Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Friday, June 26, 2015

Sotong masak halia style Bunga (berkuah)

Menu kali ini adalah menu kegemaran anak-anak. Mana tidaknya, ianya tidak pedas dan sesuai untuk anak-anak kecil. Menu ini sedapnya kalau dapat makan dengan nasi panas. Maaf ya, jika ada yang terlioo tengok resepi Bunga pagi2 puasa ni. Bunga kalau buat menu ini, memang akan buat banyak sikit untuk kuahnya tu sebab keluarga Bunga memang suka makan nasi panas. Ok, jom tengok resepi...

RESEPI SOTONG MASAK HALIA STYLE BUNGA (BERKUAH)



Bahan-Bahan:
1/2 kilo sotong (suka ati nak potong cmne pun)
*Hiris halus
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 besar ibu jari halia
1 batang serai


2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar assam jawa (dicairkan dengan 1/3 cawan air, ambil airnya sahaja, biji dibuang ye)
garam
gula
ajinamoto
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan sotong dan semua bahan yang dihiris tadi, tumis sehingga separuh kering. Tidak perlu masuk air lagi kerana sotong akan keluarkan air semasa masak. Setelah separuh kering, masukkan sos tiram, air assam jawa, garam, gula dan ajinamoto. Kacau sehingga sebati. Jika kuah terlalu sedikit boleh la masukkan sedikit air ikut kesukaan masing2. Setelah siap, tutup api dan hidang. 

*Tips: kalau nak pedas, boleh la dimasukkan 5 biji cili api. Tak perlu dipotong cili tu, biarkan dia sebiji2. 

Ini, menu untuk berbuka puasa Bunga semalam,

Telur dadar, ikan masak sambal, roti john (beli je), tumis pucuk paku dan sotong masak halia style Bunga

Selamat mencuba!

No comments: