Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, June 3, 2015

Bersyukur ketika senang, Bersabar ketika susah

Assalamualaikum semua,

Hari ni Bunga masih berpuasa, mengantikan puasa tahun lepas kerana bersalin. Takde la banyak sangat pun nak ganti puasa tu, ada la dalam 10 hari je. Tapi tu la, sebagai manusia, selalu sangat tangguh2, maka dah nak tiba ramadhan ni la baru nak menggantinya kan. Hari ni Bunga nak kongsi sikit tentang bersyukur. 

Kita sering terlupa, dugaan Allah paling besar adalah ketika kita diberikan kesenangan dan keselesaan. Kesenangan dan keselesaan ini termasuklah kesihatan, kemewahan, kegembiraan dan sebagainya. Kenapa Bunga kata dugaan, kerana ketika ini kita sering terlupa tentang Allah. Kita akan hanyut dengan keselesaan dan kesenangan. TAPI ketika kita susah, kita akan sentiasa mengingat Allah. Sebab, ketika susah la kita akan memohon dengan 2 tapak tangan ini, memohon dan berdoa kepada Allah. 

Kita sering terlupa, sebenarnya Allah itu menguji kita dalam waktu senang mahupun susah. Tapi kenapa kita hanya ingat Allah sewaktu susah? Oleh itu kawan-kawan, bersyukur la dengan semua nikmat yang diberi ketika senang mahupun susah. Bersyukurlah ketika senang dan bersabarlah ketika susah. Sentiasa la memohon dan berdoa kepadaNYA. 

 

Dari Shuhaib bin Sinan radhiallahu’anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

عجبًا لأمرِ المؤمنِ . إن أمرَه كلَّه خيرٌ . وليس ذاك لأحدٍ إلا للمؤمنِ . إن أصابته سراءُ شكرَ . فكان خيرًا له . وإن أصابته ضراءُ صبر . فكان خيرًا له
Alangkah mengagumkan keadaan orang yang beriman, karena semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya”[1].

Dalam Al-Qur’an, Allah juga telah memuji secara khusus hamba-hamba-Nya yang memiliki dua sifat ini sebagai orang-orang yang bisa mengambil pelajaran ketika menyaksikan tanda-tanda kemahakuasaan Allah. Allah berfirman:
إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kemehakuasaan Allah) bagi setiap orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur” (QS Luqmaan: 31).

Jika kita diberi musibah atau kesusahan, mungkin Allah itu ingin menguji kita dan hendaklah beringat bahawa mungkin belum masanya lagi kita mendapat kesenangan itu. Mungkin juga Allah berkehendakkan kita supaya memperbaiki diri. Wallahualam, insyaAllah.

No comments: