Introduction

Introduction
MY FAMILY ^_^

Monday, August 10, 2015

Tips Bagi Yang Berkerja Sediakan Makan Malam Cepat

Hi semua, mesti banyak di antara kita yang berkerja dan teringin nak menyediakan makan malam tapi mengambil masa yang lama untuk menyediakan masakkan tersebut. Jadi Bunga nak berkongsi tips ini untuk semua.


1. Rancang menu
 Ini adalah sangat penting kerana ia akan melibatkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk masakkan tersebut. Seandainya, rasa-rasa bahan-bahan tersebut takde boleh la singgah ke kedai dulu untuk membeli barang tang diperlukan. Ini penting, sebab kalau dah sampi kalau sudah sampai rumah, kemudian nak kelar semua untuk je kedai ia boleh membantutkan keinginan untuk masak tadi.



2. Masak Nasi
 Kebiasaan menu Bunga untuk makan malam adalah nasi. Jadi sebelum mula masak menu lauk tu, seeloknya masak nasi. Ini boleh mengelakkan, lauk dah masak tapi nasi terlupa masak. Jawabnya, tunggu la 1/2jam lagi sebelum dapat makan. Jadi ingat ye semua, MASAK NASI!



3. Sediakan Bahan Asas
 Sebelum memulakan masakkan. Sila sediakan bahan asas seperti kupas bawang, halia, ayam, daging, telur, cili atau sayur. Bila semua dah ada depan mata ni senang sikit. boleh ambil mana yang perlu. Perlu diingatkan disini kalau nak menggunakan cili kering tu perlu diremdam dahulu supaya kembang baru guna.


 4. Masak yang Mudah Duhulu
Bagi yang dah lama tak masak tu, mula la nak fikir nak masak pelbagai menu. Tak salah kalau ada niat cmtu, tapi takut nanti kul 12mlm pula dapat makan. Jadi mulakan masak masakkan yang simple dulu. Contoh, jika menu sayur, telur dadar, ayam goreng dan sup ayam. Pasti kan, masak sayur dulu, telur dadar kemudian ayam goreng, ini dapat membantu kurangkan basuh kuali dan mengurangkan penggunaan minyak. Masak telur dahuly bagi memastikan telur tadi cantik apabila dimasak. Untuk masak telur, jangan guna minyak yang terpakai kerana telur nanti akan tidak cantik apabila masak. Dan semasa mengoreng ayam tu, boleh la sambil-sambil siapkan sup ayam pula, ini adalah penting sup ayam memerlukan masa yg agak lama utk dimasak.

5. Cuci Alatan Memasak
Setelah habia memasak, tentunya paling malas adalah mencuci semua alatan memasam. Jadi tips adalah, cuci alatan yang tidak berminyak fahulu. Kerana, jika kita alatan yang berminyak tadi bercampur dengan alatan yang laon, tentu lebih suaah dan malas serta lama untuk membersihkan alatan tu. Oleh itu, bersihkan alatan yang tidah berminyak baru basuh alatan yang berminyak.



Semoga berjaya! Selamat memasak.

Post a Comment