Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, December 15, 2015

Tarian Udang dalam Krim

Hai gais, arini Bunga nak kongsikan resepi Udang Berkrim Lazat versi Bunga. Mudah, cepat dan sedap, sehingga menjilat jari. Umppphh!! Jom lihat resepi Udang Berkrim Lazat.

UDANG BERKRIM LAZAT




Bahan-bahan:
10-12ekor udag kertas
2biji telur kuning
2ulas bawang putih
1cm halia
2sudu besar margerin
 3sudu besar minyak
 1/2cawan susu full krim
2sudu keju parut
Garam
Ajinamoto




Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak dan margerin. Boleh juga guna butter.

 Massukkan pelahan2 serta kacau dengan cepat. Pastikan minyak panas. Setelah masak, ketepikan.





Lebihan minyak tadi, masukkan semula dalam kuali. Goreng udang sehingga masak.


 Ketuk bawang putih dan halia dah goreng sehingga kuning, masukan susu dan keju. Kacau sehinggakeju cair. Masukkan garam dan ajinamoto dan masukkan udang tadi semua. Gaul sehingga sebati dan tutup api. Setelah masak, angkat dan taburkan krispy telur atas udang.


Selamat mencuba!!



Saturday, December 12, 2015

Bowling di Alamanda, Putrajaya

Sempena cuti, Bunga sekeluarga ke pusat bowling di Alamanda. Permintaan si abang nel yang teringin sangat nak mem'bowling. Bagus ye di pusat bowling Alamanda ni, terdapat lane yang mempunyai pagar. Pagar ini tagus untuk kanak kanak yang baru nak belajar main bowling dan meningkatkan seronok ketika main bowling. Percaya lah uols, kalau kita yang dewasa ni pun kalau asyik la masuk longkang, frust ye.. jangan cakap la. Rasa nak kejar je bola tu dan baling sekali lagi.


Untuk bermain bowling, kita diwajibkan memakai kasut bowling. Opss lupa nak ambik gambar kasut bowling. Yang tu extra charges ye uols. Bola ringan pun boleh minta di kaunter. Bola paling ringan ialah 5. Tu khas untuk budak2. Dewasa paling ringan 7. Hihi.


Nigambar setelah selesai bermain. Ingat sebelum balik nak la bergambar dengan markah baling bowling tadi.Tapi baru nak capai fon, screen monitor terus reset. Mungkin ade player lain dah nak start game. Jadi, pengajarannya selepas ini, sila la ambik gambar pada game terakhir. Ini jelh yg sempat di ambil












Friday, December 11, 2015

Sayang Cheezy Roll

Hai uols, arini sempana cuti Bunga rajin nak try resepi baru. Bunga panggil Sayang Cheezy Roll yang sebenarnya telur dadar keju. Resepi ni Bunga buat khas untuk anak Bubga Nel. Dia ni memang hantu telur. Jom tengok resepi Sayang Cheezy Roll.

RESEPI SAYANG CHEEZY ROLL




Bahan-bahan:

5biji telur (dipukul)
Dicincang halus:
Daun sup
Ayam deli
Keju

Sedikit minyak




Cara-cara:
Panaskan minyak. Sila guna api yg sangat kecil.



 Masukkan Telur sehingga penuh kuali dahulu. Taburkan bahan yg dicincang halus sedikit seperti contoh.



Agak2 dah masak, mula gulungkan dari hujung sehingga separuh.


Bawa gulungan tadi ke tepi kuali.Letakan lag lapisan dihuung telur tadi.


 
 Tunggu telur td masak kemudian gulungkan lagi. Buat sehingga 3lapisan. Kemudian angkat dan letak atas pinggan. Tunggu sejuk dulu baru potong jika tidak nanti dia pecah.dag potong susun dalam pinggan





Selamat mencuba!!

Rendang Ayam Cinta Hati

Arini Bunga nak ajar uols masak rendang ayam cinta hati. Sebenarnya ini rendang ayam ketumbar. Sesuai untuk anak anak kecil seperti Bunga yang tak makan pedas. Jom tebgok resepi,

RENDANG AYAM CINTA HATI



6-7 ketul ayam (dipotong dan dibersihakan)
Dikisar:
2biji bawang merah
1cm halia
3cm lengkuas
1cm kunyit

1cawan minyak masak
3 batang serai
1sudu besar serbuk ketumbar
2 cawan santan
1paket kecil kerisik
sedikit garam
gula
ajinamoto

 Cara-cara:
Panas kan minyak masak dan tumis sehingga sedikit kering.

 Masak sehingga sedikit kering dan massukkan serbuk ketumbar. Kemudian masukkan ayam dan serai.



 Masukkan garam, secubit gula dan ajinamoto.

 Masukkan santan dan kerisik.
 Masak sehingga ayam betul2 masak. guna api sedang.


Pagi ni Bunga makan rendang dengan nasi lemak. Sesuai juga makan dengn nasi putih atau nasi impit atau bersama pulut. Memang lazat!






Selamat mencuba!