Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Tuesday, September 8, 2015

Day 2: Bercuti Pulau Tioman (Sambungan 3)

Hari ke-2 Tioman,

8.00pagi: Buffet bekfes. Ini gambar tengah tunggu bot g snokeling.




10.00pagi: Naik bot untuk snokeling. Package kami akan ber'snokeling ke 2 tempat: Gear termasuk dalam package, tapi Bunga add untuk fin (RM8/rental) dan camera (RM50/rental, kalau bateri abes g tukar, burn dalan CD)

1) Pulau Ringgis
2) Kemudian ke Taman Marina (Marine Park)

Bunga ambik 1/2day snokeling je sebab Bunga tau anak2 nanti penat. Kalau penat nanti mengamuk jadi ambik 1/2ari sudah.

Ini anta gambar kami semasa snokeling,




Ini gambar di Pantai Ringgis:





Batu karang kat sini banyak mati..

Marine park:
Copy dari group sebelah. Kat marine park ni ade platform untuk bagi ikan makan roti. Roti beli je kat resort (2bungkus RM10).






1.00ptg: Balik naik bot ke resort balik.


Ini anak jiran Tioman kami, berkawan dengan anak2 Bunga. Lepas snokeling, on the way terus tido.

6.00ptg: Aktiviti pantai, tengok sunset.







7.00mlm: Makan BBQ. Yang ni takde dalam package, kene tambah RM30/pax. Sape ambik BBQ ni boleh jgak makan dinner buffet. Tapi kami tak makan buffet sebab makan untuk bbq ni pun banyak. Ada sotong, ikan, udang, kambing, ayam, hotdog, nasi goreng, bihun goreng, nasi putih, air kordial, mix fruit. Macam-macam la. Memang kenyang dan sedapp.. thumb up untuk chef yang bakar time bbq tu.. mmg lazat! siap kami tapau la sebab tak abis. 












Disini aktiviti malam takde, kecuali main dekat2 dengan pantai dan karaoke jelh. Tapi kat kawasan pantai tu ade buaian digantung di dahan pokok.. jadi, time ade angin tu mmg best. Walaupun, time ni Bunga pergi time raya ke-4, percaya atau tidak, chalet paya beach resort ni penuh uols. Penuh dengan orang Melayu kot termasuklah Bunga. Hihihi..




Ini anak jiran Tioman kami. Jiran kami ni memang osem. Friendly, sampai sekarang keep in touch uols!


Time tengah lepak2 ni, ada plak group ladies ni tengah main mercun. Pastu mungkin dorg pun dah agak boring, nampak plak anak2 kami, terus diberinya bunga api suruh abiskan. Anak2 Bunga memang suka la kan. Budak2 kan memang suka main bunga api. Apa lagi, sampai tak cukup2 la mainnya.

Lepas abis main, lepak2 kejap kat pantai, pastu dalam kul 11mlm balik chalet, tido!


No comments: