Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Saturday, May 23, 2015

Holiday Sabah (Day 3)

Hari ke 3 di Sabah,

Bunga dan family masih lagi seronok di Sabah, tapi hari ini pun dah hari ke 3, sekejap je. Hari ini kami kemas2 barang untuk check out dari rose cabin. Pukul 12tgh cmtu, keluar dan terus menuju ke Ladang lembu Kundasang.  Sebelum ke Ladang Lembu, kami berhenti makan tengahari di Pekan Kundasang tu, jangan risau, banyak je kedai makan yang halal. KFC pun ada uols!

Lepas makan tengahari mula gerak ke Ladang Lembu tak jauh pun dari Pekan Kundasang, mengambil masa 15minit sebab jalan ke sana tak  berapa elok (Kalau jalan elok rasanya dalam 10min da boleh sampai). Jadi sila berhati2 ye, sebab jalan berlubang dan jalan sempit.

Sampi je ladang tu, udara mmg la segar tambah dengan bau lembu tu tapi paling penting, rasa sejuk ye uols!! rasa cm overseas sangat!! genting dgn cameroon pun kalah la.

Kat sini masuk kena beli tiket, tapi tak mahal, masuk dengan kerendaan sekali.
dewasa: RM5
kanak2:RM2

Jadi Bunga pun ambik gmbr kat luar tu beberapa photo pastu masuk. ini gmbr sekitar main entrance,










Aktiviti yang boleh dilakukan disini:

  • Taman Cactus
  • Melawat kandang lembu
  • Melawat kandang kambing
  • Membeli hasil produk lembu termasuk susu lembu, dadih dan sebagainya.
  • Yang paling penting!: Tengok cara2 perah susu lembu
Kepada sesiapa yang nak tengok cara2 dorg perah susu lembu, aktivti ini akan mula pada pukul 3ptg. Jadi kalau sesiapa tak nk tunggu, tak payah la tunggu. Terus kan ke destinasi seterusnya. 

Lepas Bunga ke Ladang lembu ini, Bunga planning nak ke Poring Hot Spring, tapi time tu dah pukul 4ptg, jadi husben pun bgtau jom je lah terus ke ranau untuk ke Ladang Sabah.

Sebelum ke Ranau, memang tak sah shopping cendawan dan sayur sayuran kejap di Kundasang ni. Harga memang murah2. Tapi Bunga beli ape yang patut je. Jangan membazir! Sebab lebih baik spend duit tu buat aktiviti, sebab belum tentu nak datang sini lagi kan. Yelah, macam Bunga ni kalau nak holiday kena bawak 1 kontena. Semua kena angkut, tapi holiday tanpa family ni like nothing! kosong. Lagiun sementara budak2 ni kecik la nk bawak, esok2 dah besar dorang pun mungkin tak nk ikut. Ini gerai2 yang jual hasil tanaman di kundasang,

*(Copy dari blog sebelah)

*(Copy dari blog sebelah)

Ke Ranau mengambil masa lebih kurang 30min, tiba la kami di Ladang teh Sabah. Kalau ke Poring Hot Spring ambil masa dalam 15min dari Kundasang.



Di Ladang Teh Sabah ni sebenarnya ada aktiviti lain selain minum teh dan beli teh. Di sini kalau sesiapa nak fish massage ade. Ikan yang digunakan adalah ikan kelah uols!! Tapi sebab masa pun tak mengizinkan, jadi Bunga pun terus ke Ladang Teh. Sekali lagi Bunga nk pesan, sila berhati2 menaiki dan turun dari ladang teh ini, sebab jalan dia adalah jalan batu. 










Minum di ladang teh sabah ini suatu kelainan la,  selain minum teh mengadap ladang teh, rasa tenang dan nyaman. Totally, semua di sabah memang best la! Sesiapa yang ke Sabah, Bunga mmg recommend ke sini. Turun dari ladang ni, dah nak pukul 6ptg dan terus balik ke Kota Kinabalu.

Pesanan!: Sila berhati2 jika anda memandu malam di Sabah, sebab kebanyakkan jalan tidak mempunyai lampu jalan seperti semenanjung. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik, sebab kalau rosak, mmg takde org yang tolong la. Dan, kenderaan yang lalu pun adalah sangat kurang.

Kami sampai di KK lebih kurang kul 8mlm. Terus balik ke hotel Promenade dan bersihkan diri. Pastu keluar makan malam. 

No comments: