Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Friday, June 26, 2015

Sotong masak halia style Bunga (berkuah)

Menu kali ini adalah menu kegemaran anak-anak. Mana tidaknya, ianya tidak pedas dan sesuai untuk anak-anak kecil. Menu ini sedapnya kalau dapat makan dengan nasi panas. Maaf ya, jika ada yang terlioo tengok resepi Bunga pagi2 puasa ni. Bunga kalau buat menu ini, memang akan buat banyak sikit untuk kuahnya tu sebab keluarga Bunga memang suka makan nasi panas. Ok, jom tengok resepi...

RESEPI SOTONG MASAK HALIA STYLE BUNGA (BERKUAH)



Bahan-Bahan:
1/2 kilo sotong (suka ati nak potong cmne pun)
*Hiris halus
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 besar ibu jari halia
1 batang serai


2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar assam jawa (dicairkan dengan 1/3 cawan air, ambil airnya sahaja, biji dibuang ye)
garam
gula
ajinamoto
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan sotong dan semua bahan yang dihiris tadi, tumis sehingga separuh kering. Tidak perlu masuk air lagi kerana sotong akan keluarkan air semasa masak. Setelah separuh kering, masukkan sos tiram, air assam jawa, garam, gula dan ajinamoto. Kacau sehingga sebati. Jika kuah terlalu sedikit boleh la masukkan sedikit air ikut kesukaan masing2. Setelah siap, tutup api dan hidang. 

*Tips: kalau nak pedas, boleh la dimasukkan 5 biji cili api. Tak perlu dipotong cili tu, biarkan dia sebiji2. 

Ini, menu untuk berbuka puasa Bunga semalam,

Telur dadar, ikan masak sambal, roti john (beli je), tumis pucuk paku dan sotong masak halia style Bunga

Selamat mencuba!

Paprik Ayam Style Bunga

Paprik ayam ni memang febret kalau dapat makan time berbuka dan bersahur juga. Kalau time bersahur tu, Bunga lebih memilih makan lauk yang bergoreng2 atau pedas. Kalau lauk seperti sup atau bersantan tu agak slow sikit la, terkial2 nak abis kan nasi. Nasi ye plak, sejam rasa baru selesai makan kot.

Semalam disebabkan takde set tema menu apa.. jadi Bunga abiskan la saki baki lauk yang dlm peti ais tu. Pada yang tak tau nak buat apa dengan bahagian daging ayam tu seperti dada ayam tu, jom try paprik ayam style Bunga...

Resepinya...

RESEPI PAPRIK AYAM

 

Bahan-bahan:
3-4 keping bahagian dada ayam (Dipotong dadu, diberi kunyit & garam kemudian digoreng sehingga garing)
*Kisar
1 Biji Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
6 biji cili kering (untuk kurangkan kepedasan, potong tengah cili untuk buang biji cili) 

3 batang baby jagung
5 helai daun purut (Bunga tak suka hiris halus sebab nanti time nak makan asyik tergigit je)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (jika suka lebih gelap, sila masukkan lebih sikit, tapi kurangkan garam)
1/3 cawan minyak masak
Garam
Ajinamoto
Gula (sila lebihkan jika suka pedas)

Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan kisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis. bila suda agak kering (ikut kesesuaian kepekatan), masukkan baby jagung, daun limau purut, garam, ajinamoto dan gula. Masukkan dada ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau sehingga kuah sebati dengan ayam, tutup api dan hidang. 

Menu ni sesuai jika dimakan bersama telur dadar. Tu bagi Bunga la. Tapi ikut la kesukaan masing. Selamat mencuba!

Wednesday, June 24, 2015

Resepi Rendang Ayam Style Bunga

Disebabkan arini Bunga takde kelas jadi Bunga nak tambah 1 resepi wajib kena masak untuk menu berbuka iaitu rendang ayam. Oooo.. ni kalau dapat, memang best! En. husben, makan sampai jilat jari eh. Hahaha

Jom tengok resepi..

RESEPI RENDANG AYAM STYLE BUNGA


Bahan-bahan:

*kisar halus
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 besar ibu jari halia
2 besar ibu jari lengkuas
10 biji cili kering (direndam air panas, dah kembang baru boleh kisar)

1/2 ekor ayam (potong biasa, dapat 6-7 bahagian)
3 batang serai (diketuk)
1/2kg Santan
2 paket kerisik (RM1/paket)
1/2 cawan minyak masak
1 cawan Air
Garam
Ajinamoto
Gula

Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak. Masukkan bahan yang dah dikisar dan serai, masak sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan air. Masak sehingga air kurang separuh, masukkan santan, garam, ajinamoto dan gula. Masak sehingga pekat, masukkan kerisik. Bila dah masuk kerisik, warna rendang tadi akan bertukar kepada sedikit gelap. Masak sehingga kering (Bunga suka ada kuah, jadi ikut la citarasa masing2). Tutup api dan hidang.

Time Bunga masak rendang ni, Bunga buat nasi lemak jugak. Nasi lemak dan rendang ayam ni sememangnya serasi bersama. Wow! terasa2 sedapnya sampai arini.




Ok, selamat mencuba!

Mee Kari Lazat

Assalamualaikum uols, cmne puasa hari ke 7 ni uols? Bunga harap puasa uols masih steady ye. Kalau ada yang berangan2 nak memonteng tu, henti2kan la ye. Arini Bunga nak kongsi satu resepi yang paling senang dan paling mudah untuk buat mee kari. Bahan2nya pun sangat sikit tapi mantap! Mee kari ni kalau bunga buat memang febret husben dan anak2 la kan. Sebab mee kari ni tak pedas, jadi anak2 pun boleh makan.

Jom tengok resepi..

RESEPI MEE KARI LAZAT



Bahan-bahan:
Bahan A (dicelur, masukkan 1 sudu minyak, 1 sudu besar garam semasa mencelur untuk beri tahan lama, celur satu persatu bahan)
Sawi (Kuantiti suka ati)
1 Bungkus mee kuning (4org makan)

Bahan B (Dikisar halus)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia

Bahan C
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih

4 sudu minyak masak
4 sudu besar serbuk kari (Bunga guna babas-sebab kaler dia pekat)
2 peket bebola ikan/fish ball

Ikan bilis (ditumbuk halus)
1/2 kg santan (ikut la kepekatan yang disukai, Bunga suka pekat, jadi Bunga pakai banyak sikit)
Air
Garam
Ajinamotor/gula

Hiasan:
1 keping tauhu (digoreng 1 keping, kemudian dipotong ikut suka ati)
3 batang cili besar merah (dipotong bulat2)
Telur rebus(dipotong 2, kuantiti ikut suka ati)
Daun sup
Bawang goreng instant

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan Bahan A dan Bahan B, masak sehingga naik bau atau kekuningan. Masukkan ikan bilis, ditumis sebentar dan masukkan serbuk kari. Masukkan sedikit air (1/3 cawan) sehingga pecah minyak. Masukkan 1/2 cawan air, santan, bebola ikan/fish ball, garam dan ajinamoto. Tunggu sehingga mendidih kemudian tutup api.


Cmni la kuah mee kari bila dah masak

Nak hidang uols boleh ikut kreativiti masing2, uols boleh susun mee seperti dalam gambar ni,


Ok, selamat mencuba! Selamat berpuasa & berbuka.

Thursday, June 18, 2015

Photobook Malaysia: Hasnul Afzan's Family Album

Assalamualaikum semua, arini 1 ramadhan. Jadi sempena 1 ramadhan ni, Bunga nak ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA! Kepada yang tak berpuasa tu jangan la makan dan minum di tempat2 terbuka terutamanya dihadapan orang yang berpuasa. 

Arini, Bunga nak update sikit pasal 2nd photobook album yang Bunga dah buat. Kalau sebelum ni Bunga ada update mini photobook softcover, arini Bunga nak update hardcover portrait album. Time Bunga beli voucher di groupon, hanya la RM52 je. Memang murah, harga sebenar RM208. Murah kan.. kalau buat di kedai pun belum tentu lagi dapat harga tu. Tapi bila buat sendiri ni, opkos kita kene la edit sendiri. Cantik atau tak bergantung pada kreativiti uols untuk menyunting/ edit gambar uols tu ye. 


Nak edit album dia ni, uols kene la guna software yg photobook sediakan. Dalam software tu, uols hanya masukkan kan je gambar2 yang ada, pastu save dan hantar. Itu je. Contoh software seperti gambar di bawah, 

 Ni la software dia, boleh download terus di Photobook Malaysia

Yang bawah ni beberapa contoh page yang Album Bunga yang dah siap edit dan dah siap print.



Bunga punye album tak la sehebat yang lain2 tu, Bunga baru je menjebakkan diri dalam meng'edit album ni. Itu pun sebab voucher dah nak expired. Dah lama Bunga beli voucher ni dari groupon dari tahun lepas. Konon2 nak buat la album tahun lepas.. tak sempat ye uols. Hahaha

Jom tengok la gambar2 dalam album yang bunga dah siap edit tu.. biasa2 je. Tapi kalau uols mesti lagi gempak dari Bunga ni kan. QS edit buat album, gini la rupanya..

Bila uols received dari posmen, camni la dia bungkus.

Yang ni pulak, dorg lapik elok2 cover pkai transparency paper. Siap letak sticker P untuk signature photobook gitu.

 Ni front page album bunga, hardcover portrait. Time tu yang ini je sales. Tapi sekarang ni banyak je sales photobook dan di groupon. 

Bawah ni contoh page yang Bunga buat. Boleh la kan.. sekurang2 ye takde la duduk dalam komputer dan camera tu kan.
Uols pun boleh je tulis2 sikit kalau uols nak.

 Gambar Danial & Naufal yang akan best friend forever, makan sesama, minum sesama, belajar sesama dan gaduh ya rabbi! Malas nak komen kan..

Ni back cover album

Bunga pakai camera fon je, jadi quality gambar ye tu pun takde la wow sangat. Tapi kalau uols pkai camera iphone tu cantik sikit kot. Jadi apa jadi uols, jom beli voucher di groupon atau di photobook tu sendiri pastu nanti edit cecantik dan buat album cam Bunga ni. Selamat mencuba!

Tuesday, June 16, 2015

Photobook Album Dah Sampai!!

Yahoooo.... alhamdulillah. Photobook album Bunga dah dapat uols. Memang cantik. Murah plak tu. Ok la.. hari tu beli voucher kat groupon RM10 je, kebetulan Bunga pergi ke Sabah, Bunga pun abadikan la foto2 terbaik dalam album ni walaupun gambar2nya tu bukan la terbaik tapi itu je la yang ado! So, apa lagi uols. Kini di groupon ada lagi promotion voucher. Meh usha sini untuk promotion di groupon.

Bila uols received dari posmen, photobook akan bungkus dalam cover camni. Cool kan?

Yang ini pulak album dia, taraaaaa~


Contoh page dalam photobook tu.. best kan. Jadi ape lagi, puasa dah nak dekat ni, pastu raya. Jom beli album ini. Dapat abadikan gambar2 korg yang sangat cun melecun di bulan puasa dan raya nanti. 

Ok, stay tune! Di kesempatan ini juga Bunga nak buat ucapan, Selamat menyambut Ramadhan al mubarak, semoga di bulan yang mulia ini uols mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah. SELAMAT BERPUASA!

Saturday, June 13, 2015

Tips lambatkan nasi dari basi

Hai uols, mesti ada diantara uols ni kalau masak nasi malam keesokkannya nasi tu basi. Bunga pun ada pengalaman sebegitu. Jadi masa Bunga tengah google tu, ternampak tips untuk elak nasi cepat basi. Banyak juga yang Bunga terbaca, kalau nasi tu basi sebab air kotor la, sebab dalam rumah tu ada sihir la.. mungkin juga. TAPI, dengan tawakal yang ada, Bunga pun cuba la tips yang Bunga jumpa tu. 

Tips untuk elak nasi cepat basi ialah meletakkan DAUN PANDAN semasa masak nasi.

InsyaAllah, dengan meletakkan daun pandan seperti Bunga buat ini dapat melambatkan nasi cepat basi. Lebih2 lagi untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Ramai di antara kita yang akan masak nasi di waktu malam bagi mengelakkan terlambat bangun. 

Semoga tips ini dapat membantu anda. Sekian, terima kasih membaca. Selamat mencuba!

Speggetti Creamy Campbell's

Masalah paling besar yang selalu dihadapi ibu2 yang punyai anak2 kecil adalah nak buat bekfes. Masalah ini termasuklah Bunga sendiri. Jadi pagi tadi Bunga terpikir 1 menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Tapi untuk menyediakan resepi uols perlua ada 1 tin sup campbell's. Sebaiknya mengunakan perisa Sup krim Ayam & cendawan tapi kalau perisa lain pun ok je.

Jom tengok resepi,

RESEPI CREAMY CAMPBELL'S


 Bahan-bahan:
1/2 genggam speggetti kering (direbus dan ditoskan) untuk 4org
2 bawang merah / 1biji bawang hollan (mayang halus)
3ulas bawang putih (mayang halus)
2 keping burger ayam (dipotong kecil2)
3 biji sosej daging
1senduk besar creamy campbell's
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam ajinamoto
2 sudu besar margerin
1 1/2 cawan air


Cara cara: Panaskan kuali, cairkan margerin dan masukkan bawang merah, bawang putih, daging burger dan sosej.

Masak sehingga separuh masak. Masukkan serbuk lada hitam, creamy campbell's dan air.

Masakkan sekejap. Kecilkan api dan masukkan speggetti, gaul sehingga rata sos tadi.


Masukkan garam dan ajinamotor. Dinasihatkan, sebelum masukkan garam, rasa speggetti tadi. Sebab creamy tu dah memang ada garam takut nanti terlebih masin. Masak sehingga keluar asap supaya tidak cepat basi. Sos speggetti bergantung pada citarasa masing2, nak lebih banyak, masukkan lebih sup creamy campbell's ye uols. Bagi yang suka pedas, boleh letak serbuk paprika/serbuk cili/cili flakes (paling sedap) atau letak seperti Bunga buat iaitu cili api. Hahaha

Selamat mencuba!

Nasi goreng simple & easy

Arini Bunga nak kongsi sikit resepi nasi goreng simple & easy. Mudah je nak buat..bahan bahannya pun senang je didapati. Semya ada di dapur. Jadi jom tengok resepi nasi goreng simple & easy version Bunga.

RESEPI NASI GORENG SIMPLE & EASY

Bahan bahan:
3 cawan Nasi putih
1 biji telur
*ditumbuk halus
1 biji kecil bawang merah
2 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tiram
garam
ajinamoto
sedikit minyak untuk menumis

Cara cara:Panaskan kuali, masukkan minyak. Masukkan telur dan kacau sekwlika..masukkan bahan yang ditumbuk halus tadi. Tumis sehingga sedikit kering, masukkan sos tiram, kacau dan masukkan nasi putih.


Gaul sehingga rata, masukkan garam dan ajinamoto. Masakkan nasi goreng sehingga keluar asap pada nasi supaya nasi tadi betul2 masak dan tak cepat basi. Tutup api dan hidang. Tengok ni baby Iris pun makan, walau takde


Selamat mencuba!

Thursday, June 11, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah: Jom Tonton Movie Jurassic world, Mewarna dan Bowling di Alamanda Mall, Putrajaya

Cuti sekolah ni Bunga tak tau nak buat aktiviti ape dengan anak2, nak pergi vacation malas sebab duit pun dah abis time ke sabah aritu, jadi Bunga pun tanya la ada anak2 apa yang best yang boleh kita buat. Kebetulan time tu kami tengah menonoton TV. Tiba-tiba keluar iklan pada movie Jurassic World yang akan 1st tayangan pada 11hb Jun (arini). 


Trailer Jurassic World, 11 June 2015


Bincang dengan husben, dia pun kata ok. Keesokkannya, Bunga terus online booking tiket movie. Tak perlu susah2 beratur panjang. Time order tu Bunga dapat la booking seat, tengah2 hall gitu. Memang best la kan. Siap booking show early bird supaya lepas movie dapat la buat aktiviti lain kan.. Kami tonton di alamanda memandangkan kami malas nak berjalan di IOI city mall. 

Arini yang ditunggu-tunggu, tiba la 11hb. Kami gerak dari rumah pukul 11pagi memandangkan rumah dan alamanda pun tak berapa jauh lebih kurang dalam 10min saje. Show pula pukul 11.20pg. Tiba dia alamanda terus check in, beli popcorn dan terus masuk ke movie hall. Time tu hall kami tu hampir penuh, bahagian depan je yang kosong Itu pun kami masuk dah pukul 11.35pg cmtu, nasib baik movie pun tak mula lagi.

Sebelum masuk kami sempat la jgak bergambar di sekitar panggung, 



 Screen shot dari sedutan Jurassic World
 Sedutan dari Jurassic World: Kandang Reptor: ada 5 ekor Reptor semuanya. Tapi Bunga tak ingat nama-nama reptor tu.
Komen Bunga untuk Jurassic World: Highly recommended. Best untuk tontonan sekeluarga. Jalan cerita cepat sangat sampai ade babak yang rasa ye cm tergantung, tak tau ape kesudahan dia. Pada sesiapa yang nak tau ape yang tergatung tu.. jom g serang panggung wayang arini, tonton Jurassic World.
Lepas sahaja ber'movie, kami ke aktiviti mewarna khas untuk Vikids club, Alamanda. Yang ini nak daftar free je.. isi borang pastu boleh la buat pebagai aktiviti yang disediakan. Menang best! sebab free kan.. Ini la hasil kreativiti anak2. 




Daftar jadi club member alamanda ni dapat free gift beg/set stationary tapi kene spend RM50 dan keatas dalam single resit kecuali aeon big atau parkson pada ari yang sama. Lain2 resit tidak diambik kira. Jadi Bunga pun lunch di Johnny's order steamboat dah dapat RM50 dan perut pun kenyang. Pastu pergi redeem set tadi untuk anak2.
Comel kan. Kepada sesiapa yang belum buat lagi tu, g daftar ye. Sebab setahu Bunga sebelum ini kalau nak dapat gift ini kene berbelanja rm150 dalam 1 resit di Alamanda Mall bahagian kanak2 sahaja tau. So sekarang ni hanya berbelanja rm50(dalam 1 resit) dah boleh dapat free gift ni.





Walaubagaimanapun, club kids ini terhad untuk yang berumur 5tahun ke atas, sehigga berapa tu Bunga tak pasti. Uols, untuk maklumat lanjut boleh terus ke kaunter pertanyaan di Alamanda Mall ye.

Lepas selesai je aktiviti tadi, terus je main bowling. Layankan anak bujang yang suka sangat main bowling. Ok la.. sebab takde aktiviti lain kan.


Dah selesai semua aktiviti, kami pun terus balik, sebab anak2 pun dah mengamuk sebab kepenatan dan dah buat hal. Bunga bersyukur, walaupun dalam masa sehari kami dapat juga meluangkan masa bersama-sama dengan anak2 terutamanya cuti sekolah. Takkan la cuti sekolah pun nak duduk kat rumah je kan. Sekali sekali kene la bawah dorg ni jejalan. Tak payah mahal pun, kalau pergi public swimming pool pun dorg ni seronok. Btw, sesiapa nak g public swimming pool sambil nak ber'shopping, mines ada sediakan. Tapi terbuka pada kanak2 je la ye.. bayaran bunga tak tau. Sekian, terima kasih kerana membaca blog Bunga.

*Owh.. iris tak nampak kan dalam gambar kali ini? Sebab Bunga tak bawa dia sama. Takut dia dan Bunga sendiri tak selesa masa dalam panggung tu. Jadi Iris kene g rumah pengasuh Mama Dila. Thanks Dilla & Kak Wati sebab jaga Iris. Siap gelak2 lagi si Iris arini.
 Ok, tu je. Kbai!