Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Saturday, May 23, 2015

Makan Malam (Day 1)

Makan di Sabah memang senang, jika anda dapat penginapan/tempat tinggal yang ada dapur memang tersangat la seronok cm bunga ni. Tapi holiday kali ni, Bunga tak dapat nak masak sebab dapat package pun bilik hotel je. Tapi jangan risau, kepada traveler yang sama seperti Bunga, tempat makan di sini banyak. Dekat je dengan hotel kami tu pun. Di Sabah, tempat makan ye banyak gerai la.. dekat dengan filipina market tu.

Untuk malam 1 day, Bunga pilih gerai ini untuk makan. Kalau tgk jenis lauk2 ye mmg semua la nak order kan. Harga dia mmg berpatutan dan tersangat la murah jika dibandingkan dengan harga di semenanjung.

 Tengok la, sungguh mewah makanan untuk malam ni. Time ni kami datang kul 9mlm. Kalau kat semenanjung, susasana ye lebih kurang kul 10 mlm la. Kene ingat ye uols, kat Sabah ni sejam awal. Jadi siang dia awal dan malam pun awal la ye. 

Kat kedai makan seafood dia ni, mula2 tu biasa la kene la g tgk lauk ape kita nak makan. Bunga siap buat tawar menawar harga time pilih ni. Kalau nak murah nanti dorg akan pilihkan lauk yg murah sikit la kan.
 Kat sini memang rambang mata nak pilih apa... yang best kalau datang dalam group yang ramai, boleh order banyak2 dan pelbagai. Untuk bunga ni yang datang dengan husben dan anak2 yang tak berapa nak besar ni, kene la pilih lauk yang rasa2 bolehdi habiskan. Kalau tak nanti membazir ye uols! 
 Yang tu anak Bunga, Danial. Dia tu sebenarnya pun tgh survey jgak, Uols nampak tak kedai mainan kat belakang tu. Situ la tempat survey dia. Jadi sila awasi anak2 anda di mana. Jangan nampak udang dan ikan je eh.  Bagi oarng cam bunga ni, banyak lauk yang Bunga tak pernah nampak. Contohnya, Rumpai laut, siput, ikan sulit dan lobster la yang jadi pilihan malam tu.
Yang ini banyak pilihan ikan. Yang penting harga murah2! BEST








Tara!!!Ini la antara lauk yang kami order. tunggu makanan takde lalama sangat walaupun ramai org time tu, dalam 15minit cmtu kot, makana pun sampai. Lauk kami malam tu:
  • Nasi putih 4 pinggan
  • Butter lobster
  • Udang goreng tepung
  • Sotong goreng tepung, 
  • Siput rebus, 
  • Rumpai laut 
  • Ikan sult masak 3 rasa.
  •  Air 1 jag fresh oren.
Total makan RM110!! 

Lepas abis makan, jam pun dah pukul 11cmtu, anak2 pun dah penat dan ngantuk. Jadi, kami pun terus balik hotel sebab esok kami nak ke kundasang pulak... 

Sambung, Sabah day 2...


No comments: