Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Friday, June 26, 2015

Paprik Ayam Style Bunga

Paprik ayam ni memang febret kalau dapat makan time berbuka dan bersahur juga. Kalau time bersahur tu, Bunga lebih memilih makan lauk yang bergoreng2 atau pedas. Kalau lauk seperti sup atau bersantan tu agak slow sikit la, terkial2 nak abis kan nasi. Nasi ye plak, sejam rasa baru selesai makan kot.

Semalam disebabkan takde set tema menu apa.. jadi Bunga abiskan la saki baki lauk yang dlm peti ais tu. Pada yang tak tau nak buat apa dengan bahagian daging ayam tu seperti dada ayam tu, jom try paprik ayam style Bunga...

Resepinya...

RESEPI PAPRIK AYAM

 

Bahan-bahan:
3-4 keping bahagian dada ayam (Dipotong dadu, diberi kunyit & garam kemudian digoreng sehingga garing)
*Kisar
1 Biji Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
6 biji cili kering (untuk kurangkan kepedasan, potong tengah cili untuk buang biji cili) 

3 batang baby jagung
5 helai daun purut (Bunga tak suka hiris halus sebab nanti time nak makan asyik tergigit je)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (jika suka lebih gelap, sila masukkan lebih sikit, tapi kurangkan garam)
1/3 cawan minyak masak
Garam
Ajinamoto
Gula (sila lebihkan jika suka pedas)

Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan kisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis. bila suda agak kering (ikut kesesuaian kepekatan), masukkan baby jagung, daun limau purut, garam, ajinamoto dan gula. Masukkan dada ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau sehingga kuah sebati dengan ayam, tutup api dan hidang. 

Menu ni sesuai jika dimakan bersama telur dadar. Tu bagi Bunga la. Tapi ikut la kesukaan masing. Selamat mencuba!

No comments: