Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Wednesday, May 27, 2015

Resepi Ikan Pari Masak Cekur

Resepi ni dari ibu Bunga. Time kami kecik2 dulu ibu Bunga selalu masak ikan pari ni sebab lauk ni kegemaran ayah Bunga. Kami pun suka, sebab pedas dan mantap! Masak ikan pari masak cekur ni agak leceh sikit, banyak step kene buat. Jom kita tengok bahan bahan dan cara cara masakkan. Sebelum tu, kepada yang tak pernah tengok daun cekur, ini la daun ye.


Daun ni selalu dibuat untuk kuah pecel. Daun ini wangi seperti daun kunyit. Memang sedap dan wangi je kalau dapat makan daun ni. Kebanyakkan masakan yang guna daun ni adalah digunakan oleh orang jawa. Daun ni banyak je jual di pasar malam atau pasar basah. So, no worries ya. Ok, dah tau daun cekur ni. Jom masak!

RESEPI IKAN PARI MASAK CEKUR


Bahan bahan:
Bahan A
 4 potong ikan pari
 2 sudu besar serbuk kunyit
 garam
 ajinamoto

 Bahan B
 cili api kampung (Bunga pakai 4 biji, nak pedas lg boleh tambah suka hati)
 2 ulas bawang putih
 5 helai daun cekur (di hiris nipis)
 halia
 santan pekat
 garam
 ajinamoto


 Cara Cara:
 Satukan semua bahan A, dan bakar di atas pemanggang sehingga masak.





Lepas selesai memanggang ikan pari tadi, kita sediakan kuah pula. Masukkan cili dan bawang putih serta sedikit air dalam pengisar dan kisar. Pastu masakkan dalam kuali sehingga mendidih. Bila dah mendidih dah air kurang sikit tu, masukkan daun cekur, santan, garam dan ajinamotor. Tunggu dia mendidih sekejap pastu curahkan atas ikan tadi.


Kalau nak pedas lg, boleh la potong2 cili api tu dan letakkan dalam kuah tadi. Hidangkan semasa panas.

Selamat mencuba!

No comments: