Tentu ye bangun2, perasaan teruja dan sangat gembira terbit dalam hati kami la untuk hari ke 2 di Sabah. Kami bersiap2, kemas kan beg pakaian, dan barangan yang patut untuk ke kundasang pula. Hotel di kota kinabalu ni kami mmg booking untuk 4 hari 3 malam. Jadi barang yang tak diperlukan di kundasang kami hanya tinggal kan di hotel je.
Di hotel Promenade apartment ini, sesiapa yang nak budget buffet untuk breakfast, pihak hotel ada sediakan. Hanya bayar rm10/ dewasa, kanak bawah 7tahun free. Jadi kami pun beli la voucher tu. Tapi makan di marina court apartment, hanya berhadapan dengan apartment kami tu je. Uols jangan pulak nak high demand, harga pun rm10 kan.. jadi makan ye un biasa2 je lah. Sorry, Bunga tak ambik gambar ye. Jadi Bunga list kan je menu RM10 dia tu:
- Meggi goreng
- Nasi goreng
- Bubur nasi
- Hotdog
- Telur bulat masak masam manis
- Roti bakar
- Minuman:
- Kopi
- Teh
- Air suam (request di kaunter, tapi free)
- Air oren
Yang best makan buffet ni, makan sampai kenyang la kan. Tu jelah. Bunga bagi 2*/5 sebab biasa je rasa makanan dia. Rege pun RM10 kan..
Ok, lepas makan, kami terus ke Tamparuli untuk ke rumah upside down (rumah terbalik), Untuk detail boleh ke website ni http://www.upsidedownhouse.com.my/. Ke sini dari kota kinabalu mengambil masa dalam 1 jam 30minit la. Sesiapa yang tak pandai tengok peta, Bunga suggest pakai wase ye. Dapat jimat kan masa dan minyak kete. Ni nak ingatkan, kalau uolsnak jalan2 dan tak berapa sure, sila isi minyak yg secukupnya, sebab kalau dah sampai tamparuli ni, stesen minyak ye tu mmg jarang2 nak nampak.
Masuk rumah terbalik ni kene beli tiket ye, jadi sila bawa duit yang secukupnya kalau lebih pun bagus!
- Malaysian: RM10.00 per person for adult & RM5.00 per person for child
- Non-Malaysian: RM18.00 per person for adult & RM5.00 per person for child
- Free of charge (FOC) for infant (Aged 3 years and below)
Ini antara photo yang Bunga sempat ambik,
Kat sabah ni, Bunga nak bgtau sikit, kalau nak beli souvenir tu beli siap2 di tempat yang dilawati. Sebab souvenir dog ni limit edition. Kat tempat lain mmg takde jual. Menyesal jgak la Bunga tak beli banyak2. Beli untuk backup je. Jadi ade la fridge magnet 1 untuk jadi kenang kenangan. Nasib ade!
Lepas ke rumah terbaik, kami terus kan perjalanan ke kundasang. Dari Tamparuli ke kundasang ambik masa 1 jam 30 minit la. jalan memang jalan besar bukan highway ye. Tapi jalan dia elok la, takde la lubang2, cuma bengkang bengkok. Jadi sila berhati2 bawa kereta!
Samai di kundasang, Bunga terus check in di Kinabalu Rose Cabin Sabah, Sesiapa yang nak booking boleh terus contact dorg di facebook https://www.facebook.com/Rosecabin. Harga bilik pun berpatutan. Untuk tripal Rm220/malam (termasuk breakfast). Kalau sesiapa yang nak tengok puncak gunung kinabalu waktu pagi boleh la booking resort ni. Resort ni je satu2nya yang namapk puncak guung kinabalu selain nak rasa kesejukkan dan nyamannya di kundasang, Sabah.
Seawal pukul 4.30pg, Bunga dah bangun nak tgk puncak gunung. Ini antara gambar yang sempat di snap,
Untuk holiday kali ini, Bunga sekeluarga dapat tengok puncak gunung kinabalu sampai kul 8pg. Lepas tu, mmg tak nampak, sebab lepas pukul 8pg tu puncak tu akan dislubungi dengan awan.
Dalam jam 8.30pg tu, kami terus g breakfast, dan bersiap2 untuk ke Dairy Desa Farm (atau dikenali New Zealand, Malaysia)..
Sambungan, Sabah Day 3...
No comments:
Post a Comment