan, adik time tu baru 7bulan pun sibuk jugak nak tepuk tangan. Terkujut jugak Bunga sebab baru tau, adik dah pandai tepuk tangan. Sangat impressive!
 Pastu ktorg sempat jugak la makan kt salah satu restoran yang ade kat dlm Cowboy Town tu. Price boleh tahan la, Tapi makanan, out gile. Bunga suggest tak payah makan kt Restoran dia k. 
Opsss... sorry lupe la name menu ni. Hehehe..
Abg cm biase la kan, sibuk je nak abis kan jus oren tu. Padahal dia baru je bangun dr tido tu~ huh.. kesian ayah.. dapat minum skit je. Tapi baby, boleh pesan lg.~
Kat Cowboy Town tu bukan setakat show je, tapi ade ala2 fun fair, termasuk la bumper car. Kalau sape2 teringin nk main bumper car tu.. boleh la dtg ke A Famosa!!

Esok ye, ktorg g Safari dia. Tu pun termasuk dlm package dia. Kat sini ade aminal show dengan bird show. Boleh la. Klu sape2 ade pernah g Zoo, dia ala2 cmtu la.. cume tak de ikan. Sekian~tapi seperti biase tempat duduk kene cepat klu tak penuh dan dapat tempat yg tak best. Kawasan tempat duduk panas skit, sb kipas dia pasang tak banyak. Hanya tertumpu ke sesetengah tempat duduk.


 Adik tak takut langsung naik keldai opsss sorry bukan keldai ye kawan2, tapi kuda padi. Mak ayah dia la plak yang risau.. mana la tau kuda dia tu nak menganmuk. Ayah dia plak cool je plak nak letak atas kuda tu. Takut Bunga~
Yang ni ktog naik lorry ke ape ntah dorg panggil lorry ni, tour satu safari, tengok rusa, zirafah, kuda belang, buaya, harimau, singa dan macam2 lagi la.
Sorry, tak boleh la nak upload banyak2, satu sudah! nak tgk banyak lg.. kene la g sana! hehe

Lepas ktorg Tour Safari tu, ktorg g plak bg makan gajah dengan unta.

Jadi jom la kawan2 g A Famosa. Best, bagus la utk anak2 yang baru nak kenal haiwan. Dorg boleh tgk sendiri dan dengar bunyi2 haiwan2 tu semua.  Jom la!!

Selamat Hari Jadi Danial

 Salam Ulos, sorry lama tak update blog ni. Sb tak de idea la. Ok la, Bunga nak share pasal birthday party Danial + Open house aritu. Tahun ni birthday Danial jatuh ari ahad besamaan 25hb September 2011. Dah masuk 2 tahun dah masa berlalu. Danial pun dah banyak tumbuh gigi dan dah pandai macam2 la contoh ye suka sangat bukak peti ais kat rumah. Tak kira la ke mana je, mesti nak bukak peti ais. Aduii.. nasib baik ade pembantu terbaekkk iaitu husben ku yang amat di cintai dan di sayangi.
Ni birthday kek. Disebabkan birthday danial sama dengan atok punye birthday. Jd nenek dengan rela hati mensponsor birthday kek dan segala macam. Thank you nenek!!! I love u ibu~. Kenapa kek ade nama izzat, sb izzat lahir dlm bulan yg sama. Jd celeb sama2 la. Dia pun dah besar, tak la dia pun nak ade kek sendiri jugak la kan. huhu.. Happy birthday Izzat~
Time ni plak adik mmg dah terlalu mengantuk, abg plak asyik nak turun sb tak sabar2 nak potong kek... jd jom la kt potong kek tu~ jom2...
Kesian adik Naufal, ngantok eh. Kejap eh adik. Ibu dgn abang nak potong kek.. kejap je~
Jeng2.. ini lah dia adegan ye. Sorg dah tak sampat2 nak potong kek yang sorg lagi tak sempat2 nak mintak ditidurkan.

Maka dengan rasminye, lagu happy birthday pun di nyanyikan. Yeaahhhh!! happy bithday Danial ke 2 tahun. Semoga anak ibu menjadi seorang anak yang soleh, penyayang, cemerlang dan hormat kepada semua orang teka kira lah orang muda ke ataupun tua. Amin~
Jom potong kek!!

*Danial yang sudah tak sabar2 nak tido, nak makan kek pun dah tak larat. Maka, jom la tido danial. Tak larat ibu nak tgk danial lg. Jom2..

Danial dapat banyak jugak hadiah. Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis hari jadi danial yg ke 2. Terima kasih jugak kepada yang memberi hadiah. Next time dtg bawak hadiah lg eh. Sampai di sini saje. Sekian~

Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin
Daripada: Hasnul Afzan, Nurdiana, Danial & Naufal

Monday, April 11, 2011

Awas telur tiruan dipasaran - By CAP

AWAS TELUR TIRUAN DIPASARAN!!

Salam kepada semua pembaca,
 
Baru2 ni bunga terdengar di berita tentang kemunculan telur tiruan dipasaran. Aduii.. apelh dorg ni, telur pun nak dibuat tiruan. Menurut ape yg bunga baca di internet plak, membuat telur tiruan ni mmg harga ye mmg murah jika dibandingkan dengan harga telur tulen.  Menurut sumber yg bunga terbaca dari google, telur tiruan ini telah la di hasilkan sekitar tahun 2008 lagi tetapi baru sekarang kerajaan sedar akan kewujudan telur tiruan ini. Terfikir plak bunga, adakah bunga pernah terbeli telur tiruan ni. ermmm....

Jom lihat gambar di bawah. Di sebelah kiri adalah telur yg tulen.

Telur tulen (kiri) vs telur tiruan (kanan)


Macamana telur tiruan dihasilkan??

Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
 
 
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat
 

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal. 
 
 
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
 
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?


Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.

P/s: Kepada yg mencipta telur tiruan ni, korang ni tak rasa kesian ke pada pengguna? cam bunga ni, nak cakap slalu makan telur tak lah jugak. Tapi kalau dalam sebulan tu ade la jugak beli sampai 2 trays. Tapi terfikir plak kat kepala bunga ni, kesian sangat kat orang yg tak berkemampuan. Yelh, telur adalah makanan yang paling murah dan senang didapati jika dibandingkan dengan makan seperti ayam, daging atau ikan. Dah la mereka ni dapat protein memlalui telur je.. Pastu, wujud plak telur tiruan. Aduii, apalh nasib kan.. ok, sampai sini je k. nt bunga update lagi! Pasni, bunga nak update majlis kenduri aqiqah anak bunga yg berlangsung 9/4/2011 aritu. Disebabkan gambar pun takde lagi, tak best plak rasa nya nak berkongsi kemeriahan itu lagi. Ok, bye2

Thursday, April 7, 2011

FAMILY PLANNING

P/s: Maaf kepada pembaca yang belum berkahwin, anda adalah di nasihatkan untuk tidak membaca rencana untuk kali ini. Terima kasih.


Salam kepada readers,

Sorry la, lama bunga tak tulis pape tuk blog bunga ni kan. Hihi.. bukan tak nak sharing story tp bunga tak de idea la. Pastu sibuk sikit dengan update notes untuk semester baru lagi. Arini bunga nak share dengan semua reader tentang family planning. Bunga ni tak de la pandai sgt tentang bab ni. Tapi tau la sedikit dengan pembacaan melalui internet dan penerangan dari nurse (baru tadi pagi bunga jumpe, :)). Kepada sesiapa tidak setuju dengan family planning ni, terpulang la. Tapi bg bunga, ia adalah sangat bagus.. kerana dengan family planing ni, kita dapat merancang jumlah anak yg kita kehendaki. Takde la jd cm bunga, tiap2 tahun mengandung. Sebenarnya ada kebaikan merancang ni, ye lah, macam bunga, bunga dah ade 2 org anak yg masih kecil. Jarak antara 2 anak bunga sangat dekat, anak sulung bunga baru 1 tahun 2 bulan semasa bunga bersalin anak yg ke-2.


Adakah anda mahu seperti diatas? Jika TIDAK, anda perlu lah membuat perancangan keluarga.
 

Apa itu Perancang Keluarga??

Perancangan keluarga melibatkan tanggungjawab pasangan suami isteri dalam membuat keputusan tentang masanya untuk mendapatkan anak dan bilangan anak yang dikehendaki. Ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan ibu dan anak.

Perancang keluarga merupakan satu pilihan yangbijak untuk mengamalkan kontraseptif oleh pasangan yang berkahwin supaya membantu mereka mempunyai cahaya mata apabila mereka telah bersedia. Ini dapat meningkatkan taraf kesihatan ahli keluarga serta dapat hidup dalam keadaan riang gembira.

Kenapa Perlu Merancang??
  • Tidak bimbang akan dapat anak yang tidak dirancang
  • Menentukan masa untuk mendapatkan anak
  • Menetapkan bilangan anak mengikut kemampuan bagi menyediakan keperluan anak
  • Meninggikan taraf kesihatan kedua-dua ibu & anak
  • Memberikan masa yang berkualiti, kasih sayang dan penjagaan keluarga

Apakah kaedah yang sesuai untuk anda?
 

Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:
  • Umur wanita tersebut
  • Taraf kesihatan
  • Keberkesanan kaedah
  • Kaedah yang disukai individu
  • Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?
 

Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil. Wanita tidak hamil jika anda tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai criteria seperti di bawah:
  • Dalam masa 7 hari selepas haid normal
  • Dalam masa 7 hari selepas keguguran
  • Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
  • Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir
Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
  • Melakukan ujian kehamilan air kencing atau tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)


MACAMANA NAK MERANCANG??
  • Hormon (pil)
    •  Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
    • Selepas keguguran- mulakan serta merta
    • Selepas kelahiran :-
      • Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula

  • Suntikan hormon
    • Mulakan dalam masa 7 hari haid
    • Mulakan serta merta selepas keguguran
    • Selepas kelahiran
      • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak

  • Alat dalam rahim 
    •  Semasa haid
    • Serta merta selepas keguguran
    • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks

  • Kaedah kekal
    •  Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
    • serta-merta selepas melahirkan atau
    • 6 minggu selepas melahirkan atau
    • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
    • Bila-bila masa

  • Lelaki (Vasektomi)
    • Bila-bila masa
Bagi bunga, bunga memilih untuk menggunakan injektion je, walaupun bunga perlu ke klinik 3 bulan sekali, bagi bunga ia adalah selamat dari mengandung sekali lagi bg masa jangka pendek ini. Tapi adalah diingatkan kepada pembaca, setiap perancang keluarga mempunya prons & Cons. Oleh itu, tepuk dada tanya selera yang mana satu yg anda nak pakai.

Ok, sampai sini jelh, lain kali bunga akan update lagi, camane bentuk2 perancang keluarga tu eh. TC semua. Bye.


*Sumber dari SINI & SINI

Wednesday, March 23, 2011

PEKARA WANITA TIDAK TAHU TENTANG LELAKI

Salam reader,

Arini tengah2 Bunga google pasal UICD tibe2 Bunga termasuk dalam satu blog ni yang sangat bagus untuk mereka2 yang dah berkawen. Terbace dengan blog itu, teringat plak Bunga baru2 ni Bunga entah kenapa termarah sangat2 dengan suami Bunga. Bunga pun tak tau kenape. Tapi yang pastinye, Bunga dah sakit kan hati suami Bunga yang Bunga sangat sayangi.

Blog ni sgt bagus SINI.

Bagus untuk meningkatkan lagi sesorang isteri itu untuk lebih memahami suami/lelaki (yang sebenarnya sangat bagus orang2 macam Bunga ni, rasa terinsaf sikit)

Perkara wanita tidak tahu mengenai lelaki


Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.



Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Tuesday, March 22, 2011

HARGA RUMAH AKAN NAIK LAGI!



Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol. 

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam berkata: “Harga harta di lokasi-lokasi tertentu di Lembah Klang akan terus berada pada paras yang amat tinggi disebabkan oleh harga tanah yang mahal”.

Dalam suku ketiga tahun lepas, rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000.

Yam berkata meskipun usaha kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama melalui “Skim Rumah Pertamaku” akan meningkatkan jualan harta berharga RM100,000 hingga RM220,000, perlu juga disemak had harga kepada RM350,000 bagi harta di Lembah Klang.

“Pemaju juga menghadapi tekanan kos dari segi menyerap kos pembinaan jalan,” kata Yam pada satu sidang akhbar mengenai arah aliran pasaran harta tahun ini.

Ahli majlis REDHA, Anthony Cho Tian Han, berkata pemaju-pemaju menghadapi beberapa kekangan dalam erti kata mereka tidak dapat menjual setiap unit dalam sesebuah projek perumahan kerana mereka perlu menyimpan minimum 30 peratus bagi pemilikan Bumiputera bagi tempoh yang panjang.

Mengenai pembeli asing dalam pasaran harta, kata Yam, mereka tidaklah begitu agresif seperti yang disangkakan oleh banyak pihak.

“Majoriti pembeli masih juga rakyat tempatan,” katanya, sambil menambah bahawa pembeli-pembeli asing terdiri daripada warga Singapura, Eropah, Indonesia dan Korea Selatan.

– BERNAMA

p/s: Agak2 bile la aku nak de rumah sendiri ni ye.. aduii!

Thursday, March 17, 2011

PESANAN BUAT SUAMI

21 PESANAN ISTERI KEPADA SUAMI


1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8.Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11.Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi.

ADA AKU KISAH

Ada aku kisah,

Lawak la.. just la sharing dengan semua reader. Aduii, mmg tak boleh bla. Tadi on the way bunga nak balik ofis, time tu Bunga tengah speeding gile-gile ni, tibe-tibe bunga ternampak ade satu motor ni. Aduii, kalau korg tengok la, mmg tak tahan. Tengah-tengah speeding ni ade satu motor suzuki ini, Bunga tak tau la model ape kan, yang Bunga tau model suzuki la (sorry tak expert tang motor2 ni, tengok kt bawah. Tapi motor yang bunga tengok tu mmg buruk la). Mmg giler buruk. Ish mmg buruk la. Tu klu tengok tang motor la.


Bile dah tengok cmtu Bunga pun biar kan. Bunga speeding la lagi, konon-konon nak potong motor tu. Sekali, bunga terpandang kasut pembonceng motor tu daaa.. Aduii, naik silau mata Bunga. Orang itu punye kasut, dah la camni



pastu kilat giler.. bersinar2. Tapi tak pelh.. terfikir plak kat kepala ni ayat ADA AKU KISAH?. Tapi syabas pada dia, kerana, walaupun pakai motor capuk. Tapi berani pakai kasut seperti di atas. Sebabnya, ADA AKU KISAH? Suka aku la nak pakai ke tak. Kaki aku, bukan kaki ko. Sekian, itu sahaja. Terima kasih kerana membaca.

BOTOL SUSU NUK

Salam semua,

Tadi pagi terserempak dengan kak Yan dan bunga tanya pasal botol susu NUK. Untuk pengetahuan semua, sekarang ni bunga masih memakai botol susu biasa untuk anak2 bunga. Sebenarnya, Bunga dah lama bercita-cita nak tukar botol tu. Tapi Bunga terPending la plak. Terpanggil dengan berita baru2 ini, yang botol biasa akan diharamkan penggunaannya, jadi Bunga pun mungkin akan bertukar kepada botol BPA free. Search kt google ramai plak ynag pakai avent. Bunga ingat tak beli avent sebab botol tu putingnye besar sgt.
 
Ok lah semua, sampai sini je Bunga nak share. Nanti Bunga update lagi keh! Bye3x

Danial Haziq Bin Hasnul Afzan


Muhammad Naufal Bin Hasnul Afzan

Wednesday, March 16, 2011

INVIGILATION

Salam,

Hari ini bunga kene jaga exam. Adduiii, teringat plak time masa study dulu. Tapi sekarang ni teruk. Nak tiru, tapi tak pro. cmne tu?? kalau nak tiru jangan la bising2. Dan jangan la nak tiru satu buku. Belum tentu jawapan member tu betul. Tapi lain la klu member tu memang dean list. ok la.

Kepada student2 bunga, All the best!! nak tiru buat cara pro ok. Jangan kuat2.. tiru sikit2 je. GOODLUCK!

GAMBAR TANAMAN BUNGA

Assalamualaikum semua,

Semalam bunga ade bagitau nak upload gambar tanam-tanaman bunga kan?? ok semalam lepas je balik, bunga terus snap gambar2 tanam-tanaman bunga tu.

Firstly bunga nak tunjuk mini garden bunga dulu.. geng3x.. ini lah dia!


Sorry la.. sebenarnya kat sebelah kanan hujung tu ade lagi.. tak perasan plak bunga yang bunga tak masuk kan sekali dalam gambar ni.. nextime jelh bunga upload balik eh..hihi :))

Pokok Kangkung


Pokok Timun


Pokok Cili

Pokok Bendi


Anak Pokok Buah Tomato


Anak pokok bendi


Pokok Petola


Alahai.. pkok terung pun bunga lupa nak ambik.. semalam bunga nak cepat sgt sebab nak bawa anak bunga si Danial tu jalan2.. bunga ingat dah snap smua gambar. Kepada smue, nanti2 la bunga upload lagi. Nextime, bunga nak snap gambar petola dah bebuah, smua la eh.. tak sabar plak rasa petola tanam sendiri.. entah jadi ke tak.. hihi

Tuesday, March 15, 2011

POKOK DAH BERBUAH

Hai semua,

Bunga sangat gembira sebab tadi masa lunch bunga balik rumah sekejap konon' nak tengok anak bunga la kan. Kononnya la kan..hihi. Bunga ni kalau tengahari sebelum nak balik ke ofis balik bunga akan pergi tengok tanam-tanaman bunga tu. Wah!!! sangat gembira bunga bila bibik bunga bagitahu yang tanaman bunga dah mula berbunga dan dah mula bebuah.. eeeiii, tak sabar pula nak tunggu besar.

Untuk pengetahuan pembaca, bunga ada tanam, sayur kangkung (yang juga sudah besar dalam dua minggu lagi boleh la ambik), timun (yang tu dah berbuah, dah ade 2 plak tu), buncis, kacang panjang, cili (terima kasih kepada mak lang Hasnul sebab memberi pokok tersebut dan banyak buah bunga petiknya), petola, terung dan tomato (pokok ni dah lama bunga tanam tapi tak pernah tumbuh, tapi bunga dah cari benih yang bagus, nampak nya dah berjaya la, tapi pokok tu kecil lagi).

Bunga sebenarnya, takde la suka sangat nak menanam ni. Tapi sebab dah bibik pun takde keje kan, jadinya bunga suruh la dia yang tanam tengok2 kan tanaman tu. Kadang2 bunga ade jugak suruh dia bawa hasilnya. Kepada pembaca, sorry la xde gambar yew.. sebab tadi nak cepat2 balik ofis.. esok bunga akan upload k. :))

Kurnia - Mizz Nina feat. Noh Hujan (Official Music Video)

PINDAH BILIK

Salam kepada pembaca,

Hari ini bunga dah pindah bilik atas.. disebabkan School IT akan menggunakan bilik yang sedang digunakan bunga terpaksa la pindah ke bilik lain. Walaupun begitu, tidak mengapa lah asalkan bunga tak berkongsi bilik dengan student. Ade ke patut lecturer nak sharing bilik dengan student. Dah la student itu bukan student bunga. Kalau student bunga pun, tak mau lah.

Bilik sekarang ni ok la, walaupun sebilik dengan lecturer bukan school bunga, akak ni baik. Dan bunga pun dah kenal dengan dia untuk beberapa semester lepas. Almaklumlah, bunga kan peramah, abis satu kolej tempat bunga ni bunga tegur. Hihi.. bukan apa, nt2 bunga senang jugak kot2 nak mintak tolong ke apa ke. 

Kepada semua pembaca, bunga sebenarnya nak sharing dengan pembaca yang sebenarnya bunga tak suka nak pindah bilik lagi, kerana selepas ini pun bunga punya school akan berpindah ke blok baru. Kami akan berpindah pada hujung bulan April atau awal bulan 5 nanti. Aduii!! pindah lagi. tapi tak pelah.. Bunga memang mengharapkan kami pindah ke blok baru, sebab kat blok baru kelas semua nya di situ tak perlu la bunga nak pergi ke blok lain. Yelah, dengan sekarang ni pun, kelas bunga merata-rata tempat. Sekejap kat blok 9 la, yang lebih tak seronok, lepas balik br lecture nak balik bilik parking plak tak de. Bunga pun klu dah agak2 tak de parking, bunga pun yahoooo BALIK la.. hihi

Ini la bilik baru bunga!!





p/s: Boss, jgn marah eh, bukan bunga tak nak masuk, takde parking Boss.. Boss, tahun bonus letak tinggi2 eh. Tq boss. :))